Baru sebulan nikah, aku ekori isteri senyap2 tnpa pgtahuan dia. Setibanya di dpn hotel, hati aku hncur

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana approve cerita aku. Maaf jika penceritaanku mungkin agak berserabut kerana aku mmg tengah serabut. Apa yg aku nk luahkan ni dh lama terbuku dlm hati. Aku takde tempat utk share segala masalah. Aku pendam aku simpan selagi mampu. Aku harap pembaca semua dapat memberi nasihat dan pandangan utk aku kuat teruskan hidup.

Hinalah kecamlah kejilah aku jika itu yg selayaknya aku dapat. Aku Daud, 26 tahun, tinggal di kotaraya, kerja di sektor swasta.

Aku ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menggenggam segulung ijazah. Bagiku segala yg aku rancang alhamdulillah berjalan dgn lancar seperti yg aku plan utk hidup aku.

Aku kenal dia sejak aku mula2 masuk ke kampus di tahun 1. Entah macam mana aku tersangat suka kt dia, hingga timbul keberanian utk bersemuka dgn orang tuanya meminta restu dan menyatakan hasrat utk berkawan dgn anak mereka. Alhamdulillah tindakanku tepat dan ibu bapanya merestui hajatku.

Bibit percintaan mula berputik hari ke hari. Aku ikhlas cintakan dia. Aku berikan seluruh jiwa raga cinta yg ada pada diriku kepada dia. Aku nyatakan hasratku utk mengahwininya, tapi kena tunggu hingga kehidupanku benar2 stabil barulah aku akan menikahinya.

Aku berasa sangat terharu kerana dia faham tujuanku dan sanggup menungguku hingga masanya tiba. Ini membuatkan aku berazam bersungguh2 bekerja kuat utk halalkan dia bersamaku.

Aku kerja di KL manakala dia dapat posting ke sarawak selang beberapa bulan selepas aku bekerja. Kadangkala aku kasihan melihat dia struggle utk sesuaikan diri ditempat baru nun jauh ke pedalaman sarawak.

Ku tiupkan kata2 semangat utk dia terus berjuang disana demi mendidik anak bangsa. Alhamdulillah dia dapat sesuaikan diri setelah hampir 2 bulan di sana.

Kami mengambil keputusan utk mengikat tali pertunangan. Disinilah bermulanya aku di uji dengan ujian yg aku sendiri tak sangka. Selepas bertunang, aku bekerja siang dan malam demi mencari wang yg cukup utk majlis perkahwinan kami.

Aku tak rela buat loan semata2 utk kahwin. Aku kerahkan segala kudrat yg ada yg termampu aku buat. Aku berkerja di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 8.00 malam dan disambung pula dgn part time chef di hotel berdekatan hingga jam 2 pagi.

Begitulah rutin harianku, demi mencari sesuap nasi. Penat, exhausted, tak cukup rehat, mengantuk, semua aku dh lali. Aku rahsiakan semua ini daripada dia kerana aku taknak dia risaukan keadaan aku. Namun, ini telah menyebabkan aku kurang berhubung dgn dia.

Beberapa kali kami bergduh disebabkan salah faham dek kerana jarang berhubung. Aku faham perasaan dia yg kesunyian, dan pada masa yg sama aku jgk harap Allah tenangkan hati dia agar faham keadaanku.

Beberapa bulan sebelum hari pernikahan kami aku mula perasan perubahan perangainya. Aku beberapa kali cuba nasihat dan mintak penjelasan tapi akhirnya hanya skit hati yg aku dapat. Mula2 memang rs skit hati dan marah tapi aku rasionalkan diri utk faham keadaan dia dan letak diri aku pada tempatnya.

Namun keadaan tak juga berubah. Mungkin Allah nk tunjuk pd aku, ketika kami berjumpa utk berbincang tentang majlis perkahwinan kami aku ternampak mesej dari sorang lelaki yg tidak aku kenal. Rupanya dia berbalas mesej dengan seorang lelaki tanpa pengetahuanku. Aku sebagai tunang rasa sgt kecewa.

Aku mintak telefon dia utk baca mesej2 diorang tp reaksi yg aku terima sangat menyedihkan. Aku ditengking, dimarah, dan dituduh cemburu buta.

