“Amalan mulia Abam Bocey yang boleh kita contohi”- Ustaz Adnin

Pemergiaan Allahyarham Abam Bochey sangat dicemburui apabila ternyata ramai yang menghadiri sesi solat jen4zahnya pada petang Isnin. Pengebumian jen4zah Abam Bochey telah dihadiri kira-kira 2000 tetamu sehinggakan orang ramai memenuhi setiap ruangan msjid ketika sesi solat jen4zah arw4h Abam. Jelas sekali keperibadiaan Abam yang baik hati dan mulia ini terbukti apabila ramai tetamu termasuk rakan-rakan artis sanggup hadir memberi penghomratan terakhir buat Abam.

Bukan itu sahaja, laman media sosial juga dipenuhi dengan ucapan takziah dan luahan menyentuh hati daripada peminat-peminat Abam yang begitu sedih di atas pemergiaan pelawak kesayangan mereka itu. Tidak dinafikan, ramai orang mendoakan keampunan buat Abam dan sentiasa menceritakan kebaikannya menerusi laman media sosial. Memang benar Abam sangat disayangi oleh orang ramai.

Status yang dimuatnaik oleh Ustaz Adnin Tarbiah Sentap juga menjadi perhatian netizen apabila Ustaz Adnin mendedahkan sendiri amalam-amalam baik Abam yang boleh dicontohi oleh orang ramai.

Antara amalam-amalan yang sering dilakukan oleh Abam antaranya banyak bersedekah. Arw4h Abam dikatakan sentiasa menghulurkan bantuan kepada keluarganya terutama kepada ibunya dan adik-beradiknya.

Abam sanggup membanting tulang mencari rezeki untuk membantu ibu dan adik-beradiknya. Majlis perkahwinan adik-beradiknya pun ditaja oleh Abam sendiri. Abam juga dikatakan suka bersedekah dan melakukan amal jariah untuk anak-anak yatim.

Abam juga sentiasa rajin menghadiri majlis ilmu dan tidak pernah menolak jemputan untuk program dakwah. Walaupun Abam penat sekali pun, dia tetap hadir di dalam majlis ilmu untuk mencari bekalan akhirat.

Selain itu, Abam juga adalah anak yang baik dan menjaga ibunya yang hidup bersendirian sejak 11 tahun lalu. ibunya juga akui, Abam seorang yang paling banyak bersabar melayan kerenah ibunya ketika s4kit. Bukan itu sahaja, Abam juga sangat menitik berat solat fardhu 5 waktu dan sentiasa menjaga solatnya.

Walaupun Abam pernah menghadapi cabaran dalam hidup, beliau sentiasa cekal dan tabah mengharunginya serta sentiasa memaafkan orang lain apabila sesetengah orang mengutuk s4iz fizikalnya.

Itulah antara kebaikan-kebaikan Abam yang boleh dicontohi ramai. Kita yang masih hidup ini, contohilah kebaikan Abam. Semoga suatu hari nanti, Allah matikan kita dalam keadaan husnul khatimah. Takziah buat keluarga Abam, semoga terus kuat dengan ujian dan takdir Allah. Al-fatihah..

Sumber: Twitter adninroslan

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*