Aku sengaja xpindah, aku puas tgk isteri ptama tsiksa lihat kemesraan aku dgn bini baru

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku nak kongsikan cerita pengalaman aku berumahtangga suatu tika dulu. Aku seorang lelaki. Berumur lewat 30 an. Aku kenal ex wife aku masa aku baru habis master. Dia ni muda 6 tahun dari aku. Kenal pon dekat fb. Aku tengok dia comel jadi berkenan nak buat bini.

Dah setahun kenal baru aku tahu dia ni anak yatim piatu. Tiada keluarga atau saudara mara. Membesar di rumah anak yatim. Makin lama makin jatuh sayang aku pada dia. Mengenangkan dia sebatang kara lagi lah aku simpati.

Dia belajar tak tinggi. Tapi wanita paling baik pernah aku kenal. Sopan santun dan sangat hormat pada aku. Pendek kata perfect la untuk buat calon isteri.

Lepas dua tahun kenal aku terus sunting. Aku kenalkan pada keluarga aku dan memang mak bapak aku berkenan. Kami nikah ala kadar. Tiada hantaran. Cuma mas kawen dan sebentuk cincin. Sikit pon dia tak komplen. Yang aku ingat memang riak muka dia seronok sangat.

Pada awal pernikahan kami, memang aku bahagia. Dia isteri yang sempurna. Hebat di dapur dan dirnjang. Rumah aku pun sentiasa kemas tersusun. Masuk tahun ke-5 aku jadi jemu dan bosan.

Aku impikan sebuah keluarga yang ada anak-anak kecil. Tapi isteri aku tak ada langsung tanda2. Aku mula berubah sikap. Sejak tu aku mula kenal2 dengan ramai perempuan dibelakang dia.

Pernah suatu hari aku kantoi bersms dengan pmpn lain. Yang aku hairan dia tak meng4muk tapi menangis sepanjang hari. Bila malam boleh pulak dia pluk2 dan nak bermanja dengan aku lagi. Ya,sambil menangis. Memang aku rasa bersalah tapi entah lah.

Mungkin kerana eg0 aku abaikan. Aku biarkan dia menangis sampai bengkak mata dia. Sebenarnya aku tahu dia sedih dan takut aku tinggalkan dia. Yelah dia kan sebatang kara.

Hanya aku tempat dia bergantung. So waktu tu memang aku yakin yang dia akan tetap redha walau apa pun tindakan yang aku ambil termasuk lah poligami.

Pendekkan cerita, aku menikah seorang lg. Dengan janda anak sorang. Umur 29. Memang masa tu aku langsung tak pedulikan isteri 1st aku tu. Padahal kami masih duduk 1 bumbung.

Sengaja aku tak pindah. Entah lah Aku rasa puas buat dia tersiksa lihat kemesraan aku dgn bini baru aku masa tu.

Aku tahu dari jauh dia selalu curik2 pandang kami bermesra. Lepas tu apa lg menangis lah. Tapi masa tu aku betul2 tiada nfsu untuk dia. Rasa cinta lagi lah tak tahu entah kemana.

Keluarga aku pulak apalagi bising lah bila sampai berita aku menikah lagi. Mak aku cukup tak suka dgn bini baru aku. Tapi aku tak peduli yang penting aku rasa bahagia.

Lepas 3 bulan nikah, isteri kedua aku ni hamil dan masa tu bahagia tak terkira aku Aku jaga dia tatang macam puteri raja. Pernah aku tampar bini 1st aku tu sebab tertumpahkan air.

Masa tu aku betul2 risau kalau bini muda aku jatuh bila lantai licin. Dia menangis dan terus hiilang masuk bilik. Nak jadi cerita suatu hari tu masa aku baru balik kerja. Bini muda aku datang menangis mengadu.

Dia reka cerita yang bini aku tu sengaja curah air sabun depan bilik mandi kami. Masa tu aku buta2 percaya. Sebab aku fikir dia cemburu madu dia pregnant. Aku heret dia ke ruang tamu. Paksa dia mengaku kesalahannya. Meraung2 dia bila aku tampar dia.

Dia sujud di kaki aku mohon ampun. Tapi hari itu ibls berjaya menghasut fikiran aku. Aku lafazkan crai talak 1 bersaksikan isteri kedua aku. Aku halau dia keluar rumah aku..Dan sejak dari hari tu, aku memang tak pernah jumpa dia lg.

Aku ingat aku boleh hidup tanpa dia. Tp sejak dia dah tiada, aku rasa kosong. Memang aku ada anak bini lg. Tapi aku hiilang satu2 isteri yg sangat taat pada aku. Bini kedua aku ni makin lama makin tunjuk belang.

Bercakap dgn aku kurang ajar tak hormat aku sebagai suami. Pemalas. Anakā€¦ aku yang banyak jaga lebih dari dia. Pernah sekali dia kantoi berdating dengan jantan.

Dua2 aku lanyak. Kesabaran aku sudah hiilang. Suatu hari kami bertengkar. Aku pun dah lupa puncanya. Sungguh aku tak sangka hari itu dia ketawakan aku kerana craikan isteri aku akibat percayakan ftnah dia.

Mmg aku rasa aku lelaki paling bodoh masa tu, dengan perempuan sndal pun aku terpedaya dan aku buang satu2 perempuan yg paling setia pada aku.

Hari tu aku lafazkan crai talak 3 pada perempuan ni. Anak aku ambil dan aku halau dia keluar dari rumah.Sudah bertahun2 berlalu.. Hidup aku jadi tak terurus sampai aku dibuang kerja.

Puas aku cari isteri pertama aku tu, aku tahu mungkin dia dah bencikan aku dan tak kan terima diri aku lagi. Tapi aku nak mohon maaf. Aku rasa tersangat berdosa.

Aku cari merata tempat tp tak jumpa. Aku pergi balik ke rumah anak2 yatim tempat dia membesar dulu, tp tak seorang pon sudi membantu aku. Dia takda saudara mara nak aku tanya.dia ni tak ramai kawan dan dorang pun tak tahu kemana dia menghiilang.

No tel dan Fb pon dah lama deactivate..Aku jadi buntu. Sampai sekarang aku masih menunggu dan berdoa supaya tuhan ketemukan kami semula.

Aku rindukan dia..ada ketika aku meratap sorang diri . aku sedar kesalahan dan dosa aku. Sepatutnya aku lindungi dia bukan mengkhianati dia. sumpah aku menyesal. Dulu memang aku menang kerana ego dan hari ini ternyata aku kalah kerana rindu.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Anis Othman, Ahahahahaaaa….eh celaka. padan muka kau…nasib baik tuhan xbg ko ngan die anak, padan muke ko dpt kawen ngan sondol. masuk neraka ko bro.selagi die xmaafkan ko..neraka..ko tu neraka tu ape. tempat2 org yg berperangai syaiitaaannnnn cam ko.

Rahifah Karim, Jangan kan kata anak yatim piatu.. anak yang masih ada mak Bapak pun mana leh ko wat mcm tu.. mcm ni akk bg ko tips .. nak ringankan dosa supaya doa ko makbul jumpe dia… ko selalu lah wat solat Sunat taubat.. pastu ko sambung solat hajat… semoga ko jumpe dia.

Asmah Salleh, Padan muka ko siap kn guna ko terlalu sombong mau kn kawin 2 tapi tidk tahu macam mana hati perempua biar tah ko giila malu sja ko masuk dlm fb Napa ko fikir org lain suka kn cerita mu Tu org yg tidk tahu cari pun tahu.

Suraya Hanim, Hahahahahaa…tepuk untuk keb0dohan dia…best pla crita dia ne…jantan ne lau ada dpn mata bg aku baca cerita dia ne mmg aku lanyak jg dia…1 by 1 jgn bwa kwn ok…aku benci btl manusia bodoh mcm ne…tmak bangang…setan.

Nur Eika, Ak harap kau tak akan jumpa ex wife 1 sampai bila2.. biar lah dia bahagia dgn hidup dia sekarg, ingat senang ke nak move on dgn apa yg kau buat kat dia dulu.. dia mungkin dh maaf kan kau tp dia tak kan lupa apa yg kau dh buat kat dia sampai bila2..

Mila Hanafi, Akak harap biar laa ex wife kau tu dh kawin dng orng lain dan hidup bahagia baru kau tahu

Ana Omar, Kesian wife ptame.. kau kjam sngt knape? Knape tak siasat dlu? Ksian die.. hati aku lak yg skit ble bce cte ni.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen