“Awak tak sedekah apa2 ke, asyik layan lagu tak zikir ke”

Seperti yang kita sedia tahu, setiap amalan sedekah jariah yang dilakukan tidak seharusnya dipertontonkan kepada umum untuk mengelakkan sikap riak. Namun, di zaman berteknologi canggih ini ramai individu sering berkongsi gambar dan video melakukan amalan-amalan jariah seperti membaca al-quran dan bersedekah menerusi laman media sosial. Malah, mereka menganggap ia adalah sekadar perkongsian bersama.

Menurut pelakon dan pengarah popular iaitu Syamsul Yusof, dia melihat media sosial kini telah menjadi kayu ukur buku amalan kebaikan seseorang di setiap mata manusia apabila ternyata ramai sering mempersoalkan kebaikan orang lain hanya kerana tidak berkongsi amalan jariahnya di Instagram mahupun di Facebook.

Syamsul menerusi kapsyen foto di Instagramnya, dia meluahkan perasaan terkilan apabila sebahagian individu beranggapan seseorang yang tidak memuatnaik foto atau video amalan jariahnya maka menganggap seseorang itu telah jauh dari agamanya.

Jelas Syamsul, dia tidak menghakimi perbuatan orang namun khuatir rasa ikhlas seseorang menjadi pudar hanya kerana selalu menunjukkan amalan baiknya.

Kapsyen yang ditulis Syamsul juga ternyata telah menjentik hati ramai netizen termasuk rakan-rakan artis yang lain.

Mereka juga turut bersetuju dengan kata-kata Syamsul kerana ia adalah realiti yang sedang berlaku pada masa kini.

“Terharu, sebak dan insaf”- Netizen

“Betul, tak perlu nak membuktikan apa-apa kepada manusia. Hanya Allah saja yang tahu niat kita ikhlas ke tak”- Netizen

Sementara itu, posting yang dimuatnaik Syamsuk telah menerima sehingga 33,000 tanda suka dan dipenuhi dengan komen-komen netizen.

Kapsyen Syamsul juga nampaknya membuatkan ramai netizen sedar dan insaf.

Ada betulnya juga kata Syamsul Yusof. Kadang-kadang bila tak tunjuk kebaikan di laman media sosial, mesti ada yang tertanya-tanya apa amalan kebaikan yang kita dah buat. Rasanya tak perlu menunjuk pun tak apa.. Janji hati ikhlas kan..

Sumber: Instagram Syamsulyusofilm

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.