Aku lecturer, jtuh cinta dgn tukang kebun kat universiti. Masalahnya mak aku sengaja ltk hantaran 20k

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua pembaca. Saya Maira, pensyarah lulusan PHD yang berumur awal 30-an. Saya bujang dan tidak lah cantik seperti typical gadis idaman lelaki melayu. Sebelum ni tak pernah pun ada lelaki mengorat saya, malah yang mendekati pun memang takde.

Sehinggalah saya bertemu dengan Malik, seorang tukang kebun di universiti tempat saya bekerja. Malik berusia pertengahan 20-an,jauh lebih muda dari saya.

Awal perkenalan kami, kami terserempak di kafetaria universiti. Masa itu Malik taktahu pun saya lecturer, dia ingat saya student sebab saya akui muka saya memang baby face.

Entah bagaimana, saya pun terjatuh hati pada Malik. Melihatkan sosok peribadinya yang sangat sopan, mesra orangnya dan sentiasa tersenyum, saya terpesona dengan akhlaknya. Malah dia jauh lebih matang dari usianya.

Dah lama kenal barulah kantoi yang saya ni lecturer. Masa ni Malik dah segan nak kawan dengan saya, sebab masa ni jugaklah kantoi saya jauh lebih berusia dari dia. Tapi orang kata, kalau dah suka, benda tu semua tolak tepi.

Hampir setahun kenal, Malik luahkan pada saya perasaannya. Saya gembira dan teruja kerana saya tidak bertepuk sebelah tangan. Malik ada beritahu rancangannya untuk meminang saya tahun hadapan. Akan tetapi, percintaan kami ditentang hebat oleh ibu saya.

Kenapa ibu saya tolak Malik? :

1) Malik hanyalah seorang tukang kebun.

2) Malik terlalu muda untuk saya.

3) Keluarganya orang susah.

4) Gajinya terlalu kecil dibandingkan dengan gaji saya.

Pendek kata, ibu cakap kami memang tidak sekufu. Perbezaan hidup, taraf sosial, tahap pendidikan & pekerjaan memang jauh beza.

Malik tak sekolah tinggi, dia hanya sekolah sampai darjah 6 sahaja sebab dia orang susah. Family tak mampu sekolahkan dia sampai sekolah menengah.

Family saya pula orang senang, Alhamdulillah. Parents saya dua-dua berkerjaya sebagai golongan professional. Parents saya ada lebih 5 buah rumah di pelbagai lokasi.

Kereta pun lebih 3 buah. Tak termasuk harta-harta lain. Jauh berbeza dengan Malik yang hanya ada rumah kayu yang usang. Keluarga Malik takde kereta, hanya Malik sahaja ada motorsikal. Sangat berbeza kehidupan kami.

Ibu terangkan pada saya, betapa banyak sudah wang dia habiskan untuk sponsor saya belajar sampai PhD, takkan nak kahwin dengan tukang kebun je?

Ibu juga bagitau, ibu susah payah jaga saya sampai saya berjaya ke tahap ini (menjadi pensyarah) tapi tiba-tiba nak serahkan saya kepada tukang kebun je?

Ibu tatang saya bagai minyak yang penuh, ibu taknak nanti dah kahwin saya pula yang kena tanggung suami sendiri. Macam-macam ibu persoal.

Tapi saya tetap dengan pendirian saya. Saya cakap pada ibu, saya sangat sayang dan cintakan Malik. Selama ni tiada lelaki pun yang cuba dan pernah mendekati saya, tetapi Malik adalah lelaki pertama yang muncul dalam hidup saya.

Saya sedar saya tidak cantik, ada lelaki suka saya pun dah lebih dari bersyukur dah. Saya yakin Malik lelaki yang baik, dia pasti tidak akan biarkan saya yang menanggung dia. Saya juga kagum dengan semangat Malik yang menyara keluarga dan adik-adiknya.

Saya jatuh cinta pada peribadi Malik. Jika ibu tak restu hubungan saya dengan Malik, ibu kena terima hakikatlah bahawa saya akan kekal selamanya jadi anak dara tua.

Akhirnya ibu akur. Ayah saya tidak kisah langsung dengan Malik. Ayah cakap, asalkan dia lelaki yang baik, ayah tak kisah.

Apa pun kerja dia, ayah tak kisah janji dia boleh jaga anak ayah sama macam ayah jaga anak ayah selama ni. Ayah pun cakap, ada orang nak kat anak ayah pun ok dah, dari takde langsung yang nak.

Tapi ibu letak syarat, kalau Malik tetap mahu kahwini saya, ibu tetapkan hantaran 20k. MasyaAllah. Ibu sudah gila ke apa?

