Aku malu time blk kg suami sibuk tlg mak kakak ptong bawang masak, bkn nk join ipar2 lelaki

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum min. Macam biasa tolog hide kan fb kawan aku ni. ye la nak meluah malu kt fb sendiri. so pinjam la fb kawan aku kan.. story aku ni agak brbeza dengan orang laen. aku dah kawen 6 tahun min. anak 2 orang. dua2 gegirl yang comel. husband aku ni memamg baik rajin.. kami dua2 pegawai krajaan.

Bab nafkah ni tak kisah. dia berduit belanja aku. aku berduit belanja dia. sama2. gaji kami laki bini 11k. so langsung tak ade masalah pun pasal belanja keperluan dan kehendak.

Point nya laki aku ni lembut dan kadang2 aku rimas la min.. rumah besepah membebel.. dia memang minat kemas rumah pun. nak kluar rumah aku kena pakai tudung macam ni n baju macam ni ikut taste dia

Dan kadang2 tu memang la taste dia buat aku nampak cntik tapi aku rimas sebab bila taste aku sndiri. mesti dia cakap macam orang tua la.. tak up 2 date la..

Kalau balik kampung aku malu dengan adik beradik aku sedangkan dia pulak sibuk kat dapur tolong mak dan kakak aku potong bawang dan masak bole siap pakej kemas dapur lagi. bukan nak join abang n ipar2 group lelaki.

Bila aku maarah dan herdik. terus merajuk.. tapi dia langsung tak jaga air muka aku.. sampai satu tahap aku rimas dengan smua ni.

Laki aku tak macam orang laen. yang minat bola sepak. mancing. aku memang sayang dia. buruk2 pun suami aku kan. tapi tah lah nitizen2 jangan kecaam ye. bole tak bg kata2 semangat kt aku.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah sampai habis ye. Kisah ipar duai

Assalamualaikum.. Aku Mona, alhamdulilah dah berkahwin, ada anak. Suami? Dia ok je. Yang tak OK, adik beradik dia, ha ipar duai aku la tu.

Aku saja la nak bercerita pengalaman ada ipar duai yang perangai dia… Sesak dada oi. Kalau tak kuat, aku rasa dah lama aku angkat kaki blah..

Kisah ni berlaku beberapa tahun yang lalu…

Kisah 1.

Adik ipar perempuan kesayangan aku ni datang la bertandang dekat rumah kami laki bini. Oh ya, masa ni dia tak kahwin lagi.

Sebelum ni ada jugak dia pernah datang, tapi tak selama yang kalini punya. Aku ingat datang kejap je, sekali duduk berminggu-mingu. Yang paling best, duduk rumah kami macam Queen.

Breakfast aku sediakan, lunch aku masakkan, dinner aku hidangkan. Padahal bilik dia tepi dapur je, pekak sangat ke tak dengar kak ipar dia dok masak?

Kot ya nak datang jengah muka tanya aku kot-kot ada apa nak kena tolong ke, haram..

Minggu pertama aku boleh ikhlas lagi la, tetamu kan. Ni tidak, pintu bilik dia pun laki aku kena ketuk nak ajak makan sekali. Keluar bilik, tinggal cedok nasi je, dah habis makan, layan Netflix.

Ewah, ewah, ewah.. Lama-lama memang aku tegur la perangai adik ipar aku tu dekat laki aku. Aku ni ada anak kecik, mana nak masak, mana nak urus rumah, aku pulak buat bisnes online, jem otak weh..

Laki aku boleh balas “biasa la tu.. tetamu”. Tetamu tok anjang dia, 3 hari je kot ya pun nak jadi tetamu kelas atasan. Aku hamuk la weh. Aku kata aku bukan babu dalam rumah ni. Serba serbi nak dilayan bak permaisuri.

Aku tak cakap banyak, aku kata nak balik kampung secepat mungkin. Dengan cara tu je aku dapat courier adik ipar aku tu terus ke kampung halaman dia. Kampung laki aku dengan aku tak jauh mana pun. Aku memang silent treatment dengan laki aku masa ni.

Sedih ada, terasa dibuuli pun ada.. Memang la beras abang dia beli, tapi aku yang masak. K3s ni selesai lepas kami pulang ke kampung.

