“Baru hari ke 8, dah makan nasi dengan ikan masin” – Che Ta

Ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka tidak memilih dalam pemakanan. Selalu kita dengar bahawa anak kecil sukar makan kerana terlalu memilih terutamanya memilih dalam bab sayur-sayuran. Itu adalah perkara normal tetapi ibubapa haruslah mendidik anak mereka untuk makan makanan yang berkhasiat. Bukan itu sahaja, ibubapa harus juga mendidik anak mereka untuk memakan makanan secara bersederhana.

Kita sudah ketahui anak bongsu Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dilihat sebagai anak manja Cheta dan pas4ngannya di dalam laman instagram beliau. Namun tiada siapa sangka Aaisyah yang walaupun nampak hidup secara glamour seperti ibunya, beliau tidak memilih dalam bab makanan.

Dalam laman instagram beliau yang dijaga oleh ibunya, beliau berkongsi sebuah video yang menunjukkan Aaisyah sedang makan dan ibunya merakam beliau kerana beliau sedang memakan nasi dan ikan masin.

View this post on Instagram

Aaisyah boleh layan ja makan nasik dgn tamban tegeliat 😜

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

Dilihat di dalam video tersebut, Aaisyah sedang menikmati nasi bersama ikan masin yang disebut sebagai ‘tamban tergeliat’ oleh orang utara. Che ta sempat berseloroh bertanya kepada anaknya bagaimana hendak bertahan sehingga 21 hari duduk dirumah.

Netizen sangat memuji sikap Aaisyah yang boleh makan dengan cara bersederhana. Selain dari itu ada juga yang mengatakan Aaisyah sangat comel ketika makan nasi dan ikan masin.

Ada juga netizen yang teringat akan Cheta ketika Cheta mengandungkan Aaisyah, Cheta sangat suka makan ikan masin.

Mungkin juga sikap makan bersederhana Aaisyah datang daripada idaman Che ta ketika Che ta mengandungkan beliau. Dalam pada itu, Che ta sedang menjayakan sebuah drama bersiri berjudul ‘Family Spy’ yang dimainkan di tv3.

sumber : ig aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*