Tahu kenapa Malik nak meminang saya tahun depan? Kenapa bukan tahun ni? Kenapa bukan bulan depan? Sebab Malik nak kumpul duit untuk beli cincin tunang nanti dan buat majlis simple untuk pertunangan kami, selain kumpul duit untuk kahwin jugak.

Malik cakap, lepas 3 bulan bertunang nak terus kahwin. Malik jugak ada cakap, dia hanya mampu saving RM 500 je sebulan dari gaji dia, sebab selebihnya duit gaji dia adalah untuk family dia.

Saya pujuk ibu, mintak kurangkan hantaran. Saya cadangkan supaya letak 5K sahaja hantaran saya, sebab saya tak mahu membebankan Malik. Tapi ibu bantah keras.

Ibu cakap, ‘anak aku tak semurah tu untuk letak 5k sahaja hantaran. Budak spm zaman sekarang pun 10k hantaran paling busuk. Inikan pula phd graduate. Memaluukan ibu je’

Saya jawab. Saya bukannya barang untuk dijual beli. Saya cuma nak kahwin dan tak mahu menyusahkan Malik. Tapi ibu tetap berkeras.

Ibu cakap, ibu terima Malik sebagai menantu pun dah lebih dari cukup, itu pun ibu cakap ibu tetap malu nak terima Malik sebenarnya sebab malu nak bagitau kawan-kawan dia yang menantu dia cuma kerja sebagai tukang kebun.

Ibu takut orang mengata. Tapi saya peduli apa. Orang akan tetap mengata, tapi yang nak kahwin tu saya, bukan ibu.

Ayah pun sokong saya, sampai ayah bertekak dengan ibu pasal ni. Akhirnya ayah diam dan mengalah, sebab taknak gaaduh dengan ibu.

Ibu terlalu berfikir panjang. Ibu terlalu risau. Ibu cakap, ibu taknak nanti lepas kahwin Malik lepas tanggungjawab dia untuk bagi nafkah.

Ibu takut kalau nanti dah kahwin tiba-tiba Malik tinggalkan saya dan cari perempuan lain yang lagi muda atau sebaya dia. Ibu juga takut kalau nanti Malik hanya nak tumpang kesenangan saya. Macam-macam kerisauan yang bermain di kepala ibu.

Saya faham ibu risau, tapi saya cakap pada ibu. ‘Benda tu semua belum jadi. Kenapa nak risaukan benda yang belum berlaku? Kita kena risaukan benda yang sedang berlaku.

Buat apa nak fikir jauh sangat sebab tu semua kuasa Allah. Kalau nak jadi jugak apa boleh buat. Kalau dah takdir begitu, kenalah terima.

Contohnya kalau memang suatu hari nanti jodoh kami tak panjang, nak buat macam mana. Terpaksalah terima walau menyakitkan.

Sekurang-kurangnya sekarang kita mencuba jugak dari tak mencuba langsung. Macam mana nak tahu masa depan kalau tak bertindak dari sekarang’.

Ibu terus ambik kisah kawan-kawan ibu sebagai contoh. Ada yang menderita kahwin dengan orang yang salah, kahwin dengan lelaki yang gaji kecil dari isteri hingga isteri pula menanggung suami.

Saya cakap pada ibu ‘Tak semua orang sama. Takdir hidup kawan ibu tak semestinya sama dengan takdir hidup saya.

Kalau pun nanti akhirnya sama, itu lebih baik dari ibu tengok saya membujang sampai ke tua.’ Haha. Saya tetap menjawab dengan ibu. Tak kira, saya tetap nak menang. Saya nak jugak kahwin dengan Malik.

Tapi masalahnya ibu masih keras kepala nak letak hantaran 20k. Gais please help me. Saya dah taktahu dah camne nak ceramah ibu saya ni.

Ibu memang sengaja letak 20k sebab ibu tahu Malik tak kan mampu, dan ibu macam sengaja nak bagi Malik tarik diri dari meneruskan perkahwinan kami.

Aduh gais I dont want to lose Malik. He’s such a nice guy and I love him so much. Please help me. Give some good advice please.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah ini, apa reaksi warganet

Husna Rashid, Cousin husband aku ada cakap, kalo nk pilih calon menantu…kena buat ni…ajak dia dtg makan malam kat umah.

Then tiba masa maghrib, soh dia jd imam…sbb solat maghrib imam kena baca kuat…jd aku ingat ko boleh try kot cara ni…sblm kau nk try test hidup smpi maati dgn malik.

