Anak2 saya semua bijak pandai tp pemaalas. Sampai hati, pad dlm bilik mereka pun sy yg kutip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja kerja rumah sejak kecil lagi. Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran. Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional.

Dikurniakan anak anak yang cerdik pandai. Dan berkerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak anak saya yang malas.

Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga memtua. Tapi yang berlaku pada saya, anak anak sendiri yang sangat malas.

Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Apabila anak anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah. Nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi.

Macam saya kata kan tadi, anak anak saya cerdik belajar. Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam.

Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja.

Walaupun saya berkerjaya. Saya pastikan keperluan anak anak terjaga.

Hal ini berlarutan sampai mereka masuk university. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegenaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, dimasukkan ke dalam bakul baju.

Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka. Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa m4rah sangat tapi ye lah anak dah besar besar. Nanti kalau m4rah m4rah, takut anak kecil hati pulak.

Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana merupakan anak kesayangan suami saya. Sejak kecil kalau dimaarah suami akan memenangkannya.

Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip. Sayu hati bercampur m4rah setiap kali berkemas.

Kini, anak anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil.

Bila balik bercuti, masing masing mengorder nak makan ini, nak makan itu. Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga.

Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah perangai menantu. Dah lah tak menghulur dari segi kewangan. Nak dilayan macam raja.

Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya.

Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya.

Part jaga cucu cucu bila anak anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka. Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu cucu bila anak anak rasa nak keluar berdua.

Saya rasa sedih sangat. Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat buat tak dengar.

Suami memang takkan support emosi saya sejak dulu lagi. Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letak nya saya.

Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi.

Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri. Ada ke yang senasib dengan saya. Lega rasa dapat meluah.

Tolong doakan anak anak saya sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini.

Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet, terkejuuut baca.

Cikgu Tini, Salah awk jugak biarkan anak jd raja dlm rumah. Apa kata bila anak2 blk, awk x perlu masak, cuci bj mereka. Pandai2 mereka lah nak idup. Awk g je majlis2 ilmu d masjid. Bagus jugak kalau awk nak masuk pondok ilmu. Ini lah masanya awk nak beramal tanpa gangguan.

Lina Din, Suami/ ayah la patut ckp…. Dulu bapa mertua saya tengking semua, “ balik sesekali tu bukan nak berbakti pd mak bapa, jdkan hamba pulak……. “ pjg la leter dia. Ayat dia yg last, “ Kalau rasa balik nak menyusahkan mak engkau tak payah balik”.

Lps tu semua pun tak berani dah. Anak menantu dan cucu yg masih kecil balik pun ambil alih semua tugas di rumah, dikebun dan cucu cucu pun beradap sikit. Sebelum balik ke rumah masing2, kemas semua sekali tempat tidur, pinggang mangkuk masuk almari balik, dgn toilet cuci bersih bersih.

Ani Anuar, Saya penah mendengar satu syarahan ustazah nie..beliau bgtau kalau kita berdoa khas untuk suami atau anak²..kena doa betul²..saya pun ikut amalan yg diajar oleh beliau..

Wahai Ya Allah, kau lembutkanlaa hati anak² aku kepada aku sebagaimana kau lembutkan besi kepada Nabi Allah Daud..begitu juga sang suami..Ilmu yg kita dgr kita buat dan kita kena beri pulak kepada org lain..cubalaa hanya Allah yg tau isi hati seorang Ibu..

Salasiah Othman, Saya x berani nk komen kerana saya tdk berada di posisi puan…org lain mungkin bole memberi bermcm2 nasihat kerana mereka tidak berada di posisi puan…

saya mendoakan agar Allah memberi puan kekuatan utk bangkit menghadapi segala masalah yg sdg puan lalui..saya bersimpati dgn ape yg sdg puan hadapi..berdoa la tanpa jemu dgn sepenuh hati moga Allah melembutkan hati anak2 puan.

Liza Hanum, Pd pendapat saya puan kena keluar dr suasana toxic yg memakan jiwa n hati ni…. Jika puan tiada masalah kewangan, minta izin suami utk keluar dr rumah tu… Balik kg ziarahi ibu bapa n sedara mara, gi travel di tmpt2 yg puan teringin nk pergi, belajar mndalami ilmu agama di pondok2.

Jgn ambik tahu pasal anak kerana mereka dh besar, biar mereka uruskn sendiri…. Jika anak2 mnganggu puan, tukar je number tlpn lain…di usia begini, bkn kekayaan yg di cari tp ketenangan hati… Semoga puan berjaya…aamiin

Nadia Huda, Jgn mengaku kalah dengan anak. Puan ibu yang hebat. Kalau anak balik biarkan jangan masak dan sedia hidangan. Beli makanan dan makan sendiri. Kalau mereka tanya puan kuatkan hati dan sentap mereka.

Cakap terus terang apa yang puan mahu.. Buat dua tiga kali.. Kalau perlu blok mereka sementara. Puan juga selaku admin dalam group family cuba senaraikan peraturan dan bersuara lantang. Tiada lagi sesi lemah lembut dan memujuk.Mereka dah besar dan tahu berfikir. Jangan lupa doakan mereka setiap hari. Insyaallah.

Adila Maslan, Dlm islam dari kecil sehingga 15 thn didik anak seperti hamba.. Selepas umur 16 thn dan seterusnya layan mereka seperti kwn2..supaya mereka tidak kekok utk melakukan setiap pekerjaan dlm rumah,disiplin,tertib dan menjaga kebersihan..

bila mula remaja dah sebati tanggungjawab maka kita layan sebaiknya seperti kwn2 supaya bonding masih erat .. Elakkan jadi hamba kpd anak2.

Rus Haini, Ujian masing masing,anak anak begitulah ada yg penuh pengertian,tengok muka ibubapa dah tahu hasrat dan kehendak,ada yang kena bagitahu dan ada yg dah bagi tahu pun buat buat tak tahu, emak masa anak kecil kecil memang garang tapi semakin berumur semakin lembut hati,garang salah, baik salah semoga ketabahan dan kesabaran ibu mendapat redha Allah.

Kalsom Baba, Kita tak boleh mengubah orang lain tapi kita boleh ubah diri sendiri. Dengan izin Allah. Puan perlu berubah. Belajar utk mengatakan tidak. Jika anak2 balik, puan hanya restock peti ais dan katakan kepada mereka, masak sendiri sebab puan ada urusan di luar.

Begitu juga jika puan diminta utk babysit. Lebih baik tumpukan urusan akhirat puan . Tanggungjawab puan hanya kepada suami. Sediakam makan minum siami sahaja. Begitu juga anak2.

Tanggungjawab terhadap pasangan dan anak2 mereka. Tidak perlu takut anak2 berkecil hati kerana mereka sendiri tidak tahu erti jaga hati ibu mereka. Selainnya, mohon keampunan dari Allah dan berdoa agar segalanya dipermudahkan olehNya.

Azizah Omar, Ank ank tak tau dosa pahala ..kesian mak nya ..moga ganjaran pahala untuk makcik .kalau ank menantu balik makcik ada duit pergi la mana mana .belajar ilmu Ker kelas farduain kelas mengaji .jnge di layan ank menantu …

kalau dia nk hantar ank ank cakap jer mak sibuk ..kalau balik rumah dok lam bilik jange masak ..insyyaallah suami makcik tk kisah tu ..pergi makan kat luar ..hibur kn diri sendiri ..buat solat taubat solat hajat .

.solat dhuha tahajud minta pertunjuk dari Allah insya Sya Allah hati kita akan lapang ..zikir banyak banyak makcik cari kawan yg boleh hibur kn hati makcik ..

Nini Muda, hisshh..kesian anak..bila ibu plak cakap x reda dengan apa yang dia lalui…huuu..wahai mak reda allah terletak pada reda ibu…baik x payah buat terus daripada ada perasaan sedemikian pada anak..sbb asalnya kita ibu yang salah didik anak kita kerana terlalu syg mereka dan kita rasa kita boleh buat.

Aien Haris, Bab tinggal anak2 dengan atuk nenek semata nak keluar dating dah jadi macam kebiasaan anak menantu. Mak kau offer ke nak jaga anak tu? Ke kau yang menggeletis nak dating berdua? Bukan ada urusan penting mcm pergi hspital pun.