Dah hantar sampai depan pintu rumah, salam aku pun tidak, nak ucap terima kasih jauh sekali. Protes la tuh. Lantakklah.

Nak benci aku sekalipun. Ingat aku kisah? Lepasni, nak malas, silakan bermalas-malasan kat rumah mak bapak sendiri.

Kisah 2.

Sejenis suka meminjam kereta orang. Dah la pinjam bukan kejap, ada kadang sampai sebulan. Memang la kereta tu abang kau yang bayar, tapi nama aku.

Laki aku ni pulak Ya Allah Ya Rabbi baik hati tahap aku sendiri tak boleh hadam. Dah pinjam mulut tak reti nak bersyukur, kata kereta aku banyak calar la, kemek sana sini. Hamboi KakNon..

Part paling aku panas dan memang aku meletop, dorang boleh pergi modified kereta aku. Modified part mana, aku tak mau cerita. Dahtu, boleh pulak claim duit laki aku.

Sampai je rumah, laki aku check kereta aku, aku perati je dari dalam rumah. Malam tu aku hamuk la. Aku sound jangan nak memandai-mandai sentuh kereta aku. Buat itu ini. Laki aku boleh pulak kata aku tak suka adik beradik dia.

Benda ni memang buat kami laki bini gduh. Cakap banyak tak guna, aku ambik simpan kunci kereta aku.

Ha, gasak la korang nak balik rumah korang naik unta ke naik kuda ke. Puas hati aku. Lepas k3s tu, dah tak ada sesi pinjam meminjam. Jual la air mata daarah sekalipun, aku tak heran.

Kisah 3.

Arwh orang tua aku ada tinggalkan rumah sebiji dekat kampung. Dorang ni pernah datang la bertandang rumah tu.

Alhamdulillah rumah tu besar, rumah sebiji atas tanah. Ada aircond setiap bilik, kira fully furnished la.

Ipar duai aku ni boleh suruh aku letak barang-barang rumah tu dekat rumah mak bapak dorang.

Allah.. Jem kepala otak aku masa tu. Aku balas, nak ambik la sendiri. Urus sendiri lori ke apa ke. Aku tau dorang nak santak laki aku suruh handle semua. Banyak cantik?

Tu tak masuk cerita nak duduk rumah tu FREE. At last, aku sewakan rumah tu dekat orang lain. Kurang-kurang hati aku tak saakit.

Aku ni cuba nak berlapang dada. Aku bukan tak layan dorang baik-baik. Tapi kadang-kadang aku rasa dorang ni melampau sangat. Jenis kaki buuli pun ada, nak ambik kesempatan pun ada.

Tu tak masuk pasal MULUT masing-masing lagi, burukkan aku depan mertua aku, kaki sound orang, suka bergaaduh sana-sini. Hadoi lah..

Korang kalau ada nak share pengalaman BURUK/ NGERI dengan ipar duai, share la sekali. Moga dapat jadi pedoman untuk kita semua.

Kadang Tuhan hantar suami ok, tapi Tuhan uji dengan ipar duai yang aneh-aneh. Betullah orang kata, hidup ni memang penuh dengan ujian.

Ramai terkesan dengan perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Miza Hamad, Ni org panggie kufur nikmat..apa la.. kalau dah tau dia lembut pasai pilih dia 6 thn lepas..syukur tau suami tahu masuk dapur & tahu apa yg nak dibuat kat dapur tu..ada sesetengah laki cawan dia minumpun tinggai kat mn dia minum..

Nonie Yahya, Cuma nk ckp sis ramai lagi pmp lain yg teringin sgt nk dpt suami mcm sis tp tak dpt.. ya Allah.. kuatkanlah semangat aku baca luahan cmni

Bl Scroll komen2 gegadis single dlm ni ramai je sudi gantikan tt klu tt tak mampu bertahan dgn suami tt..

Maisarah Uyob, Elok sangat dah laki kau tu tk join lepak2 membabau sana sini. Lagi menyenangkan siap tolong mak kau akak kau masak lagi.

Manusia tk bersyukur, Allah tarik balik nikmat tu baru tahu. Time tu mula lah nak post sedih2 laki cari lain, apa kurangnye saya sebagai isteri LOL kojol senang.

Raisha Inara, Bsyukurlah tuh…suami lembut2 pun awak dapat 2 anak….btangung jawab,rajin,inilah kelemahan manusia yg amat rugilah kalau mata x celik2,bila suami dah x de,barulah nk tergadah merintih bagai,yg dtg belum tentu2 sama mcm yg ada,

bdosa buat suami terjentik rasa,suami kita kan,syurga kita atas keredaan dia,kita harus hormatinya…kerana dia bapa kpd anak2 kita,

apa saja kekurangan antara kita dan dia bawak2 lah berbincang….ala yg rasa tak suka,benda boleh bincang…..awak seorang yg beruntung.

Roha Nasuha, Bersyukurlah dapat somi macam tu..ingat senang ke laki nak buat kerja rumah ni.apatah lagi memasak..n abis kan masa bersama keluarga.ada lelaki cbuk dengan hp lh.kawan lah..xda masa untuk family nak ke..rumah bersepah anak terabai..

Ida Ahmad, haii tt…suami saya minat sukan n mancing tp bile raya ke knduri dia pun sibuk ke dapur…suke masak,suke buat mcm2..klu saya masak dia yg sibuk ke dapur sbb dia xnak dapur bersepah,dia ckp saya kemas dapur xbersih hehehehe tp saya enjoy dan hepi sikap dia cmtu…

kurang penat kite..bley dikatakn 90% hal rumah dan anak suami yg uruskn…bersyukur la ye tt..xsemua lelaki bley buat cam suami2 kite buat hehehehe.

Gina Kassim, Sekali die tkr minat bola,mancing,tinggalkan ko gi lepak ngn kwn2 dia berjam2 baru ko langit tu tggi ke rendah. Xde penyaakit cari pennyakit. Syukur la laki tu suka kemas rumah.

Ada laki org pinggan mkn sdiri pun xnk basuh tau x. Aihhh ko ni klu adik aku dh lama aku cepuk.

Aliya Aziz, comel la suami dia..lau aku besyukur sgt dpt suami mcm ni…sama2 masak..sama2 kemas rumah..dia yg pilih baju apa yg kita patut pakai..balik kampung diabyg sibuk kat dapur…

lantak la situ x join lelaki yg kat luar tu..mcm aku rasa dunia bahagia ni aku yang punya…bersyukur la sis..dpt laki pemalas baru kau tau.

Samsul karim, Dah lama kawin laki baru jadi lembut ke apa ni. Dulu keras skrg lembut?. Takkan tak sedar dh yg lembut mmg lebih teliti, kemas dan rajin.

Mmg minat ke dapur banding baiki atau berckp pasal enjin moto, kereta. Tapi bagus sebenarnya sebab banyak dpt bantu ringankan kerja rumah.

Yana Selamat, Budak2 je tau minat laki main bola, memancing konon nampak macho ada sifat kejantanan. Lepas kahwin plus dah beranak pinak main bola dia dgn memancing tu tak membantu pun dalam rumah tangga.

Betapa bini2 yg dapat suami berhobi macam tu teringin nak berlaki macam awak. Tambah2 la yg g memancing asyik tinggal bini tu. Ingat best ke. Tak bersyukur betul

Nur Eika, Ya Allah dah elok sgt laki sis tu …zaman skrg susah nak dapatkan bersuamikan mcm sis tu..pahala jika suami redho apa yg sis pakai dan lakukan …sikap suami sis ni boleh dikatakan idaman setiap wanita sis.

Cuba pikir klu dia suka main perempuan lain sis jugak yg merana jgn kerana hal kecik begini sis bercrai berai jgn .menangkan hasutan syaitan …sama sama perbaiki mana yg kurang dlm diri.. bersyukurlah sis.

Aina Zainol, Maaf la. Ko mmg minx kena kecam. Untungnyeee ko dpt laki cmtu. Betul2 baik n bertggjwab. Ko tu xsedar dri. Untung ad org nak bela ko. Kat luar sane ko yakin ke dpt suami cm laki ko. 1 lam sejuta jek. Bersyukur la. Bersyukur. Tu la manusia.

Dpt yg xelok mule rase diri tu malang la. Nasib xbaik la. Da dpt yg elok pon msih x syukur n rase xckup. Ko bykkan la solat sunat n doa. Jgn kufur nikmat ye sis. Haaa puas ak bebel ni. Amek ko mmg minx kena kecam bejemaah la.