Nur eika, mcm prof dr muhaya kata…isteri yg malang adalah isteri yg tsalah pilih suami…nasihat sy,buat la solat istiqarah,

minx pd Allah swt dulu..ngadu pd Dia bsungguh2 untuk mudahkan segala urusan jodoh sis…insyaAllah ada jawapan.

Adibah Darusaman, Kalau dah maabuk cinta semua jadi buta… sis istikharah dulu… kenal dgn keluarga malik dgn lebih dalam..

Jangan sebab terdesa rembat je ape dpn mata, salah tu… sis dah biase senang dari kecik… mulut memang boleh cakap boleh cakap terima harung segala susah tapi hakikatnye tak sng bila sis yg kene melabur untuk semua bende even pempers anak…

Kalau betul jugak nak si malik tu… sila grooming dia untuk nampak lebih better… minta dia belajar balik dan cari keje lain.

Tasha Kila, Has been in your shoes. I pilih untuk tak teruskan sebab mak ayah tak restu. Walaupun sampai skrg rasa dia jee yg serasi dgn diri ni and takkan dapat lelaki mcm dia dah. tapi kalau mak ayah tak restu mmg tak berani nak teruskan. Alhamdullilah sekarang masih jomblo happy.

Hazwanie Hassan, When you become a mother…you’ll understand…penat lelah besarkan anak…tp in the end anak belakangkan ibu hanya kerana jatuh cinta…sekufu tu penting…

level pemikiran pun xsama…bila dah duduk serumah tidur sebantal baru akan rasa…nk mtk pendapat psl certain2 isu pun susah sbb your husband won’t understand.

Ekin Yusof, Maira oii. ada phd tpi otak xmcm phd. ang keja pensyarah ada duit byk kan cari la produk yg sesuai bgi muka ang tu segak. asyik dok ckp xlawa xlawa. muka mcm kmbing ke yg xlawa tu? mcm2 produk dok ada. usaha la sikit. adoiiii.

Umi Kalsom, Buat solat istikharah. Jgn membantah ibu 100% dan jgn ikut kta hati 100%.. berdoa yg terbaik dan serahkn smua pda Allah. Percayalah duit dan harta kekayaan dunia bukan segalanya yg dapat memberikan kita kebahagiaan..

kadang2 simple things like a good partner , sopan dan berakhlak mulia yg sentiasa mampu melayan kerenah kita , menjadikan nabi sebagai idola, dan taat pda Allah dan rasul,

itulah harta yg sebaik baiknya.. tp hati dan perasaan kedua2 org tua jga, jgn kta ambik remeh.. doakn Allah bka pintu hati mereka jika mmg itu yg tbaik in shaa Allah.

Sofiah Yunus, Sila dengar nasihat ibu. Naluri ibu ni lain mcm. Allah bg special. kadang2 ppuan ni bila dh syg semua nmpk baik, sampai tak nmpk keburukan pasangan kita. So sila lah dengar nasihat ibu.

Tak pyh takut jadi andartu, takut lah kalau dah kawin nnt semua kerisauan ibu tu benar. kat dunia ni ramai lelaki, mungkin rupa awk bukan taste lelaki melayu tapi mungkin taste lelaki russia, siapa tahu.

luaskan circle pergaulan. Jangan la hidup kerja , rumah, kerja, rumah. Mcm mana nak jumpa lelaki yg sekufu kalau mcm tu.

Mira Diza, Suruh malik tukar profession lah. Dia kena usaha. Sampai bila nak jadi tukang kebun. Buat keje lain. Grab ke apa ke. Up grade him la. Sebab you dgn

Dia Sgt jauh gab. Mentality. Jual beger ke. Apa apa saja. Naikkan taraf ekonomi. Btw bukan utk you je utk family malik pun. Jgn terburu buru.your mom have alot of point.

Wan Aina, Sekufu tu penting. Masa dok cintan ni kentut pon bau kasturi. Tak payah terburu sangat. First love la ni? 30an tu masih muda. Tak payah nak sound so desperate.

Tak dosa pon kalau membujang. Jodoh lambat ni kadang sebab nak kita buat bakti dlu kat mak ayah. Saya yang dah berkahwin, dan ade anak ni sama fikiran dengan mak sis.

Mula mula memang rasa okay. Lama lama nanti mampu ke nak pujuk hati yang penat. Bak kata saya. “Baik menangis berharta dari menangis papa kedana.

Lebih mudah nak gembira jika berharta berbanding nak gembira masa papa kedana.” eh. Nampak macam bunyi saya mata duitan.

Tapi realiti hidup ni. Duit tak boleh beli segalanya. Tapi segalanya perlu kan duit. Banyak dah confession lain bab tak sekufu ni. Biawak la, memerang la, buaya la. Semua ada.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen