Ayah kau hnya tahu tanam benih. 27 thn mak rahsiakn yg aku sbenarnya anak luar nikah

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Salam sejahtera pembaca, aku salah seorang silent reader yang beranikan diri untuk confess dalam ni. Kalau baca tajuk, ada orang dapat relate. Tapi aku akan teruskan kisah aku. Pada usiaku kini masuk 27 tahun, berkahwin dan memiliki 2 orang anak. Aku bersyukur aku dibesarkan dan hidup dalam keadaan cukup sempurna dan sederhana.

Ya ada waktu susah, ada waktu senang. Tapi alhamdulillah aku dapat juga habiskan degree, dan bekerja di syarikat swasta. Nampak normal kan, tak ada apa yang special pun.

Flashback 10 tahun lepas, kira hujung tahun 2010 aku dapat satu verbal confession dari seorang saudaraku yang tak mampu simpan “rahsia” ini lagi.

Dia bawak aku masuk bilik, dan dia menceritakan kepada aku sesuatu yang membuatkan aku speechless, yaa aku anak luar nikah.

Sebelum belum ni dari kecik lagi kalau aku tanya “mana ayah aku”, mak aku selalu bagitahu ayah aku dah mngal sebelum aku lahir. Jadi aku disuap dengan cerita itu, sama juga kalau tanya pakcik makcik, nenek atuk aku.

Tapi sejak aku tahu hal sebenar, aku rasa ada sesuatu “beban” yang berat aku pikul dan perasaan tak puas hati dekat mak aku sebab tak jujur je dengan aku tentang status aku. Saban hari, saban bulan, saban tahun perasaan tu menebal. Apa saja dia buat, aku akan persoal dalam hati aku.

Mak aku start pakai tudung, aku persoal. Mak aku berubah ke arah kebaikan, aku persoal. Senang cerita sejak 2010 sampai lah 2020 ni aku memang tak puas hati dekat mak aku dalam hal berkaitan apa-apa sekalipun.

Kadang-kadang tu benda kecik je dan aku boleh beralah, tetapi disebabkan perasaan dan “beban” tu aku lawan balik mak aku. Setiap kali raya aku minta maaf pun sumpah tak ikhlas, selalu je terdetik dalam hati “bila mak aku pulak nak mintak maaf dan beritahu perkara sebenar pada aku”.

Ada jugak aku cuba cari peluang terbaik untuk luahkan isi hati aku yang terbuku lama ni, tapi aku tak mampu nak luah entahlah sebab apa. Aku cuma rasa yang mak aku patutnya cari inisiatif nak bagitahu hal sebenar, dan aku nak dengar sendiri dari mulut mak aku.

Perkara ini berlanjutan sehingga lah 2019, ada satu hari ni mak aku dengan isteri aku bergduh mulut dekat kampung belah mak aku. Of course aku lah paling terasa tempiasnya, yelah sebagai anak kepada mak aku, dan sebagai suami kepada isteri aku.

Geng geng suami mesti ada yang rasa benda ni kan? Haha. So dipendekkan cerita, mak aku dengan isteri aku memang tak bersua langung laa, apa lagi bersalaman ketika nak balik rumah.

FYI, mak aku ni kalau meng4muk memang tak ingat dunia, kalau whatsapp tu memang tak sah kalau tak beratus ratus masuk, sebab nak berleter dan cerita yang dia ibu yang melahirkan aku, aku patut utamakan dia, ajar sikit isteri supaya hormat mak mertua dan bla bla bla.

Tapi dalam beratus ratus tu ada satu ayat dia yang memang aku tak boleh terima,

“Kau tau tak atuk kau mngal sebab kau tak jaga dia”.

Ya, orang banyak cakap aku “cucu kesayangan”, tapi aku tak pernah kisah sebab apa aku dapat gelaran tu.

Yelah, aku pernah dijaga oleh atuk aku semasa kecil, dan aku pernah duduk dengan atuk aku semasa aku Latihan Industri selama 6 bulan. Selepas aku dapat offer di negeri lain, aku buat keputusan untuk berdikari dan berkahwin selepas itu.

