Aku seorang petugas pejabat agama, aku rasa tak salah aku berkahwin dgn bekas isteri client aku

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Pertama kali saya nampak isteri yang ketika itu dia masih isteri orang. Dia datang bersama bekas suami yang ingin mencraikan sebab dah ada kekaasih baru. Dengan bangganya si suami bagitahu, isterinya tak mampu bagi apa yang dia mampu kerana isteri sibuk dengan anak – anak jadi nfsunya tak dipenuhi.

Hinggalah satu hari saya terjumpa semula dengan wanita tersebut yang nampak berbeza.

Assalamualaikum buat semua pembaca, admin tolong hide ye profile saya. Terlebih dahulu saya perkenalkan, nama saya K seorang petugas pejabat agama.

semasa di awal pembabitan dalam bidang ini, saya ada mengendalikan satu k3s seorang suami yang hendak mencraikan isteri kerana ada kekaasih baru.

Sewaktu mereka hadir kerana urusan perpisahan, saya lihat wajah isteri, orangnya biasa saja, kulit sedang – sedang,

wajah manis dan saya sebagai lelaki merasa sejuk mata dan hati saat memandang, terus terdetik dalam hati Allah berd0sanya saya kerana memandang wanita yang masih bergelar isteri.

Sewaktu sahabat saya bertanya isterinya, puan rela dimadukan? Dia diam. Lama baru dijawab, “beginilah ustaz, saya tidak mampu berkongsi, saya tidak kuat untuk bersabar kelak, jadi saya pilih dilepaskan agar suami bahagia seperti yang dia kehendaki.”

Saya pula bertanya suami, adakah Encik tidak mahu perbaiki hubungan ini, encik punya anak – anak yang comel, anak bongsu encik baru saja melihat dunia, isteri yang setia,

apa lagi yang encik mahukan. Dengan bangganya suami menjawab, dia tidak mampu lagi memberi apa yang saya mahu, sibuk dengan anak – anak,

sibuk nak berniaga, layanan juga hamb4r, saya lelaki, saya masih punya nafsu, dan dia tak mampu penuhi. Setelah melalui beberapa proses, mereka berpisah secara baik,

3 orang anak di bawah jagaan isteri dan bekas suami perlu memberi nafkah RM600 sebulan kepada anak – anak.

Beberapa bulan berlalu, saya terjumpa wanita itu semula di salah sebuah sekolah agama bersama anak sulongnya.

Saya menegur wanita itu, saya kagum melihat dia yang begitu tenang, wajah yang lebih ceria, dan saya akui saya suka dengan wanita itu.

Pada awalnya, saya mendapat tahu wanita itu menjual makanan dan kuih muih, dalam masa yang sama menerima tempahan makanan.

Saya mengambil peluang menempah makanan untuk majlis di office dan keramaian.

Bermula dari itu kami sering berhubung. Setelah 6 bulan kami mengenali, saya menyuarakan hasrat untuk menjadikan surihati saya.

Wanita itu menolak dengan baik dengan alasan dia janda dan berusia dari saya. Saya yakinkan dia bahawa Allah sudah menetapkan jod0h saya dengan wanita berusia malah diberi hadiah anak – anak segera.

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Keluarga saya menerima isteri dan anak – anak tiri saya dengan baik.

Sepanjang tempoh kami berumah tangga, jujur saya akui, saya tidak salah memilih wanita beranak 3 menjadi isteri saya.

Sentiasa menenangkan saya dalam segala hal, seorang yang mat4ng dan berfikiran terbuka. Perkara yang paling saya kagum, bila anak – anak bertanya tentang ayah mereka, isteri tetap menceritakan yang baik – baik.

Walaupun anak – anak tinggal bersama saya dan isteri, anak – anak cukup menghorm4ti saya, malah anak yang kecil berusia setahun lebih sangat manja dengan saya.

Anak sulong yang berusia 7 tahun selalu berkongsi cerita dengan saya. Di sini saya merasakan kasih sayang mereka dan menjadikan saya sebahagian penting dalam kehidupan mereka.

Mengenai bekas suami, ya dia bernikah dengan wanita idaman tapi perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Masih berhubung dengan isteri saya untuk bertanyakan hal anak – anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Setiap bulan bapa mereka datang mengambil anak – anak untuk bermalam dan berjalan – jalan.

Di sini ingin saya kongsi dari hati seorang lelaki dan suami, hargailah wanita dalam kehidupan anda, saat hatinya dah berpaling maka tiada lagi peluang untuk anda.

