“Badan tecik makan kuat”- Netizen

Gandingan lakonan Intan Najuwa dan Idris Khan menerusi drama Tuan Danial telah memikat hati ramai penonton selepas ia ditayangkan pada Ogos 2019. Siapa sangka, ramai penonton akui gandingan Intan dan Idris Khan ternyata cukup sepadan dan sesuai berganding bersama menerusi drama tersebut. Malah ramai peminat-peminat mula merindui lakonan mereka dan mengharapkan kemunculan drama Tuan Danial siri kedua.

Drama Tuan Danial yang diadaptasi daripada novel ini pernah ditayangkan di saluran TV3 dan menjadi popular dalam kalangan penonton disebabkan oleh jalan ceritanya yang tidak begitu cliche dan berlainan.

Selain itu, baru-baru ini Intan Najuwa telah berkongi video throwback bersama Idris Khan ketika berada di lokasi penggambaran. Video yang melihatkan mimik muka Intan yang terpaksa tahan lapar ketika sh0oting membuatkan ramai netizen terhibur. Itulah cabaran pelakon-pelakon Malaysia kan bila tengah buat sh0oting, memang terpaksa berlapar sekejap…

View this post on Instagram

Bila lunch time kau terlambat… 🤣 #throwback

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

Muka intan pun sentiasa cantik dan comel walaupun muka tengah tahan lapar. Badan kecil pun tetap kuat makan ye Intan Najuwa ni..

Bukan itu je, rata-rata netizen turut meluahkan perasaan rindu untuk melihat gandingan Intan dan Idris Khan menerusi drama Tuan Danial yang telah ditayangkan sebelum ini.

“Bila nak keluar Tuan Danial 2 ni, nak tengok isketambola”- Netizen

“Rindu cerita tuan danial”- Netizen

“Ada Tuan Danial season 2 tak, rindu korang”- Netizen

Nampaknya ramai nak tengok gandingan semula Intan Najuwa dengan Idris Khan ni, boleh tengok isketambola lagi hehe..

Sumber: Instagram Intannajuwa

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.