Okay berbalik kepada Whatsapp mak aku yang pulun tak hingat dunia tu, aku rasa mak aku dah melampau sangat sebab tuduh aku macam macam (yang ni aku dah biasa).

Tuduh isteri aku macam macam (yang ni aku dah bengang tapi aku still pertahan isteri aku kalau tak betul), tuduh mertua aku macam macam (yang ni aku dah start reply kasar kat mak aku), and now siap tuduh aku yang menyebabkan aruwah atuk aku mnggal.

Mengigil jugak drah aku kena macam tibai macam ni. So, aku explode dan aku luahkan isi hati aku yang terpendam selama hampir 10 tahun ni. Lepas je aku bagitahu yang aku sebenarnye dah tahu pasal status kelahiran aku, then mak terus diam lama dan hanya seen dan bluetick.

Lepas 5 minit, mak aku balas,

“Kau tak tahu cerita sebenar, kau tu budak je lagi, kau lagi percaya orang lain dari mak kau sendiri, aku ni mak kau yang besarkan kau”.

Lepas tu aku reply,

“I’m 27 years old now, I know it’s hard to swallow but I can handle this, I also know it’s hard for you to tell me but just tell the truth”.

Saat tu, sungguh aku dapat rasakan, “beban” yang selama ni aku galas, berlalu pergi seperti angin berlalu.

Kini ditahun 2020, masa awal awal negara kita belum lagi kecoh dengan Cv1d 19 ni, aku balik kampung berdua je dengan anak no.1 aku sebab ada event family sedara mara. Isteri aku tengah berpantang dekat rumah mertua lepas bersalin anak no.2.

Keesokan paginya, selepas solat Subuh mak aku masuk bilik yang aku tidur dan duduk tepi aku yang masih baring sebelah anak aku yang masih tidur.

Tetiba mak aku buka cerita sebenar. Yang aku memang anak luar nikah, “bapak” aku bukan orang sini. Dan detailnya (nama, asal, umur, jumpa dimana, kenapa dia tak bertanggungjawab) semua itu mak aku cerita pada ku. Ayah kau hanya tahu tanam benih je tetapi tak nak bertanggung jawab.

Ketika tu, aku hanya mendengar tanpa sebarang reaksi (cuba hadam dan faham).

Pada ketika itu juga, aku sedang usap usap kepala anak aku yang masih tidur dan aku sedar, kita semua hamba Allah, kita manusia biasa, kita ada kisah hitam, kita tak boleh ubah masa silam, tapi kita boleh corak masa depan.

Dan bagi aku masa depan aku ialah anak anak aku dapat membesar dengan seorang ayah dan ibu. Aku cakap pada mak aku,

“Benda dah lepas, kita cukup besar untuk faham, terima kasih sebab jujur, dan kita minta maaf jugak kat mak, yang penting anak anak kita dapat kasih sayang seorang bapa dan dorang tak perlu rasa apa kita rasa”.

So it ended there, and from that moment my heart feels light, dan aku minta maaf dekat mak aku dengan hati yang ikhlas.

Satu perkara yang aku perasan, mungkin disebabkan aku anak luar nikah lah family aku layan aku sangat baik dan explains why aku digelar “cucu kesayangan”.

Sejujurnya aku sangat bersyukur sebab perjalanan kehidupan aku mungkin lebih baik dari orang lain (yang ada mak dan ayah) walaupun aku anak luar nikah. Baik family, sedara aku, sedara belah isteri aku, kengkawan aku, colleagues aku, bos aku, semua layan aku dengan baik.

Dan aku lelaki kan, so mudah lah urusan kahwin tu semua. Hehe. Kalau perempuan luar nikah ada conflict part wali. Apa apa pun alhamdulillah aku sangat bersyukur ya Allah permudah urusan aku selama ni.

Cuma ada satu persoalan besar dalam benak fikiran aku sekarang ni, perlu tak aku cari “bapak” aku selepas 27 tahun? Dia masih hidup ke? Dia boleh terima aku? Dia mesti ada family sendiri yang sah, tapi boleh kah mereka terima aku? Confirm la aku ni “abang” sebapa kepada adik adik aku disana.

Masa WFH ni jugak, aku terfikir aku berjaya sekarang ni disebabkan doa mak aku, atau doa dari “bapa” aku jugak? atau dia tak pernah kisah pasal aku wujud atau tak dalam dunia ni?

Kalau korang jadi aku, apa pendapat korang?

Yelah kalau decide nak cari pun dalam masa 3 tahun nanti (masa umur aku masuk 30-an). Dan mungkin makan bulan or tahun, or takkan jumpa langsung. Tapi firasat aku “kuat” mengatakan dia masih hidup. Sekian

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Faizah Rahman, Mula2 baca aku rase cam nak sepak je confessor ni.. asyik questioned nape mak ko rahsiakan status ko.. pastu bila sedara dh bagitau boleh pulak merajuk dgn mak.. nape tak ko je yg start dulu come clean dgn mak ko mase mula2 ko tau tu..?

Tny mak ko betul ke.. kenapa jd macm tu.. dh tu ko biarkan rajuk ko berlarutan smpai ko hiilang rase hormat kt mak ko.. ko sendiri tak hormat kt mak ko.. layan acuh tak acuh ko igt bini ko nak hormat mak mertua dia kalo ko pun perangai cam hantu..

Since ko ni pun dh kawin.. jd la lelaki matang skit.. aku rase sbb ko ni terlebih manja.. tu yg lambat matang.. cepat merajuk.. kalo aku dlm situasi ko.. aku tak pikir dh nak marah mak aku ke apa..

aku berterima kasih kat mak aku sbb tak buang aku atau campak aku dlm tong smpah dan aku nk cari sape lelaki yg tak bertanggungjawab tu.. aku seret dia hadap kat mak aku mintak maaf..ko jernihkan la balik hubungan keluarga ko.. salahnya ko jugak.. tak matang pastu ego tinggi.

Ros Mahyudin, Anak x kenang budi itu je aku nak cakap.kata umur 27 anak 2 tp lansung x matured.aku rasa anak bujang aku 24 tahu lg matured dr kau.nak tau istilah anak luar nikah dan hukumnya.aku bg satu je clu tuk kau fikir,andai ye,just andai kau ni perempuan.

kau dgn lelaki penyumbang sperm sehingga terlahirnya kau ,blh berkahwin kerna kau dan lelaki itu ajnabi atau bukan mahram.begitulah islam menetapkan status kau anak luar nikah.kau haanya bernasabkan ibu.bukan bapa.

Dia bukan BAPA mu kerna tiada akad yg terjadi antara mereka…..jagalah syurga mu.kau lelaki ingat,tanggujawab kau adalah kepada ibu,ibu,ibu,bapa jatuh ke tiga jika ada bapa.satu aku nakbgtau kau You Are F4il to be Son and husband.

Adam Rao, ajar anak ang nilai cinta tu satu.. burit tu halal pas nikah.. jaga diri.. x ramai tegur anak cam nie.. cam pak sedara aku.. tengok kote ansk dok galak dia terus bagi nikah awal.. tu bukan anak pompuan..

Kita kena bentuk generasi kita sekarang bukan lahirkan banyak anak haram lg.. yang mana golongan ini akan depresi semasa membesar sebab masyarakat depa x otak terbuka cam aku.. kalo otak tertutup memang tipikal melayu la jhina anak yatim.. pak ang lantak p ja la.. laki xpa bawa diri ja.

