“Anak manja papa, atas sejadah pun nak berkepit” – Elly Mazlein

Anak pasti menagih kasih sayang ibu bapanya. Lebih-lebih lagi anak-anak yang masih kecil, mereka lebih memerluukan kasih sayang dari seorang ibu dan seorang ayah dan ianya sangat penting dalam pembangunan emosi dan mntal mereka. Siapa lagi yang anak-anak mahu bermanja melainkan ibu bapa mereka sendiri. Makanya, kehadiran ibu bapa dalam setiap memori anak-anak ketika kecil sangat memainkan peranan dalam tumbesaran mereka.

Begitu jugalah untuk anak-anak yang kurang bernasib baik seperti kehilangan ibu atau bapa. Ada diantara mereka mencari kekuatan sendiri untuk menguatkan mntal dan emosi mereka ketika kecil. Ada juga antara mereka yang walaupun ibu bapa terpisah, namun Allah hadirkan seseorang yang mampu memberikan kasih sayang kepada mereka. Kasih sayang itu kita boleh lihat pada sayangnya suami Elly Mazlein, Mohd Azlan kepada anak tirinya, Putri Sara Sephia.

Keakraban antara Cikgu Azlan dan Putri Sara Sephia telah terlihat di laman instagram Elly Mazlein sejak malam berinai sehari sebelum Cikgu Azlan dan Elly Mazlein selamat diijabkabulkan. Melihat dari gambar-gambar kongsian Elly Mazlein, Sara Sephia suka bermanja dengan Papanya itu termasuklah di tikar sejadah. Baru-baru ini, Elly Mazlein berkongsi gambar suaminya itu sedang meriba anaknya selepas selesai solat.

Dalam gambar tersebut, terlihat Cikgu Azlan memanjakan anak kesayangannya itu selepas selesai solat bersama isteri. Nampak disitu Sara Sephia sangat senang bersama papanya itu dan tidak kekok melayaninya seperti ayahnya sendiri.

Para netizen sebak melihat gambar tersebut kerana melihat Sara Sephia seperti baru dapat merasai kasih sayang yang sebenar dari seorang ayah. Ada juga netizen yang berkata bahawa Allah turunkan pelangi dan dan rezeki selepas turunnya hujan dan ada yang mendoakan agar Cikgu Azlan terus ikhlas menjaga dan mendidik anaknya dan isterinya.

Anak-anak juga punya perasaan untuk merasai kasih sayang dari ibubapanya. Maka seharusnya perbalahan dan pencera1an tidak menjadi solusi pertama kita kerana ibubapa yang tidak punyai kata sepakat seharusnya pandang kembali wajah anak dan berfikir bahawa anak itulah simbol kesepakatan dalam hidup berumahtangga.

sumber : ig iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.