Buat isteri tercinta, terima kasih kerana sudi beri peluang pada saya untuk menjadi imam kepada keluarga kita, terima kasih kerana sudi menerima ‘budak’ ini menjadi suami awak.

Buat anak – anak abah, terima kasih kerana sudi menyayangi abah dan menjadikan abah orang penting dalam kehidupan kamu semua.

Terima kasih ya Allah kerana menjod0hkan wanita hebat ini dengan h4mbamu yang serba kekurangan ini.

Semoga ik4tan kami berkekalan di bawah rahmatMu dan sentiasa berkasih sayang hingga ke akhir hayat.

Perkongsian yang di luahkan oleh lelaki ini benar – benar berjaya menyentuh hari ramai pembaca.

Di sebalik kisah sedih wanita tersebut yang ditinggalkan bersama anak – anak yang masih kecil, datang penyeIamat yang boleh menjadi tempat berpaut kepada soerang wanita.

Ramai juga yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian kisah ‘bahagia’ ini dan semoga kebahagian milik mereka sekeluarga selamanya.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin kalau secebis kisah hidup aku yang berliku ni disiarkan. Sekiranya tersiar, semoga dapat menjadi iktibar kepada sekalian penghuni alam. Gittew.

Nama aku Lara (bukan nama sebenar). Berumur lewat 20-an. Bekerja sebagai freelance accountant dan berniaga sepenuh masa.

Sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata da juga bakal menimang cahaya mata ketiga pada oktober 2020 (insyaAllah).

Dan oh ya, aku seorang penghidap severe Depr3ssion dan menjalani rawatan bulanan serta pengambilan ubat penenang secara harian dan berterusan sehingga diberitahu kelak.

Selalu aku baca “KESILAPAN TERBESAR SEORANG WANITA ADALAH SILAP MEMILIH SUAMI.” Aku dalam lingkungan 80-20. 80% tak setuju, 20% setuju. Sebab apa? Sebab ini berkaitan secebis hidup aku yang bakal aku gali.

Aku kenal suami aku penghujung tahun 2010. Sebagai seorang yang konon-konon tergolong dalam wanita yang mudah jatuh hati dengan pak lawak, maka aku tak nafikan baliau seorang yang mampu buat aku ketawa berdekah.

Awal tahun 2011, tepatnya tahun baru, di hadapan pagar rumah parents aku, dia minta untuk couple. Ya ya, sepantas itu. Dan aku terima. Genap setahun bercinta, kami bertunang. Dan selepas setahun bertunang, kami bernikah. Nampak smooth and steady bukan?

Sebelum nikah dan selepas beberapa bulan nikah, sebelum aku mengandungkan anak sulung, suami aku seorang yang super duper tip top.

Solat tak tinggal, cakap berhemah lemah lembut, sejuk mata memandang. Memang lelaki kiriman sorga bagi aku. Bab kebajikan rumah, kebajikan aku sebagai isteri, memang berada di tahap langit ke7.

Memang keterlaluan aku puji masa tu. Dan even kerja dia memerluukan dia berada di luar kawasan berminggu-minggu, aku redha kan sahaja. Sampai lah ketika aku disahkan mengandung.

Time ni sampai dah simptom perempuan mengandung yang mengada ngada minta perhatian lebih. Bila dia beritahu yang dia perlu outstation, aku mula buat drama mengalahkan sinetron.

Mula-mula dia layankan sahaja tapi mungkin lama kelamaan, dia fed up. Nahhh.. belang sebenar dia mula timbul.

Dia start baaran and maaki hamun aku. Entah lah berkaitan atau pun tidak. Tapi aku rasa macam ya.

Aku dah mula syak sesuatu masa tu tapi aku abaikan. Perangai dia bertambah teruk bila dia berhenti kerja. Dan dia berhenti kerja masa aku tengah sarat mengandung.

So segala isi perbelanjaan, aku yang tanggung. Kerja dia, paw duit aku. Lepas aku bersalin, dia kerja semula tapi semuanya tak sama macam awal awal dulu. Dia dah start culas bagi belanja rumah sampaikan sewa rumah pun aku yang tanggung.

Jangankan belanja rumah, belanja nafkah aku pun, sejak kejadian dia berhenti kerja tu sampailah ke hari aku share kisah ni, 1 sen pun aku tak pernah dapat. Aku jadi malas dah meminta.

Sebab tu aku gagahkan diri kerja. Semua benda aku nak buat kalau boleh. Asalkan aku boleh dapat duit. Tapi sayang punya pasal, aku bertahan. Demi anak pun ya. Siapa ja nak anak membesar tanpa salah seorang ibu/ bapa?

Bila aku disahkan mengandung anak kedua, perangai dia makin menjadi jadi. Langsung tak bekerja. Jadi aku nekad, keluarkan modal untuk berniaga.

Sambil aku kerja, aku berniaga juga. Tapi bila aku masuk office, dia akan take over. Di sini kesilapan terbesar aku. Bila hujung hari nak closing, duit modal tak dapat, untung apatah lagi. Sudahnya, terpaksa berhutang dengan kakak dia untuk modal esoknya.

Dan begitulah seterusnya sampai aku ambil keputusan untuk stop terus. Masa aku mengandung anak kedua ni lah, dia dah berani angkat tangan. Time aku tengah sarat, dia boleh belasah aku umpama tak ada esok. Aku hadap ja dengan tangisan.

Masa anak kedua aku dah berumur 7 bulan, dia ditangkap polis dek kerana ddah. Ya, sikap dia berubah mendadak sebelum ni adalah kerana d4dah. Masa aku dapat khabar tu, aku gelak.

Tak sedih, tak apa. Sebab aku rasa, this is it. Allah nak bagi dia sedar. Semoga dia sedar. So merasa lah dia di dalam selama 8 bulan.

Masa dia ditahan reman sebelum dijatuhkan hukuman, aku gigih melawat dia di penjara dua minggu sekali. Then dia dipindahkan ke penjara lain bila hukuman dijatuhkan.

Disebabkan jauh, aku tak dapat lah nak melawat selalu. Lagipun tempohnya dah tak lama masa tu. Jadi korang rasa aku ni isteri yang tak cukup mithali lagi ke?

Family aku tahu tapi abah aku ni jenis seorang pemaaf. Dia banyak bagi aku semangat and dorongan. Kata dia, semua manusia buat silap.

Semoga kali ni dia dapat pengajaran sebetul-betulnya. Cuma dia jangan ulang. Kalau dia kena sekali lagi, abah aku sendiri akan bawa aku ke penjara untuk minta crai. Itu janji abah. Aku redhakan sahaja.

Selepas dia keluar, perangai dia jadi baik sangat. Sama macam awal-awal nikah dulu. So aku memang excited nak jalani hidup ‘baru’ dengan dia and anak-anak.

Berbuih mulut aku and mak dia pesan supaya lupakan kisah hitam tu. Buat corak baru demi anak-anak. Dia pun dok angguk-angguk serupa belatuk. Senyum ja mengiyakan.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya taufan berkampung terus. Perangai baik tu sekejap ja. Dia kembali menyetan. Maaki hamun sepak teerajang tak payah cakap lah.

Termasak nasi lembik sikit pun, periuk tu dilemparkan ke lantai. Berderai pinggan mangkuk. Pecah retak pintu bilik.

Aku ni dah jadi pvnch bag dia dah. Tapi aku yang sekarang bukan macam dulu. Sekali dia pkul, berganda-ganda aku balas. Bertinju bertomoi tu tak payah cakap.

Aku tak sia-siakan ajaran silat pak sedara aku dulu tu. Pernah dia mengalah sebab terlampau saakit bila aku lawan balik pkulan dia.

Puas hati aku. Saakit memang saakit tapi kepuasan tu melebihi segalanya. Then berbaik sekejap untuk tempoh 1-2 bulan tanpa drama Bruce Lee and Jet Li.

Sekali lagi aku diuji bila dia ditangkap polis. Kali ni adik beradik dia and mak pakat nak jamin dia. Sebab takut family aku tahu punya pasal. Maybe taknak kehiilangan menantu macam aku gamaknya.

Tapi nak jamin tu, bukan semua orang hulur duit ya. Hulur air liur sahaja. So aku lah juga keluar duit untuk hal ni.

Oh, masa ni aku sambung balik berniaga tapi share dengan suami. So ini juga salah satu sebab aku gigih jamin dia sebab aku memang tak larat nak handle seorang diri. Dan demi anak-anak yang semakin membesar, panjang akal. Setiap detik tanya mana ayah. Nak tak nak, aku kena berkorban.

Disebabkan satu persatu petaka, hati aku jadi keras. Sampai aku hiilang rasa dengan suami. Memang dari awal perkahwinan, aku tak pernah guna gelaran abang atau honey atau whatsoever dengan dia. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagi isteri dalam rumah ni.

Tapi tu lah. Aku lah isteri, aku lah suami. Dia masih seronok enjoy melagha bak bujang. Balik rumah bila rasa nak balik. Selebihnya dia tidur luar.

Mula-mula dulu aku terkesan juga tapi lama kelamaan, aku tak kesah dah. Terkadang rasa lebih baik dia tak ada daripada ada. Tahap aman dan makmur tu memang payah nak aku gambarkan bila dia tak ada. Bahagia.

Belanja rumah, belanja anak-anak, belanja dia, semua atas pundak aku. Sehari aku kena paw paling koman RM20.

Disebabkan aku malas nak bertekak dan menyebabkan anak-anak terpaksa menyaksikan filem aksi ditengah rumah, aku hulur ja tanpa banyak bunyi.

Tapi ada masanya aku melawan juga, tak bagi. Masa tu lah dia buat perangai maaki hamun macam kalah judi. Ada masa aku diamkan, ada masa aku berlawan cakap. Ikut lah mood aku nak masuk kot mana. Tak pernah sekali pun dia tanya aku, apa lauk yang ada atau tak ada kat rumah.

Yang dia tahu, dia bangun tidur tengah hari nanti, dah ada lauk untuk dia santap. Nasi perlu dihidang. Well, aku bela anak raja tau.

Anak sulung aku selalu buatkan aku mengalah. Bila ayah dorang dah bersuara minta itu ini, dia akan datang kat aku and merayu supaya aku turutkan. Sebab dia takut ayah dia meng4muk. Korang rasa hati mak mana tak remuk?

Awal tahun ni, aku disahkan mengandung lagi. Kali ni, aku mengandung umpama tak berlaki.

Yaa, dalam bertegang leher setiap masa pun menjadi juga. Mesti korang akan cakap macam tu. Macam aku mention awal tadi, even tak ada rasa, selagi dia suami, aku masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri.

Siapa tak takut neraka? Sedangkan neraka dunia ni dah habis teruk aku kena, at least bagi lah aku rasa syurga abadi. Gitu ayat penyedap hati aku. So aku pergi check up sendiri.

Sebenarnya benda tu dah biasa. Dari anak sulung lagi. Aku sikit pun tak kesah. Dan bila baby dah pandai bergolek tendang sana sini, aku layankan sorang sorang. Kadang aku share dengan anak-anak aku. Mengekek lah kami 3 beranak melayan baby melasak.

Dia? Apa dikisahkan. Janji dia berjaya membujangkan diri. Eh, aku pun tak peduli mana pun sebenarnya.

Macam aku mention awal tadi, aku penghidap severe depr3ssion yang perluukan rawatan dan ubaat. Aku start detect benda ni masa 2018. Time tu aku struggle teruk dengan company.

Dapat pula boss yang jenis perah keringat kita macam perah santan. Sampai jernih lah hampas tu diperahnya. So aku start stress melampau. Kebetulan aku mengandung and keguguran akibat keadaan emosi tak menentu.

Masa tu aku kat kampung. On the way ke hspital, dalam ambulans, aku called suami and maklumkan. Tahu apa respond dia? DIA SALAHKAN AKU 100%.

So start dari situ dia akan tekan aku pasal kandungan tu. Dia kata aku sengaja gugurkan kandungan tu. Nak ja aku benamkan dia ke sungai and biar buaya makan.

Lama kelamaan, disebabkan peel tak endah aku, benda tu makan aku dari dalam. Aku jadi 100% mntal tak stabil. Pernah sekali kami berpeerang besar sampai dia pecahkan pinggan kaca yang penuh nasi and lauk pauk. Aku jadi geram, aku ambil serpihan tu and aku kelar tangan aku semahunya.

Dia jadi takut and terus berlari keluar. Tak berguna nampaknya kan. Hahahaha.

And aku pernah hunus piisau kat dia, tanpa aku sedar sebab dia melepuk anak sulung aku yang baru lepas mandi tapi tak reti lap badan.

Macam Chandramukhi rasuk Jhyotika tu ha. Aku tersedar bila anak sulung aku tersentuh tangan aku. Kalau tak, dah jadi cover berita Metro dah.

Aku disuruh dapatkan rawatan (paksaan) masa aku mula mula buat check up awal kehamilan. Masa nak ambil drah, nurse tu perasan kesan torehan.

Terus dia rujuk aku ke doctor pakar. Dan start dari situ aku menghadap segala macam rawatan.