Shahida Alma, apabenda laa. jd laki tp emotional. stkt anak luar nikah je pun. patut bersyukur mak kau x buang kau kt umah anak yatim. punya byk anak yatim yg teringin nk ada family sndiri..smpai try hard ambil hati tiap keluarga yg dtg nk usha2 utk proses adoption. semua bersaing nk dpt jd anak angkat.

x nk duduk uma anak yatim tu pun kau nk marah mak kau. adoii. kau anak luar nikah pun.. nasab kau tetap kat mak kau. kau tetap kena jaga dia smpai dia mati. lg 1, pandai2 sikit didik bini tu.. dh tu bini tgok kau pun kurg ajar je dgn mak kau. tu psl bini pun ikut jd biadap…

Patut bersyukur kau anak luar nikah pun semua family n atuk kau sponsor kau… kau dh la x sempat balas jasa atuk kau. elok kau berbakti kt mak kau tu. mak kau dh la rela jaga kau walau kena kecam ada anak luar nikah. kau senang2 lebihkan bini. mak kau xde anak lain ke ? kesian mak kau sunyi.. kau sronok la dh ada anak dua.

Joe Labu, Boleh je kalau kau nak cari dia tapi kalau jumpa kau nak tanya apa? Kenapa tak brtngungjwab? Klau dia bagi jwapan yg skitkan hati kau, kau jugak yg stress…kalau dia berubah jadi manusia elok takpe jugak, buat dia tuntut suruh kau bagi duit ke apa, tak ke naya…

Pada aku kau lupakan je hal lepas… Kau dah ada family… Tumpu pada family… Tu mak dgn wife gduh, bagi la dorang baik balik.

Hadra Wati, Kalau kau ada sezarah rasa kesian kat mak kau.. Kau tak akan sibuk2 cari bapak kau tu… Awal baca pun ko dah mcm x bersyukur. Asyik salahkan mak kau. Kalau mak kau tu jhat. Kau dah masuk tong sampah. Tak pun dah kena campak sungai atau longkang atau kena flushed kat toilet.

Tapi mak kau hadap juga masyarakat dgn perut busung besarkan kau. Ada kau tanya dia mcmana dia hadap orang semata nak pastikan kau terus bernyawa dalam rahim dia? Ada kau tanya mcmana mak kau besarkan kau menghadapi masyarakat tanpa bapak kau tu?

Patut kau dibesarkan dengan pelajaran dan disayang tu cukup mengajar kau erti syukur. Satu satunya saudara kau yang diiktiraf dalam dunia ni adalah mak kau. Yang dari rahimnya lah kau dapat makan minum sampai cukup sifat dan lahir ke dunia. Dia boleh aje pilih untuk bn0h janin dia awal awalkan?.

Jamilah Long, Mr. H anda bertuah kerana ibu awak tak buang dlm tong sampah. Keluarganya jaga n didik awak dgn baik. Emak n keluarganya sungguh tabah sbb sanggup menanggung malu tp ttp memelihara awak dgn penuh kasih sayang.

Awak jd org yg berjaya. Jgn sksa mak awak, dia dah byk menanggung derita. Walau apapun status awak, mak awak yg melahirkan awak. Bapa awak jika benar dia bertanggung jawap dia tak akan biarkan mak awak bersendirian.

Jika mak awak melakukan kesilapan, itu bkn alasan awak menderhakai dia. Ajar isteri utk menghormati mertua mcm ibu sendiri. Betul kita semua bkn sempurna tp apa salah kita bertolak ansur.

Benda boleh bincang sbb apa kita pilih utk berbalah. Apa yg berlaku, muasabah diri. Makcik pun ada menantu pompuan, tp apa salah kita saling menyayangi. Mak awak menyayangi awak. Tolong faham perasaan dia.

Aida Hana, Sebenarnya awak bukan saudara sebapa dgn anak2 bapak awk tu. Sbb nasab akan gugur utk anak luar nikah. Sbb tu urusan perkahwinan anak luar nikah perempuan sgt rumit dan hanya boleh berwalikan hakim walaupn bapanya masih hidup atau ibunya sudah berkahwin dgn bapanya.

Tiada hubungan anak dan bapak antara kamu berdua. Hanya terikat dgn DNA dan drah shj. Jdi tiada keperluan utk cari dia memandangkan awak sudah ada hidup yang baik.

Takot ada masalah mendatang bila awk dh kenal dia. Kalau awk nk kenal jugak, boleh la cri dia tapi pastikan awk tengok dia dri jaoh dan jgn munculkan diri dpn dia. Cukup awk kenal rupa bapak shj.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen