“Assistant mummy yang paling berwibawa”- Che Ta

Siapa sahaja yang tidak mengenali satu-satunya anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang sentiasa menceriakan warga netizen dengan gelagat-gelagat comelnya itu. Mana tidaknya, Aaisyah sentiasa menjadi tumpuan netizen di laman media sosial. Ramai netizen sering mengikuti perkembangan Aaisyah dari usianya satu hari sehingga kini yang sudah menginjak umur empat tahun. Kecil-kecil dah ada peminat sendiri tau.

Telatah comel Aaisyah telah menjadi perhatian peminat-peminatnya di Instagram apabila Rozita Che Wan atau mesra dikenali dengan nama Che Ta memuatnaik video gelagat Aaisyah yang keihatan rajin membantu ibunya membawa baju sejuk yang ketika ini sedang bercuti di Uzbezkistan.

Video telatah comel Aaisyah juga telah ditonton sehingga 32,689 tontonan sejak dimuatnaik satu jam yang lalu.

View this post on Instagram

Asst mummy yg paling berwibawa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ @aaisyahdhiarana111

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Peminat-peminat Che Ta juga tidak ketinggalan mngalkan ruangan komen dan rata-ratanya memuji wajah Aaisyah yang semakin comel serta cantik seperti ibunya.

Bukan setakat muka sahaja, gaya Aaisyah ala-ala vogue pun sama macam Che Ta. Aaisyah pun tidak pernah kekok bergaya dan berposing ketika sesi bergambar.

Tidak ketinggalan, salah seorang netizen berpendapat wajah comel Aaisyah sama seperti masyarakat Uzbezkistan.

Selain itu, Che Ta turut berkongsi foto-fotonya yang sedang bercuti di Uzbezkistan menerusi Instagram. Seronok tengok Che Ta bercuti sakan bersama keluarga tercinta..

Sebelum ini juga, salah sebuah foto Che Ta berkasut tumit tinggi ketika bergambar di Khazakstan ketika musim sejuk menjadi bualan hangat netizen. Namun, Che Ta tetap kelihatan cantik dan bergaya walaupun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Comel tengok assistant Che Ta ya. Kecil-kecil dah rajin bantu mummy dia.. Semoga Aasiyah membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik ya..

Sumber: instagram rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*