“Anak buat tikt0k bapaknya pulak goyang terlebih” – Netizen

Sudah menjadi viral aplikasi Tiktok dalam kalangan artis malah anak-anak mereka sendiri sejak kebelakangan ini. Aksi-aksi video Tiktok oleh mereka juga sudah pastinya menjadi pusat tumpuan bagi para warganet dan netizen untuk ditonton dan memberikan comment. Kecoh beberapa hari yang lalu Aeril Zafrel telah mengata isterinya terlalu sibuk dengan aplikasi Tiktok tersebut sehingga lupa untuk beri dirinya makan malam. Lain pula ceritanya pada hari ini apabila Aeril pula yang sudah sibuk bertiktok dengan anaknya awal-awal pagi lagi.

Lucu dengan telatah keluarga kecil milik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, video mereka kembali lagi mencuri tumpuan dan mencuit hati para netizen. Puteri sulung perempuan mereka Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dilihat lebih sering mempamerkan gelagat dan aksi lucu melalui laman sosial kedua ibu bapanya itu. Berbeza dengan abangnya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar yang lebih senyap dan kurang bercakap berbanding adiknya yang lebih petah bercakap di depan kamera.

Aksi video Tiktok terbaru milik Aeril Zafrel dan Hayla ini telah dimuatnaik oleh Aeril sendiri di laman Twitternya dengan caption “pagi-pagi dan ajak buat tiktok dia ni”. Yang melucukan para netizen adalah apabila video tersebut terlihat aksi gelek Aeril Zafrel yang terlebih jika dibandingkan dengan Hayla. Rasanya mereka berdua juga baru bangun dari tidur kerana masing-masing masih mengenakan pakaian tidur dalam video tersebut.

Ramai yang mengatakan bahawa rupa paras cantik yang dimiliki Hayla diwarisi oleh ibunya yang merupakan anak kelahiran Sabah dan mempunyai d4rah kacukan Filipina dari ibu Wawa sendiri. Manakala perangainya pula diwarisi dari Aeril yang terkenal dengan humor lucunya itu. Video yang dimuatnaik itu telah mula ditonton oleh hampir 80 ribu orang walaupun hanya beberapa jam yang lalu.

Lepas ni tak sabar pula tunggu Ayasoffya besar. Boleh la join kakak dan ayah buat Tiktok sama-sama ya. Mesti comel dan cantik macam Hayla kan kalau dah besar nanti. Apa pun diucapkan semoga keluarga kecil milik Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini sentiasa bahagia dan sejahtera.

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*