“Bagusnya Bella, seter0k mana pun Aliff, Bella tetap terima” – Netizen

Tiada manusia yang sanggup mengalami perpisahan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berkahwin pasti menginginkan perkahwinan yang kekal hingga ke anak cucu dan saat terakhir. Tiada siapa yang mahukan sesuatu hubungan untuk terputus di tengah jalan. Perkataan ‘bercer4i’ pasti menjadi sesuatu yang amat mengerikan buat perempuan-perempuan di luar sana. Begitu jugalah keadaan yang dihadapi oleh selebriti tempatan ini iaitu Bella Astillah.

Seperti diketahui umum, nama Dayang Nabellah binti Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah ini semakin dikenali ramai apabila telah membina rumah tangga dengan seorang artis kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz. Cantik namanya, cantik lagi orangnya apabila dia sering dikatakan mirip Tokti waktu muda dulu-dulu. Pastinya, tahun lepas merupakan tahun yang paling berat dihadapi buat bekas pas4ngan suami isteri ini apabila mereka akhirnya terpaksa memutuskan untuk berpisah walaupun perit.

Dunia hiburan digmparkan dengan pelbagai g0sip dan tom4han yang dilemparkan kepada pas4ngan ini. Apabila Bella sendiri akhirnya telah memutuskan untuk bercer4i setelah memberi beberapa peluang buat bekas suaminya itu. Baru-baru ini, Bella telah mengakui bahawa dia dan Aliff menjalani hubungan yang sangat baik walaupun telah berpisah. Demi anak mereka berdua yang bernama Mohamed Ayden Adrean, hubungan baik masih dijalankan seperti dulu kerana Bella sendiri tidak mahu memisahkan Ayden dari ayahnya.

Bella telah memuatnaik gambar mereka sekeluarga untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat Aliff Aziz yang telah mendapat perhatian dari ramai orang. Komen Aliff telah berterima kasih atas ucapan tersebut dan dia juga mengatakan yang dia sayang akan Bella dan Ayden.

Sifat Bella yang sentiasa mengambil positive dalam segala hal sentiasa mendapat pujian dari para netizen. Tidak mudah menjadi seorang perempuan yang kuat untuk menghadapi rintangan dalam rumah tangga seperti dirinya. Bukan sahaja para netizen dan peminat, artis-artis lain juga mendoakan yang terbaik buat keluarga kecil Bella Astillah dan Ayden Adrean. Tidak mudah untuk anak sekecil Ayden untuk kehilangan kasih sayang dari seorang ayah dari kecil.

Semoga dengan kesempatan yang diberikan kepada Aliff buat kali ini merupakan keputusan yang terbaik dan dimudahkan olehNya. Diharapkan juga Aliff dapat berubah lebih baik agar dapat membina keluarga bahagia mereka semula.

Sumber: Instagram Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*