Hati lelaki mana yg tak terluuka bila diperlakukan mcm tu. Kami bergduh agak lama, dan dia langsung tak pujuk malah langsung tak mesej ataupun call aku.

Aku kuatkan hati, aku pujuk sendiri hatiku, mungkin ini dugaan bertunang. Aku bersangka baik dgn tunangku. Aku hormat dia sebagai seorang perempuan. Aku rendahkan eg0 aku sbg lelaki dan aku pohon maaf kepada dia. Alhamdulillah hubungan kami kembali pulih.

Aku igt dia dh berubah, jangkaan aku meleset sama sekali. Beberapa hari sebelum majlis pernikahan kami sekali lagi Allah tunjukkan kepada aku.

Rupa2nya dia masih lagi berhubung dgn lelaki tu, dan kali ni dia mengaku yg dia suka kpd lelaki tu. Aku terduduk, mulut aku terkunci rapat, hati aku pedih, air mata aku hampir jatuh tp aku tahan sekuat mungkin.

Dengan berbaki beberapa hari ja lagi menuju hari bahagia kami, perkara ni sangat2 menghiris hati dan perasaan aku. Fikiran aku buntu, otak aku serabut. Aku sangat sayangkan dia. Tp tergamak dia buat mcm ni kat aku.

Dia meminta maaf kerana mempunyai perasaan cinta kepada lelaki lain selain aku. Bermatian2 dia mempertahankan lelaki tu sedangkan aku sebagai tunangnya dipinggirkan.

Dia cakap perasaannya sekarang berbelah bahagi antara aku dan lelaki itu. Dia minta aku berikan masa untuk dia berfikir, pada masa yg sama meminta aku supaya melakukan yg segala yg terdaya utk tawan kembali hatinya. Aku buntu.

Aku hantar dia balik kampung supaya dia dapat tenangkan fikiran sebelum kami bergelar suami isteri. Selang beberapa hari aku berbincang dgn dia secara hati ke hati tentang majlis perkahwinan kami dan akhirnya dia berjanji akan melupakan lelaki tu dan ingin meneruskan perkahwinan kami.

Alhamdulillah majlis kahwin kami berjalan lancar. Namun entah kenapa hati aku rasa tak pernah tenang. Aku tak tahu kenapa. Aku buang jauh2 perasaan tu. Tapi perasaan tu keep on datang. Aku nekad beli tiket flight pegi ke sarawak tanpa pengetahuan dia.

Rupa2nya sekali lagi Allah nk tunjuk dekat aku, betapa kecuurangan tu tetap akan berlaku walau sebaik mana pun kau cuba utk elak.

Isteriku sendiri kantoi keluar dan bermesra dgn lelaki tu di depan mata aku. Kejadian itu di depan hotel. Isteri yang aku nikahi tak sampai sebulan tergamak cuurang dengan aku.

Allah taala saja yg tahu betapa hncurnya hati aku, betapa luluhnya hati aku, betapa pedihnya luuka yg aku rasa sebagai seorang suami. Aku menangis terduduk keseorangan. Aku rasa dunia ni sangat kosong sangat gelap.

Sangat berat dugaan yg Allah timpakan ke atas aku. Dia datang melutut meminta maaf kepadaku. Aku tak tahu nk ckp mcm mn. Hati aku hncur.

Segala pengorbanan penat lelah aku selama ni sgt sia2. Aku rasa seperti aku seorang saja yg bersungguh2 mempertahankan hubungan ini.

Sedang aku bekerja siang malam demi kesenangannya tergamak isteriku sendiri berfoya2 dengan lelaki lain. Lafaz talak berlegar2 dibenak kepalaku. Aku tak tahu nk buat mcm mn. Aku cuba rasionalkan diri. Wajah ibu ayah dan keluarga mertuku bermain difikkiran.

Aku fikirkan maruah keluargaku jika kami bercrai dlm usia perkahwinan yg tak sampai sebulan. Aku fikirkan juga maruah keluarga isteriku jika mereka tahu keadaan yg sebenar.

Aku tak sanggup nk tengok kesedihan dan kekecewaan pada wajah ibu dan ayahku serta mertuaku. Biarlah aku yg tanggung segalanya. Demi maruah keluarga aku maafkan perbuatan dia tanpa aku redha sedikitpun.

Kini sudah hampir 3 tahun kejadian ni berlalu. Namun, aku tak pernah lupa setiap detik yg berlaku. Dalam tempoh 3 tahun ni tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku fikirkan nasib yg menimpa diriku. Kami masih suami isteri. Dia mungkin sudah berubah.

Tp aku tak lagi menaruh harapan kepada dia kerana kepercayaan aku terhadapnya telah tiada. Sejak akhir2 ni aku sering terimbau kembali kejadian 3 tahun lepas, dan setiap kali itulah aku menangis. Perasaan cintaku terhadap dia sudah tiada.

Perasaan kasihku terhadap dia sudah tiada. Perasaan sayangku terhadap dia sudah tiada. Tiada apa lagi yg ada pada diri aku utk aku berikan kepada dia kerana segala2nya dah hncur. Dan hubungan yg dibina semata2 atas dasar maruah keluarga, bukan lagi atas dasar cinta.

Kejadian tu telah buat aku berubah. Aku bukan lagi diriku yg dulu. Kami masih lagi pjj. Kini aku lebih suka menyendiri, aku rasa lebih selesa bila sorang2.

Aku setia, aku berusaha keras, bertahun2 aku simpan hati aku utk dia, aku buat segala2nya utk dia tp hanya utk disia2kan. Aku rasa kosong.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Nor Faiza, Aku perati ko ni jenis pendam & susah nk bterus terang. Ko harap bini ko tu paham ko. Sbnrnye ada mslh komunikasi korg ni. Pompuan tu bebal dah tau bini org g gatal kt jantan lain knp? Dah rasa syg kt jantan lain tu batalkan jela kawin tu.

Ko pn daud toksahla pendam sgt cakap jela ko dah xde hati kt dia. Bini ko tu smp skrg dok main teka teki dalam hati “napela aku dapat laki kayu xde perasaan ke ape laki aku ni?.

Crai jela daud xde makna ko nak jadi lilin silap hb bini ko cas ko abaikan dia dera emosi dia..move on la daud

Ain Nazirah, Nti bke dh jmpa org yg baru ko akn start betkira2 nk becrai..masa tu isteri ko akn ckp yg ko ade org ke 3, family mertua kecam ko, family ko pon akn marh ko..pastu ko tetp becrai sbb dh x cinta isteri ko skg, tmbhan ko dh ade org lain.

(Selagi x ade , xcrai kan??) Dan isteri baru ko akn dikatakan perampas sampai mati…xde sape pon tahu sbb asalnye ape..sume org akn salhkan ko.sbb ko xreti buat keputusan..takot ni takot tu..

Aslina Majid, Knape rahsiakan? Kalo pjj ni kalo boleh takyah nak rahsia2 sangat. Aku dgn husband aku pun pjj gak. Beza benua lagi. Nak contact selalu, masing2 bz. Time zone pun lain2. Update xtvt masing2 kat whatsapp je la.

Aku tgh tido, dia antar msg, voicenote, gambar2… Dia tido, aku buat benda yg sama. Weekend je kalo dier takde gig, kitorang videocall sampai berjam2. Okey je. Tak terfikir pun nak cuurang. Still dlm mood couple baru bercinta lol.

Siti Diana, Sbnrnya 2-2 tak bahagia…. 3 tahun memperbodohkan diri kononnya atas dasar maruah???

Carilah bahagia kalian.. cukup2lah sksa diri. Ko dan dia mungkin tak serasi bersama… mungkin ada jodoh lain yg lebih baik menanti. Tak payah berdndam.. masing2 ada khilaf.

Waheeda Rahim, 3 tahun tuh masa yang terlalu lama untuk hbungan yg tiada kepercayaan. Elok encik bwk wife berbincg. Takelok dibiarkan cmtu je. Andai pencraian itu yang membahagiakan kenapa tidak? Islam tidak melarang pencraian dan tidak juga menggalakkan.

Kdg kte rasa org yg kita cinta tuh yg terbaik utk kte.. Tapi rupanya tidak kerana hanya Allah yang tahu apa yg lebih baik utk hambaNya. Tiap tiap yg jadi pd diri kita pasti ada hikmahnya.

Semuanya kehendak Allah taala, baik mahupun buruk. Jgn sksa jiwa encik dan wife dgn perkahwinan yg tidak membahagiakan. Cari bahagia untuk diri. Kita berhak utk bahagia. Moga kita semua dirahmati.

Nor Jazilah, Jngn terus tergesa2. Cri jawapan dr Allah. Wat solat istikharah. InshaAllah Allah tunjukkn jln. Jngn tlalu cpt mlafaz talak, sdngkn dlm ms yg sama kita xtahu wife awak betul2 da insaf. Cuba bbicara dr hati ke hati, bg ruang kpd diri sndri u memaafkan, dan mlupakn apa yg tjadi.

Kadang diri sndri eg0 u memaafkn dan mlupakn, sbb itu diri xtenang. Semua org ad buat silap, tp perlu tahu, semua org juga berhak u dpt peluang kedua, dan pluang kedua ni hny utk org yg betul2 bertaubat.

Azlina Zain, Move on je. Jangan sia2kan usia. Kalau nak bina keluarga harus hidup bersama, bukan pjj. Ruang dan jarak akan merapuhkan hubungan suami isteri jika iman tak kuat. Buatlah keputusan terbaik.

Solat istikharah mohon petunjuk Allah. Next time jangan sorok2 aktiviti. Kalau sorok2 akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka. Belajarlah berterus terang.

Asnida Musa, Bilamana wanita akan memilih lelaki teruk sebagai suami, sanggup bersabar dengan karenah laki, kdg ada yang dijadikan punching bag tapi masih bersama dengan laki itu… begitu juga dengan lelaki..

ada Yang masih bersabar dengan isteri walaupun isteri dah dikira sebagai derhaka,tidak taat.. untuk sebab apa.. aku sendiri pun pening..

Yang pastinya Bila merawat hati terluuka mungkin menjadi kan mereka ‘high’ and ‘st1m’ dalam tidak sedar diam2 mengalami skit mntal… silent and k1ll.

Rizal Ewan, Mmg apa pmpuan tu buat salah dan sukar dimaafkan, tp hang pun ada buat silap. Iaitu masa hang ckp hang bekerja keras, tp tak bgtau dia dgn alasan taknak dia risau, tp lps tu abaikan dia.

Masa tu syaiitan hasut jrum kat dia, dan dia tersuka kat org lain. Kenapa la hang tak terus terang kat dia ckp sibuk kerja tp still luangkan masa utknya, tak payah nak rahsia tp lps tu abaikan.

Klu hang rahsia tp still tak abaikan dia pun takpa la. Takpa semoga tak ulangi kesilapan sama dgn pmpuan lain ok.

Rosa Moha, Akak nak tanya Daud,ada tak isteri itu berubah menjadi isteri yg taat setia dlm tempoh 3 tahun??jika tiada dan masih struggle untuk menjadi isteri,bg akak baik lepaskan saje dia.

seorang perempuan ni kalau sayang sangat,pen4gih ddah pun dia blh setia.tp maaf camap isteri Daud ni mungkin dr awal dah x ade perasaan kat Daud…sorry to say.

Siti Aini, Sedih cerita ko bro,tapi mehnah itu biasa,selagi kita hidup selagi itulah ujian datang sebab dunia tempat ujian,cuma ujian kita semua berbeza-beza..vice versa..bila baik ada buruk..bila cantik ada hodoh..bila lama ada baru..formula ini takkan lari.

Bagi aku,yang pertama masih lagi boleh dimaafkan,yang kedua masih lagi boleh diberi peluang,tapi yang ketiga dah kawen dah kut still lagi perangai “hanat” dia buat,bukan belakang dah depan-depan..isteri bukan girlfriend..ko rasa
Memang betul lah ko rasa pedih.

Ada kata aku pernah baca,kalau ko yang pertama bagi dia,tapi dia jumpa yang kedua percayalah yang kedua itu yang sebenar-benar perasaan dia..nah terbukti kata-kata tuh..aku ingat sekadar kata sahaja..rupanya ada.

Taknak lah pulak aku hasut ko craikan isteri ko,apa-apa pun try lah korang bincang dan yang paling penting istikarah mintak petunjuk bro..DIA segalanya.