Aku terasa dipaksa masak utk mertua dan ipar yg xberpuasa. Waktu berbuka, dorang tglkn telur dadar je

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dadi kisah ini. Assalam min…tolong hide fb saya, nak minta pendapat rakan pembaca smua. Saya tinggal bersama mertua dah dua tahun bersama dengan ipar2 4 org lelaki smuanya. Saya amat terasa hati setiap kali bulan ramadhan. Semua kerja rumah saya yang kena buat termasuk memasak kepada ipar2 dan mertua saya yang tak berpuasa.

Paling saya sedih, ketika waktu berbuka. ipar2 dan mertua akan makan dahulu. Lebihan mereka makan baru saya dan suami boleh makan. Ada sekali tu mereka tinggalkan telur dadar sahaja. Sedih sangat.

Memang tiap kali makan begitu syarat mertua Saya, selagi anak2 dia belum mkn walaupon seorang, saya dan suami tak boleh mkan…

Kalau saya dan suami makan mesti mertua ada je dimeja makan padahal barang dapur dan barang basah suami yang tanggung.

Mertua saya sering masuk bilik tidur kami ketika kami tiada di rumah,pernah berberapa kali terserempak dengan kami.

Suami saya ajak saya berpindah. Mertua pulak berdrama air mata, jadinya tertangguh disitu, kata mertua jika kami berpindah, dah xda siapa nak masak mkan kat rumah tu.

Apa pendapat rakan2 smua? Jgan keecam saya, sekadar minta pendapat.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, bersyukur tak dapat mak mertua macam ni. Baca perkongsian di bawah

Hi.. kebelakangan ni aku selalu baca dekat sini kisah mak mertua, mak kandung yang macam-macam hal memeningkan kepala.

Untuk korang-korang yang tak alami akan rasa cerita tu semua macam tak real kan? Tapi hanya sebab kita dikelilingi oleh orang-orang yang baik, dan ada keluarga yang baik, tak bermakna tak ada mak yang macam tu dalam dunia ni.

Ok.. aku pun nak cerita tentang aku. Aku harap cerita ni boleh jadi panduan dekat menantu-menantu yang memendam perasaan dekat luar sana. Tapi boleh aplikasikan kalau situasi korang seperti aku ya.. korang nilailah sendiri situasi masing-masing.

Mak mertua aku ni dah lama kematian suami sejak suami aku masih sekolah lagi. So dia ni basically wanita yang berdikari, garang dan sangat mementingkan pelajaran anak-anak.

Adik-beradik suami aku semua graduate oversea dan ada beberapa orang yang ada phd hasil didikan mak mertua aku.

Tapi dalam beberapa tahun lepas, mak mertua aku dah tak boleh duduk sendiri. Ada saja drama nak pitamla, lnggar kereta orang dan lain-lain.

Mula-mula dia duduk dengan anak perempuan dia (adik ipar aku). Tapi bila anak perempuan dia kerja dekat luar negara, kami bawa dia duduk dengan kami.

Aku ada 4 anak kecil, bekerja dan suami ketika tu bekerja di negeri yang berlainan. Kiranya aku suami isteri pjj.

Masalah mak mertua aku ni ialah, suami aku bukan anak pilihan dan kesayangan. Dia nak duduk dengan anak sulung tapi isteri anak sulung dia (biras aku) tak berapa suka sebab mak mertua aku selalu gaaduh dengan mak dia (mak biras aku duduk sama dengan dia).

Bila duduk dengan aku, dengan suami aku kerja jauh, aku tak kisah pun. Bukan sebab tanggungjawab aku jaga dia, tapi sebab mengenangkan betapa baiknya suami aku dengan mak bapak aku,

Maka aku rela mak mertua aku duduk sama walaupun suami aku tak ada. Walaupun anak-anak dia yang lain ada saja berdekatan tapi sorang pun tak pernah offer nak mak dia orang duduk dengan dia orang.

