“Aku s4kit jiwa, Olive 0il tu baru beli” – Zarina Anjoulie

Apabila sudah punyai anak, kita faham bagaimana perasaannya menjadi ibu bapa. Kita faham apa yang ibu bapa kita dahulu melalui selepas kita menjadi ibu bapa dan faham bagaimana sukarnya mereka menjaga kita. Dengan kerenah ragam dan gelagat tawa kita, semua ibubapa kita akan lihat dan rasai dan mengetahui payahnya mendidik anak seperti kita.

Begitu juga dengan bekas pelakon dan model tempatan kita, Zarina Anjoulie, rasai setelah mempunyai seorang anak dari perkahwinannya yang lepas. Anaknya, Martin yang sedang membesar kini sudah pun berusia 4 tahun.

Martin Ezra Mikael dilihat sebagai seorang anak yang ceria dan ibunya kelihatan cekal membesarkan anaknya dalam persekitaran yang sihat dan kurang gajet. Dengan itu, Martin membesar dengan sifat ingin tahu yang tinggi dan seorang yang bercita-cita besar. Baru-baru ini Zarina Anjoulie ada berkongsi momen beliau bersama anaknya sedang melakukan sesuatu di mana perkara itu memeranjatkan Zarina.

View this post on Instagram

– – aku sakit jiwa !!!! Dah tak larat nk marah dah . Olive oil tu baru la beli 😭😭😭😭

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Dilihat didalam video tersebut, Martin telah mencampurkan minyak zaitun yang baru dibeli ibunya dengan sabun dan beberapa barang lain. Zarina Anjoulie seperti tidak larat untuk memarahi anaknya itu dan meredhai apa yang anaknya lakukan. Apabila ibunya menanya Martin apa yang Martin lakukan, Martin menjawab dia mahu membuat ub4t dan Martin berkata dia adalah seorang doktor. Bagus cita-cita Martin.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat Martin dan kepetahannya berkata-kata. Ada juga yang berkata Martin sedang berekperimen dan meminta Zarina Anjoulie bersabar kerana mana tahu Martin akan menjadi seorang saintis besar nanti.

Begitulah apabila mempunyai anak mereka punyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan itu sebenarnya perkara yang baik kerana itu menunjukkan mereka adalah anak yang bijak dan kreatif. Martin juga dilihat antara seorang anak yang sangat bijak dan kreatif dan punyai masa depan yang cerah.

sumber : ig anjoulielavocah1

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.