Sepatutnya sebagai suami, seharusnya dia prihatin kan. Sepatutnya dia kurangkan bagi tekanan. Tapi tak. Makin menjadi jadi dia tekan aku. Setiap hari, tanpa rasa bersalah. Dia memang suka lah kot aku gila. Eh tak semudah itu. Aku gagah lawan.

Bila start PKP, aku terpaksa tutup business. Bila dah boleh berniaga, aku mula semula tapi tukar produk. So dengan sarat macam ni lah aku usahakan semua. Sorang-sorang.

Tapi aku tak kisah sangat. Sebab dengan menyibukkan diri, buat aku rasa tenang. Buat aku lupa benda benda yang bersarang dalam otak. Sampaikan aku rasa nak berniaga ja 24/7 tanpa henti. Badan penat tak apa, jangan jiwa lelah. Itu falsafah aku sekarang.

Tapi mengenangkan anak dalam kandungan, aku akur lah juga. Karang tak pasal pasal terberanak masa tengah berniaga. Haru. Suami aku macam biasa lah. Malam lepas aku habis niaga, dia akan paw aku. Itu memang dah jadi rutin harian dia. Tak pernah miss. Hairan aku.

Baru baru ni kami bertekak dalam kereta. Kali ni paling melampau sebab dia tumbuk aku depan mak dia sendiri. Baru mak dia tahu perangai anak kesayangan dia tu macam mana.

Aku sikit lagi nak lnggar dia time tu. Aku blah, tinggalkan dia. Aku off phone. Aku tinggalkan anak anak dengan jiran.

Sebab aku tak boleh risikokan anak anak dengan emosi tak stabil aku time tu. Ni pesan doctor and nurse berkali kali. Aku sedaya upaya ikut. Aku cari port bertenang.

Puas aku keliling, aku ambil keputusan lepaskan rasa kat kubur. Aku park kat parking kubur tu and aku menangis semahunya.

Then bila dah reda sikit, aku on phone. Notifikasi missed call berpuluh kali dari suami. Aku type text, suruh dia anggap aku dah mati. Then aku off kan semula phone, aku balik rumah. Depan anak anak haruslah kena pandai berlakon. Dia belum ada kat rumah.

Malam tu dia balik. Dia lipat kain baju dia, dia keluar. Tapi tak semua lah pakaian dia yang dia angkut. Dia duduk rumah mak dia. Sebelum sebelum ni kalau bergduh, aku kerap halau dia. Hati saakit, apa pun boleh jadi. So kali ni dia memang pergi betul betul.

Alah, rumah mak dia bukan jauh mana pun dari rumah sewa kami ni. Anak aku yang nombor 2 tu berlari lari anak pun boleh sampai dalam 5-7 minit. Dan ini lah pergaaduhan terbaru kami rasanya. Aku rasa tenang sikit sebab tak ada aura kehadiran dia dalam rumah ni.

Aku tak berharap apa apa pun dah dengan rumahtangga ni. Ada, ada lah. Tak ada, apa nak dikata. Aku cuma fokus untuk bersalin and besarkan anak anak ja. Doakan aku, korang.

Ye, memang kesilapan terbesar wanita adalah salah memilih suami. Tapi kalau dah jenis suami yang pada awalnya ibarat malaikat, siapa yang boleh duga dia berubah menjadi Azazil?

Selagi kita boleh lawan hak kita, kita lawan. Biarlah bertumbok bert0moi pun, jangan jadi pvnch bag suami.

S4kit fizikal tak setanding saakitnya jiwa. Sekurang kurangnya kepuasan tengok dia saakit kena belaasah tu kena ada. Hahahaha.

Mesti ada yang persoalkan, kenapa tak tuntut fasakh atau minta dia craikan terus. Kalau lah sesenang itu, aku dah buat. Terlalu banyak sudut dan penjuru yang perlu aku titikberatkan.

Aku rasa, bukan aku seorang ja isteri yang dalam dilema macam ni. Kami tak bodoh ya, tapi situasi dan keadaan yang tak mengizinkan. Dan aku percaya, mungkin ada hikmahnya semua ni.

Aku berpegang pada ayat, di setiap kesuulitan akan diselitkan dengan kesenangan. InsyaAllah.

Doakan aku and anak anak sekali lagi ya korang. Doakan aku selamat bersalin. Doakan aku kaya raya supaya dapat menyenangkan semua orang terutama wanita wanita yang menjadi mngsa suami begini.