Mak mertua aku ni kan aku cakap wanita yang independent sebelum ni. Dia boleh bawa kereta sendiri, melancong sana sini.

Tapi sejak kejadian drama dia yang selalu pitam tu, anak-anak dia ambil kereta dan dia duduk rumah aku paatah kaki la kiranya. Jadi dia selalu stress sebab dia cakap boring duduk rumah.

Dia tak nak jaga cucu sebab dia kata dia dah puas jaga anak dia dulu. So dia duduk rumah hanya dengan maid. Anak-anak aku, memang mak aku jaga.

Bila dia bosan, dia mula buat perangai. Aku kesian kadang-kadang suami aku balik weekend tak sempat duduk lagi, dia dah tanya bila nak hantar dia ke rumah anak yang lain.

Masalahnya bukan kami tak nak hantar tapi anak dia yang tak nak dia ada. Dia cakap dengan suami aku macam tak suka sangat duduk rumah kita orang. Aku tau suami kecik hati tapi aku cakap lantakla mak nak cakap apa u diam aje.

Bila suami aku tak ada, dia selalu cakap dekat aku berulang-ulang tempat isteri di sisi suami, patutnya aku sebagai isteri kena ikut suami aku yang kerja dekat negeri lain. Mula-mula aku diam je.

Satu hari aku penat balik kerja jalan jammed, dia ulang ayat sama. Aku naik angin, aku cakap dekat dia,

“Bukan saya tak nak ikut, tapi anak mak yang tak boleh bawa sebab kerja dia dan dahla tak boleh bawa isteri, tinggalkan isteri dengan anak-anak kecik dengan mak dia lagi nak kena jaga”.

Aku dah cakap baru aku sedar apa aku cakap. Mak mertua aku diam saja lepas aku cakap camtu. Surprisingly, lepas tu dia langsung dah tak pernah cakap macam tu sampai sekarang.

Sejak dari tu aku nampak perangai dia macam mana. Dia akan buuli orang yang diam tak melawan. Sekali aku lawan cakap dia, pandai pula dia diam.

Insiden kedua, mak mertua aku selalu gaaduh dengan anak sulung aku masa tu umur dalam 5/6 tahun. Dia suka bandingkan anak aku dengan sepupu (cucu dia) iaitu anak-anak adik beradik suami aku.

Aku selalu dengar dia cakap anak aku bodoh tak macam ABC anak MNO. Tapi dia cuma akan cakap kalau aku tak ada. Padahal aku ada dekat tangga dia tak perasan. Bila aku munculkan diri, dia bersayang-sayang dengan anak aku.

Satu hari aku dengar dia cakap, rumah kita orang ni kecil tak macam rumah anak dia yang lain. Anak aku boleh tahan mulut, jawab kalau rumah ni kecil, opah dudukla rumah anak opah yang besar tu, jangan duduk sini.

Dah mak mertua aku marah, dia cakap ini rumah anak dia, dia ada hak dekat rumah tu.

Aku dengar, aku cakap, “mak, rumah ni rumah saya, saya beli dengan loan saya, saya bayar bulan-bulan dengan duit gaji saya, bukan rumah anak mak ya”.

Aku kena cakap macam tu sebab aku letih dengar dia asyikla cakap kenapa pasang aircond kesian anak dia nak bayar rumah nak bayar bil mahal.

Suami aku sangat baik dan sangat manjakan anak memang rumah kami aircond 24 jam. Sejak dari aku cakap tu, dia dah tak pernah cakap itu rumah anak dia.

Jadi, aku semakin faham bahawa dia adalah orang yang perlu dilawan kalau mulut dia dah tak reti jaga hati orang lain.

Nak duduk sama-sama, jaga hati sama-sama. Jangan ada rasa anak kau seorang yang hebat, kerja gaji banyak, dan isteri ni hanya habiskan duit suami.

Habis, anak orang lain (menantu) ni tak hebat? Silap orang mak… banyakla lagi sebenarnya kata-kata yang keluar dari mulut mak mertua aku yang menyakitkan hati.

Mana yang aku rasa tak melampau, aku diam je. Kalau aku rasa dia ni dah melampau, kena sedarkan, baru aku jawab. Biar dia tau orang lain ada mulut berbisa jugak.

Tapi aku faham kenapa dia jadi macam tu.. dia bukan tak suka aku, tapi dia ibu yang ada pride yang tinggi sebab anak-anak dia semua bijak pandai berjaya dekat kampung dulu. So dia ada sikit smbongla sebenarnya..

ini suami aku dan anak-anak dia sendiri cakap memang mak dia orang ada perasaan dan perangai macam tu.

Dan bila dia kena duduk dengan aku, dia bosan sebab tak ada apa nak buat, tak boleh ke sana sini jadi dia cari pasal dengan siapa yang ada.

Bukan aku tak nak bawa dia berjalan, tapi aku pun kerja, bila weekend, suami aku balik dah penat memang nak duduk rumah je. Anak kecil-kecil memang kami tak biasakan jalan dekat mall.

Kesimpulan yang aku nak cakap ialah, kalau isteri-isteri di luar sana dibuuli oleh mak mertua, bangkit, jawab. Jangan biar orang lain pijak kita macam kita tak ada langsung sumbangan dalam rumahtangga.

Walaupun isteri suri rumah, tetap ada sumbangan dalam rumahtangga, disebabkan isteri jadi surirumahlah, anak mak mertua kita boleh kerja dengan tenang tanpa fikir hal pengasuh dan sekolah anak. Apaatah lagi isteri yang terpaksa keluar bekerja demi membantu suami.

Kalau itu kau beli guna duit kau, kau cakap dengan mertua kau kalau dia bising. Jangan ingat anak dia saja yang ada duit, anak orang ni tak ada duit. Dah kalau suami belikan untuk isteri memang patut pun sebab itu isteri dia.

Aku berani sebab aku tau suami aku bukan anak emak. Malahan tak pernah sekali pun mak dia puji dia, apaatah lagi nak cakap terima kasih untuk apa yang dia buat dekat mak dia.

Selalulah anak yang tak nak jaga tu dipuji puja depan suami aku. Tapi kalaulah suami aku anak emak sekalipun, aku tetap akan melawan kalau aku rasa dia tak betul.

Tapi aku pegang nasihat mak aku, jangan biar diri dibuuli oleh sesiapa pun. Memang kita kena hormat dan taat pada mak ayah, tapi bukan taat yang membuta tuli.

Mak aku cakap, apa yang kita buat jadi contoh pada anak-anak. Kalau anak-anak kita tengok kita diam saja bila dibuuli, dia orang akan membesar membiarkan diri dibuuli.

Aku tak nak tunjuk contoh macam tu dekat anak aku atas alasan takut derhaka. Aku nak tunjuk contoh, benda salah kena betulkan, kalau itu hak kau, pertahankan, kalau orang hina kau, bangun bangkit pertahankan diri kau. Jangan biar maruah kau dipijak-pijak.

Sekarang, mak mertua aku masih duduk dengan aku. Dah tua dan dah nyanyuk pun. Lagi merepek perangai dia sejak nyanyuk ni. Tu aku cerita lain kali sebagai panduan macam mana jaga orang nyanyuk.

Its not easy i tell you.. apaatah lagi menjaga orang yang tak ada memori manis pun dengan aku semasa sihatnya dulu..

Apapun, kita nilai situasi kita, persekitaran kita. Tak guna bertahan memendam rasa sebab kesannya pada anak-anak lebih terok.

Aku doakan semua yang ada masalah dengan mertua, keluarga mertua, dipermudahkan urusan korang. Semoga pengakhiran yang baik untuk korang semua.

Ramai terkesan dengan perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Rizal Razuan, Drama airmata depan korang, gelak smpi kluar airmata belakang korang tgk korang diperbodohkan, smpi tahap lps diorang mkn baru korang dpt sisa,pun masih bodoh lg nak stay situ.

Suka hati korang la klu masih sanggup diperbodohkan mcm tu, cuma jgn la acah2 naif Sgt.

Wan Lina, Dah tahu mentua dan ipar2 tu semua mengkulikan kau kat umah tu.. lagi nak mintak pendapat ke?? Pindah je laa.. jangan nak tjuk baik sgt nak jaga hati org yg tak tahu nk hargai kau. Jaga hati sendiri dan laki kau lagi baiklah..

laki dah ajak pindah tu, kau kne ambik peluang tu sekarang sblom hubungan kau ngn laki kau pulak bermasalah nanti.

Paham?? Haiii.. untung laki kau jenis reti bahasa jugak nk bandingkan kau yg acah2 nk jaga hati mentua ngn ipar2 tak guna tu..

Nur Eika, Pindah je…drama air mata tu skjap je…xkan tiap mase mertua tu nk teruskan drama air mata die je…..slgi korang xpindah,slgi tu lah ko persis org gaji ipar2 n mertua ko….sblm korang kawen elok jer mertua tu bg ank2 die mkn…elok je hidup smpai beso.

Atiqah Jamil, Laki hg ajak pindah tu takkan nak tggu lagi.. pendirian kena tetap.. kalau asyik terkenangkan mertua yg perangai mcm tu smpai bila pun hang akan jadi hamba dlm rumah tu..

dah hg penat2 masak, mkn tak sekali, pastu kena tunggu depa habis mkn baru hg ngan laki hg boleh mkn.. jadah apa nya mcm tu?? Dah la tak posa, nak kena masak bagi depa mkn plak.. byk cantik.

Rita Hamid, Insyaallah puan dan asben masih belum derhaka hanya sbb nk duduk berasingan…duduk lelama boleh memudaratkan hubungan…

islam sendiri menggalakkan setiap ketua keluarga menyediakan tmpt tinggal seadanya…umah kecik xpe, janji boleh cipta bahagia disitu.

Ain syahirah, Plan je semua senyap2.. Siapkan rumah lain tu, angkat baju sikit2.. Nnt satu hari ckp nak pegi bercuti.. Keluar rumah terus tak balik..

Kalau mertua buat drama lagi, ckp la sy taknak tengok mak menangis lagi.. Tp sy kena pindah.. Fullstop. Takyah meleret2 jawab.. Lagi tenang takyah berdepan.

Maria Joan,Maaf, ni pendapat sya ya…suami dah ajak pindah…lebih baik pindah…mentua dah ckp, nanti siapa yg nak masak..bmkna selama ni mmg diorang bergantung dgn Puan & suami…

lebih baik pindah dan biar mereka rasa sendiri mcm mana nak masak sendiri..urus rumah sendiri..pedulikan lah air mata tu…sebab lama kelamaan, keluarga kamu xakan aman….

berkeras hati utk keluarga dan kebahagiaan…nak ke hingga ke anak di layan mcm ni? Harap puan ikut je cadangan suami utk pindah…

kalau boleh, pindah mana, rahsiakan..sebab manalah tau, mentua ipar duai nak tiba2 tumpang dan terus stay lama.

Tipah Haron, Pekakkan telinga..butakan Mata..hati kena kental sis..lbh baik pindah sis..dr ht sis stress setiap hr..lama2 leh jd mntal n saakit..sis n suami cr umh sewa dulu..siap ape brg semua dlm umh..secara senyap..

nnti dh smpai ms bru sis pindah trus..jgn toleh belakang..hati kena kuat..minda kena kuat..semoga sis berjaya..sy bc sis punya citer..hati sy jd geram sis…sis msh leh bersabar..mmg sis kental sis.