Andi Bernadee jatuh tertonggeng dalam sungai, ketawa sakan Indah Ruhaila!

Penyanyi Andi Bernadee bersama Indah Ruhaila yang diketahui umum mempunyai hubungan persahabatan yang rapat. Ibarat orang kata ‘short escape’, dua orang penyanyi ini bersama rakan-rakannya yang lain kelihatan seronok berkelah di sungai. Apa salahnya sekali sekala luangkan masa dengan menikmaati ketenangan alam sekitar kan? Tetapi lain pula jadinya selepas insiden melucukan terjadi kepada Andi Bernadee yang sempat dirakam oleh Indah.

Indah bersama Andi dikatakan berkelah di Sungai Kemensah, Selangor.

Menerusi kapsyen Indah di laman Twitternya:

Memula nak basahkan kepala sebab tak ada baju extra, last-last tertonggeng terus. Kesian nak tolong tapi lawak bebenor.

Penyanyi lagu Donde ketika itu dilihat cuba membasuh kepala namun lain pula jadinya selepas Andi jatuh tertonggeng sehingga pecah gelak Indah dengan rakan-rakan lain. Lebih lawak apabila gelak tawa Indah pun terikut lucu sekali!

Menerusi video yang dimuatnaik Indah Ruhaila di laman Twitternya, ramai netizen yang terhibur dengan kelakuan Andi Bernadee yang kelihatan kelam kabut selepas jatuh tertonggeng di dalam sungai. Nasib tiada apa-apa yang berlaku pada Andi..

Malah gelak ketawa Indah yang kedengaran menerusi video berkenaan turut mencuit hati netizen.

Video yang berdurasi 36 saat itu meraih hampir 5,100 Retweets dan 3,949 likes serta 105,000 tontonan.

Hahaha berketar kaki Andi- Netizen

Nasib baik tak berd4rah dahi. Lutut calar sikit takpe- Netizen

Hahahaha berdekah aku tengok- Netizen

Bahagia betul tengok persahbatan Indah dengan Andi, masing-masing dengan perangai yang ‘gila-gila’ kan? Itu lah dinamakan sahabat, betul tak?

Sumber: Twitter Indah Ruhaila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*