Kalau kaya,amik org gaji boleh la tinggalkan anak dan org gaji dipantau oleh mak.kalau miskin, jaga je la anak tu sendiri. Hantar taska ke. Sibuk nak dating2 lepas dating beranak lagi. yang mendengar keluhan mak2 ni yang terus set dalam otak jangan sampai membebankan mak sendiri.

Raja Alimah, Selagi ayah tak tunjuk contoh menghorm4ti isteri dan kemesraan kasih sayang mcm tu lah anak2 akan buat kpd ibu dia. Hanya ayah bolih bantu perbetul kan keadaan. Tolong menolong antara keluarga perlu dipupuk semasa anak2 kecil lagi.

Bila kita dah tua cepat penat dan perlu rehat. Jangan biar anak menantu perhambakan kita. Skrg ni nak makan bolih order tak payah masak. Biar mereka order dan bayar sendiri.

Kamal Anuar, Ank2.. sekarang terlampau di manjakan atau IbuBapa yg x kuasa menegur ank2..dlm perkara yg salah. rasa takut pada IbuBapa terlampau kurang apa lg menghormaati tidak seperti zaman dahulu tengok mak ayah pun kita dh gerun belum lg mereka menegur..

lebih2 ayah amat kita takuti..dan nk berkata issh pun takut tapi sekarang emak ayah boleh di perkotak katik kan walaupun tidak semua tapi kebanyakan.

Ummi Ya, Perkara yg paling sukar utk dibuat ialah ingin mengubah manusia…suami x support..ank2 buat x fhm…terlalu bny yg nk dibetulkn mngkin x tau nk start kat mn….mengadu pd Allah seikhlas hati, bnykkn istigfar…mohon ampun krn mngkin kesilapan kita sendiri gagal mendidik ank2….

mohon bantuan Allah Taala agar diberi jln keluar…semua dilembutkan hati..disuburkn iman..cari masa yg sesuai..kumpul ank2 dan berterus terang perasaan sebenar…doa bnyk2….

susun jadual hidup lebih baik..utamakn hak Allah sprti solat awl waktu..utamakn yg wajib bnykkn yg sunat…banykn bc alquran..pergi majlis ilmu…cari circle yg baik…jgn fokus sgt pd mslh tu…buat setakat mampu..sebagai ibu kita bergadai nyaawa utk melahirkn….

jd berusahalah agar ank tdk menjadi derhaka….ianya x perkara kecil..tapi tentang shurga dan neraka…ms m4rah ibu mcm2….tapi ibu yg baik x akn sanggup ank derita……..nk ke pondok tu boleh tetapi dgn izin suami dan sy rs agar sukar kecuali suami ikut skali….

fokus pd ubah diri….jd hamba Allah yg lebih baik..bnykkn doa….jangan biarkn diri dikuasai oleh rasa x puashati…hidup jd x tenang….bnykn zikir..insyaallah pn akn kluar dari zon ini dari semasa ke semasa…..ada org mslh kecik tpi dada rs sempit…dan ada org mslh besar tpi dada luas dan lapang.

Azimah Rahman, Puan sudah lama menjd hamba anak2.skrg fikirkan diri sendiri.jgn fikirkan lagi anak menantu.tambahkan ilmu agama puan.jauhkan diri dr anak2.pergi bercuti.hiburkan hati puan.skrg jgn fikirkan lg hal anak2.

biarkan mereka dlm kehidupan mereka.puan fikirkan diri puan.fikirkan hati dan perasaan puan shj.puan mesti tunjuk merajuk pd anak2.smg puan berjaya dan mendpt ketenangan hidup.fikirkan diri sendiri skrg.

Sapilah Ismail, sepatut nya…anak2 lbh takut…andai tlh meluukai hati org tua…sekira nya sebagai org tua…kita dh buat yg termampu utk besarkn diorg…x perlu khuatir…berlapang dada andai kita x dilayan dgn baik oleh anak2…tanggungjawab kita sebagai org tua dh selesai…

bla kita dh berusia ni…cari lah bahagia dgn cara kita…x perlu berharap pd anak2…hatta pasangan sendiri…sbb kita x blh menjangka bagaimana penghujung usia kita…x perlu nk stres fikir kn ragam org sekeliling kita…org layan baik..kita bersyukur…andai sebalik nyer…redhakn ajer…baru hati blh tenang…