Aku umur 36, kahwin laki 68 thn. 7 thn aku tak disentuh, aku tpaksa ngaku berziina utk bcerrai

Foto sekadar hiasan. Perkahwinan dengan Zamarul (bukan nama sebenar) bukanlah perkahwinan pertama buat Aida (bukan nama sebenar), 45. Wanita itu mengenal erti kehidupan berumah tangga sejak berumur 16 tahun lagi, malah dia sudah menimang dua cahaya mata seawal pada usia 18 tahun. Genap usianya 36 tahun, Aida sudah berkahwin kali ketiga selepas dia bercerrai dengan suami pertama dan suami pula kedua mngal dunia.

Bagi perkahwinan ketiga, Aida memilih seorang warga emas iaitu Zamarul, 68, selepas dia diperkenalkan dengan kakak lelaki itu.

Pada awalnya, dia tidak yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan Zamarul. Namun selepas dipujuk, pintu hati Aida terbuka untuk mencintai lelaki warga emas itu.

Sebulan selepas perkahwinan Aida dan Zamarul, wanita yang berasal dari negeri Pantai Timur itu mula hairan apabila suami langsung tidak menunjukkan minat untuk mendekatinya.

“Saya agak curiga apabila suami tidak langsung menyentuh saya seperti pasngan yang sudah berkahwin. Apabila ditanya, Zamarul tidak mahu menjawab dan sering mencari alasan dengan menukar topik lain.

“Selepas mengambil masa kira kira tiga bulan untuk memujuk, Zamarul akhirnya mengaku bahawa dia sudah mti pucuk dan tidak mampu menunaikan nafkah batin kepada saya,” katanya ketika ditemui K2 baru baru ini.

Menurut Aida, dia amat tersentak dengan pengakuan suaminya itu malah berasa diri tertipu apabila Zamarul tidak pernah langsung membuka mulut memaklumkan kepadanya mengenai perkara tersebut sebelum atau selepas mereka berkahwin.

Dari segi yang lain, kata Aida, Zamarul merupakan seorang suami yang baik apabila dia tidak pernah lokek harta dan wang kepada dirinya.

Cerita Aida, sepanjang tujuh tahun perkahwinannya dengan Zamarul, dia boleh diibaratkan seperti jururawat apabila tanggungjawabnya hanya menyediakan ubat, makanan dan tempat tidur kepada suami.

Ujarnya lagi, Zamarul merupakan seorang hartawan yang memiliki banyak tanah, rumah yang disewakan dan harta peninggalan keluarganya.

“Disebabkan itu, Zamarul tidak pernah kedekut dengan saya. Apa yang saya minta, semua akan dapat. Dia juga memberikan tanah dan sebuah rumah kepada saya.

“Zamarul juga baik budi pekerti dan tahu menjaga hati saya. Dia juga mempunyai ilmu agama yang tinggi. Banyak ilmu agama yang saya pelajari daripadanya terutama dari aspek pembacaan al-Quran,” katanya.

Menurut Aida, meskipun Zamarul memanjakan dengan harta, dia mengakui bahawa itu tidak cukup sebagai seorang isteri.

Katanya, ketika usia perkahwinan menjengah empat tahun, dia pernah meminta untuk bercerrai. Namun ditolak oleh Zamarul kerana lelaki itu amat menyayanginya.

Ujar Aida, sebagai seorang isteri, dia merasa amat tertekan apabila tidak diberikan hak nafkah batin terhadapnya sehingga dia terpaksa meminta cerrai daripada Zamarul.

“Tidak boleh dinafikan, saya amat tertekan.

“Saya pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan suami sebelumnya mampu memberi nafkah batin, namun sebaliknya ketika bersama Zamarul.

“Sudahlah saya tidak bekerja dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah. Hak nafkah batin yang sepatutnya diberikan oleh suami telah dinafikan atas faktor dirinya yang sudah mti pucuk,” katanya yang pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Jepun suatu ketika dahulu.

Cerita Aida, dia pernah membawa Zamarul untuk berubat di hopital serta secara tradisional. Namun penyaakit mti pucuk yang dialami suaminya itu tidak boleh dirawat.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia bertambah tertekan sehingga nekad untuk bercerrai dengan Zamarul ketika usia perkahwinan mereka tujuh tahun.

“Saya terpaksa menipu Zamarul bahawa telah berziina dengan lelaki lain semata mata untuk dia lepaskan saya. Zamarul pada awalnya tidak percaya, namun selepas didesak oleh anak anaknya, dia akur dan mencerraikan saya.

“Terus terang, saya langsung tidak menyesal dengan perbuatan itu. Saya telah berfikir panjang sebelum membuat pengakuan p4lsu itu kepada Zamarul. Saya berusia 45 tahun ketika itu, malah mempunyai naluri dan keinginan sebagai seorang isteri,” katanya.

Susulan percerraian itu, Aida dicerraikan tanpa sebarang edah apabila dia langsung tidak disntuh Zamarul sepanjang tujuh tahun perkahwinan.

Cerita Aida, sewaktu prosedur percerraian, Hakim di mahkamah syariah telah memutuskan bahawa k3s cerrai tanpa edah yang dihadapi oleh dirinya jarang berlaku apabila dia mampu bertahan dalam tempoh yang begitu lama.

“Hakim terkejut apabila saya mampu bertahan sehingga tujuh tahun. Hakim juga memaklumkan, kebiasaannya wanita yang baru berkahwin hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja sekiranya suaminya mti pucuk,” katanya.

Selepas mereka bercerrai, anak anak Zamarul telah membuka fail di Mahkamah Syariah untuk menuntut kembali tanah dan rumah yang dihadiahkan oleh bapanya kepada Aida.

Bagaimanapun, Aida menang dalam perbicaraan itu apabila anak anak Zamarul gagal mengemuukakan bukti kukuh sewaktu prosedur mahkamah yang mengatakan dia cuurang sekali gus mereka tiada hak untuk mendapatkan kembali tanah dan rumah itu.

Menurut Aida, dia kini bahagia dengan perkahwinan keempatnya bersama Shamsul, 69 (bukan nama sebenar) yang dikenalinya di Raub, Pahang.

Katanya, meskipun menjadi isteri kedua kepada Shamsul, lelaki yang juga bekas seorang bilal itu mampu memberikan nafkah yang diperluukannya sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.

“Biarlah saya hina di mata anak anak Zamarul apabila mereka percaya saya cuurang. Mereka tidak tahu penderitaan saya selama tujuh tahun berkahwin tanpa diberikan nafkah batin. Ia amat menyeksakan.

“Bagaimanapun, saya tahu Zamarul merupakan seorang suami yang baik. Saya tahu hati budinya. Sedikit pun dia tidak pernah mengajar saya perkara yang tidak baik sepanjang kami berkahwin,” katanya.

Zamarul bagaimanapun telah mngal dunia dua tahun lalu selepas disrang penyaakit jntung dan drah tinggi.

Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata mata.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Nadia, Baguslah dia berkongsi pengalaman mcm ni. Mmg ada org yg pentingkan diri, dsperate nk berpasngan sehingga sanggup mngsakan org lain (secara tak langsung).

Dh mti pucuk, ada masalah kesihatan tp ttp nk beristeri. Kalau ikhlas nk beristeri setakat nk jadi nurse dia, eloklah berterus-terang dr awal (biar bakal pasngan dpt buat keputusan yg sudah difikirkan terbaik). Apa pun, tahniah kp mngsa, dpt juga bekalan dunia.

Antar Akil, Kalau Zamarul mempunyai ilmu agama yang tinggi sudah tentu dia tidak menganiaya isterinya dengan tidak memberi nafkah batin, dan sudah tentu dia tidak akan berkahwin jika dia tahu dia telah mti pucuk.

Hukumnya sangat berdosa besar dan haram bila mengetahui sudah mti pucuk tetapi mahu berkahwin lagi. Kita tahu admin hanya mereka-reka cerita ini kerana tidak logik bila mengatakan Zamarul memiliki ilmu agama yang tinggi. Takkanlah ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak tahu hukum bila mti pucuk.

Nur Hana, Nafkah batin xmesti “bersama” .. layanan.sentuhan.belaian. perhatian tu br betul .. yg mjga emosi suami / isteri . Bsma tu smgu skli pn ok. Emosi tu ari2 kn maintain jg. Xthu la mcmna org yg blh pk s3ks smta2 tu br nafkah batin . Slh tu.

Emma Kamal, Jika tidak mampu memenuhi hak isteri. Wajib suami melepaskan isteri. Isteri boleh minta fasakh jika tidak mendapat hak yang sepatutnya. Takde istilah nunsyuz derhaka bagai. Suami dan isteri ada hak masing². Islam adil pada semua.

Azhan Aziz, Nafkah bathin itu keperluan tp bukan kemestian..cerita kehebatan seorg cikgu lelaki yg menahan nafsunya lebih 10 tahun lantaran isteri trsayang menghidap knser pangkal rahim amat menyentuh jiwa…ini lah kasih syg…

Jika suami atau isteri memahami erti kasih syg pasti keperluan bathin itu diutamakn..tetapi andai salah seorg tidak mampu kerana masalah kesihatan maka tolak ansur atau di tolak beransur ansur boleh difikirkn.

Othman Arsad, Dah tua, mana ada kekuatan lg. Hanya tunggu mti sj. Yg engkau pi kahwin tu buat apa? Kalau kahwin utk s3ks pergi lah cari yg muda². Yg jantan tu pun sama dah tau dah maati kenapa kahwin lg.

Udin Tahir, Lelaki ni kekadang klu yg dah berumur tapi masih ingin berumah tangga bukan kerana s3k yg x de isteri la..dia pikir masa dia skit nanti sekurang nye ada org menjaga nye nanti…ada juga lelaki yg jenis setiap hari nak bersama pulak isteri pulak x larat nak layan mcm mcm biasa la dunia.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen