Aku cuma tetamu marhein, hidang pinggan pkai buang je. Bila dtg tetamu kayangan, set blossom tuan rumah hidangkn

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai pembaca semua. Aku gelarkan diri sebagai Nunha. Hahahaha sebab tengah viral kan nama tu so cilok la sikit. Luahan ni santai santai je. Bukan untuk jtuh hukum atau salahkan sesiapa. Kalau rasa baik ikut.. kalau buruk jangan.

Santai santai pun macam panjang je. Stress pulak aku baca. Hahaha.

Ok aku kongsikan pengalaman sebagai tetamu dulu yer. Aku ni kalau boleh tak nak cerita berat sebelah tau.

Sebab aku pun pernah gak jadi tuan rumah dan tetamu yang hansuang. Kehkehkeh. Jom aku cerita.

1. Tuan rumah kerek 1.

Hahaha tak tau la nak cakap kerek ke apa. Tapi masa tu aku bawak anak kecik dalam umur 2 tahun macam tu pergi open house.

Open house tu jemput kawan kawan sekerja dan buat dekat rumah kawan aku di tingkat 3. Lepas tu mak tuan rumah tu cakap ke sound ke tak tau la sebab masa tu aku tengah berborak.

Dia suruh aku tengok anak aku. Dia cakap tengok sikit anak tu.

“Anak ko boleh tahan jugak nampaknya tu.”

Masa tu anak aku tengah nak capai barang. Ok la aku salah. Sebab ‘biar’ anak melasak. Tapi masa tu aku lepas dia kejap sebab nak ambik makanan.

Korang tau lah bila anak baru dapat kaki ni laju dia macam mana. Hahah. Tengah lalu celah celah tetamu, kawan tegur. Sapa la kejap.

Mungkin mak dia salah faham ingat aku borak lama. Tapi sentap la jugak orang tegur macam tu. Makan sikit lepas tu balik.

2. Tuan rumah kekwat.

Dia akan memerhatikan pergerakan anak kita dengan pandangan yang nak marah, tapi kena sabar. Haha.

Aku mula mula dah suruh anak duk diam sebelah aku. Aku bagi handphone suruh main.

Jangan salah faham yer. Tolak tepi bab adab ke komunikasi ke, tapi ni sebab aku tahu perangai anak aku macam mana.

So aku terpaksa bagi handphone untuk dia duk diam. Tapi tuan rumah pangil pangil suruh anak aku main dengan anak dia pulak.

Bila anak anak tu dah lari sana sini, naik atas sofa, masuk bawah meja (sebab kejar anak dia yang sama sama naik perangai), mula la tuan rumah mata tak tentu arah.

Aku pangil anak pun tak jalan dah. Budak budak dapat main tau la macam mana.

Bila mainan anak tuan rumah rosak, tuan rumah siap cakap dengan tinggi suara ‘ha siapa buat ni. Habis ptah dah ni’ Alamak, dorang main sama sama tadi. Tak perasan pulak siapa yang ptahkan.

Aku kalau dengar macam tu aku cakap je, berapa mainan tu, tak apela aku ganti. Eh tak nak pulak.

Tapi aku bagi je duit kat anak dia sambil cakap nanti beli yang baru yer. Harap lepas tu dia tak buat status wasap kutuk aku. Hihihi.

3. Pamer hiasan.

Tak ada kaitan pun dengan cerita kat atas ni tau. Hehe. Aku perasan walaupun tak semua. Ha kang ada orang cakap aku pkul rata pulak.

Setiap kali buat open house, time tuuulahh kau nak menayang segala perhiasan beli kat London, China, Dubai. Beli kat Padang Besar tak nak tayang pulak. Hahaha.

Perhiasan bukan murah, mahal mahal ui, kaca kaca, seramik eh macam macam la.

Letak pulak di kawasan tetamu nak lalu Lalang, adoi seram aku kalau pergi open house macam ni. Jenuh nak ganti kalau terlnggar.

Lepas tu tuan rumah claim anak tetamu melasak sampai habis barang hiasan dorang. Dah hiasan ko menggamit pandangan dorang.

Dia macam ni tau, samada kau jemput orang dewasa sahaja dan kanak kanak not allowed (wah kej4m haha)

Atau ko simpan la kejap barang hisan tu elok elok dekat tempat selamat sepanjang majlis tu. Kau buat je video tour rumah ko pos kat fb/ig.

Kawan tak perasan? Ha ko tag la dorang terus HAHAHA.

4. Double standard.

Aku tetamu marhein, hidang pakai pinggan pakai buang. Datang tetamu kayangan set blossom tuan rumah hidangkan. Kenapa yer?

Untuk husnozon aku akan fikir tuan rumah tak nak susahkan aku untuk basuh pinggan lepas makan. Tetamu kayangan kena basuh pinggan. Padan muka. HAHAHA.

Dua kali aku kena macam tu.

Satu lagi rumah ‘saudara’ dekat aku. Bukan open house cuma buat ‘makan makan’ sikit. Jangan kata pinggan, sudu pun tak nampak.

Tapi tadi suruh aku pergi makan. Jadi aku kena makan pakai niat ke macam mana ni.

Tapi kawan kawan sekerja datang cantik tersusun set pinggan mangkuk mahal. Takkan la aku nak buat selamba bukak almari cari pinggan walaupun rumah saudara rapat.

Rapat pun bukan tiap hari datang rumah dia makan. Setahun sekali pun tak. Eh balik kang kata tak sudi pulak nak makan.

5. Makanan habis.

Ni kalau komplen macam tak sesuai pulak. Kesian tuan rumah dan tetamu terkulat kulat kalau makanan habis.

Samada tuan rumah jemput ramai dan tak selari dengan jumlah tetamu yang dijemput atau tetamu makan banyak tak ingat dunia. Maklumlah sedap sangat kot kan.

Huhu. Tapi aku pernah je orang depan rumah datang panggil makan. Tak pasti dia buat open house ke apa. Tapi tetamu ramai.

Tapi makanan yang ada bihun kosong kuantiti 1-2 makan. Sup sikit, aksesori yang dah nak habis. Ok itu je. Tapi banyak kali dia cakp eh kenapa tak makan.

Aku takut nak ambik kang habis terus. Dia tambah ke tak nanti? Aku puji kesudian dia datang ajak. Aku pun minum air je lepas tu minta diri.

Ok sekarang pengalaman aku sebagai tuan rumah pulak…

6. Kedai mamak.

Hal ini biasa terjadi kalau parent aku punya open house. Kawan kawan umi baba aku ramai. Jadi memang meriah la setiap kali buat open house. Seronok jamu orang makan.

Tapi yang tak seronoknya peel sesetengah tetamu ni dan umi baba aku pun melayan. Okay dia macam ni, focus ea, nanti pening. Hahaha.

Contoh pakcik Ali skit kncing manis jadi baba aku suruh buat air tanpa gula.

Datang pulak pakcik Abu tak minum air teh O, kena pulak bancuh teh susu kurang pekat sebab pakcik Abu tak suka pekat.

Datang pulak pakcik Karim suka teh susu pekat. Bancuh lagi yang pekat punya.

Muncul pulak pakcik Mawi yang kena skit gaot, tak boleh makan seafood. Jadi awal awal baba aku ingatkan jangan letak seafood dalam makanan.

Kalau terletak masak yang lain. Kalau dah masak oglio olio.. ha kau fikirlah sendiri macam mana nak buang haiwan laut dalam tu.

Hahaha. Weh

Tapi bila pakcik Mawi sampai semua benda dia tak nak makan sebab takut. Ooo jem.

Tiba tiba acik Kiah pulak cakap dia tak makan kambing nanti pening kepala.

Dah pulak. Aku dah cedok kot. Ingat aku waiter ke. Eh tau tau “kakak, ada lagi tak sup kambing ni dekat dapur. Acik nak tambah”.

Mata ke atas aku.. Tapi dalam hati la. Kena piat kalau umi aku nampak kang. HAHAHA.

Disini, berdirinya aku disini, aku faham yer bahawasanya kita kena memuliakan tetamu.

TAPIII.. ni open house kot. Makan buffet. Semua dah hidang, segala jenis makanan. Sebab kami memang akan masak dan buat air macam macam jenis. Pilih je mana yang sesuai.

Air pun dah siap, air kosong, air panas, air sejuk, teh o, kopi o. Tak boleh ke untuk hari itu kau makan dan minum je apa yang dihidangkan oleh tuan rumah wahai tetamu yang budiman. Nanti balik kau bancuh la air ikut tekak kau.

Penat tau kita tengah sibuk sibuk nak layan tetamu, kutip pinggan kotor, tiba tiba kena masuk dapur ambik order orang.

Biasanya lepas masak aku kemas dapur siap siap bagi tersusun. Yela orang nak datang kan.

Tapi bila dah jadi kedai mamak, macam hape dah rupa dapur tu. Baik lepas ambik order aku mintak bayar je. HAHAHA. Gurau.

7. Non of sense.

Ni tak lau nak klasifikasikan k3s macam mana. Kadang kadang tetamu datang ada yang bawak anak kecil. Aku faham je.

Kalau dorang nak siapkan anak lepas berak ke, mandi ke, aku suruh la masuk dalam rumah ke.. bilik ke, aku bentangkan alas. Tapi kejap kejap kena pangil.

Kau ada bedak tak? Kau ada sikat tak? Kau ada baby balm jenama tropicana tu tak? Ada pampers size M tak? Ada air panas tak nak bancuh susu anak. Boleh tak dekatkan kipas tu dekat sini. Baby panas. Baik ibu. Sebentar ya ibu. Hihi.. Aku pun ada anak kecil.

Biasanya aku bawak sesiap kelengkapan anak dari pampers sampai lah termos untuk bancuh susu.

Kalau tertingal benda yang tak penting, aku skip la dulu. Balik la cepat cepat lepas tu kan.

Lepas tu ada yang dewasa baring dalam rumah aku baik hati pulak pergi hulur bantal.

Bila orang tu tidur lena aku menyumpah pulak. Hansuang betul aku ni.

Lagi haru kalau depa pi tengok bola pulak. Meriah rumah macam stadium. Tapi bila nak baliK? Aku nak kemas ni. HAHAHAWAU.

Okay la sekian sahaja untuk kali ni. Tadi rasa macam banyak nak luah tapi aku lupa pulak. Enjoy reading. Thanks ya.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet, terkejutt baca

Ummi Yaa, Awak ni sensitif sgt….dtg rmh org …jgn bnyk komplen…mmg kena jaga ank wlau apa alasn pun…..apa salahnya guna pinggan pkai buang….biasalh dlm mjlis kadang tu pinggan campur2… Kdg x org yg nk basuh…tpi ready jugaklh sikit utk yg x suka guna bks pkai buang.

kalau sy x kesah…mn2 pun bleh…aslkn ada mknnan….cari kebaikn…berlapang dada dgn kekurangn….baru harmoni hdup bermasyrakat.

Salawati Anuar, 1. Anak kecik tak payah bersosial. Kalau perlu hantar wakil je. Tunggu anak besar baru accept invitation.

2. Makanan tak cukup minum je air.. Pastu minta diri. Rezeki kita banyak itu je. Yang penting hadir.
3. Marhaen dgn kayangan, its OK. Hari ni hari orang, esok lusa turn kita.. Mana nak tahu ke depan tu

4. Menunjuk, ni normal orang mana mana pun, benda beli mahal, rugi la tak tunjuk.. Haha..celebrate je kelebihan orang. Kita tak suka, kita jangan buat.
5. Jangan buat open house kalau tak boleh handle tetamu. Senang. Hidup ni jangan pening pening sis.

Aina Anuar, for me… Awak ni suka mengumpat.. Orang dah jemput tu maksudnya dia sudi terima kedatangan anda. So butakan mata pekakkan telinga.. Be positive, mgkin sikap sesetangah org agak cerewet.. Chill saja.. Semua xkena dimata sis.. Semua nak diceritakan di sini.. Better sis xpayahla la pi open house. Dok ja umah.. Sbb nant lagi bnyak dosa xtertanggung bila sis buka segala2nya di media sosial..

Moga Allah tutuplah pintu hati kita semua untuk bercerita tentang aib n keburukan org lain.. Simpanlah rapat2 dan jadikan pengajaran buat diri sndri agar kita suatu hari nanti (manatau Allah bagi rezki jdi kaya raya) kita xbuat prkara sama pd org lain.

Zaila Zain, Tpi ada mcm ni.akak pernah kena.bkn rumah sesiapa tpi rumah sdara mara sndiri.kami disuh dduk di lantai bila tetamu sdara yg v1p dtg.tetamu v1p tu dlhdang pinggan ,cwn yg cantik.

kami xkisah pun.tpi kami disuruh dduk dilantai tu kami trasa.lpas tu kami xdilayan dah.lpas tu suami pun ajak blk.sjak dri tu kami xgi dah.

Rahmat Ismail, Macam macam dunia hari ini. Gelagat manusia ..yang ‘have have’..yang just take no for granted..yang bangga..yang seronok..yang simple..yang sedang sedang ..pelbagai semua ada.

Masuk rumah orang mata kena butakan..telinga kena pekakkan..mulut kena tutup tampal ..diam..apa apa yang didengari jangan bawa keluar..diam aje…semuga kita berolih pahala kerana menjaga aib orang.
Insyaallah.

Mardiah Yati, malas nak baca cuma nak ckp..akak mmg jenis malas basuh pinggan n sewaktu dgnnya dah la penat2 masak n kemas rumah sblm tetamu dtg so mmg suka pakai disposable lg2 klau yg dtg tu lebih 5-6org..siap letak beg sampah beso lg so paham2 la tetamu yg dtg lepas mkn terus buang ye.

Eina Rahman, Di mata allah siapa pun tetamu kita tetap sama.kerana mereka datang bersama rezki untuk kita.tiada istilah kayangan atau bumi.kita sama makhlok allah.beri seada nya yang kita ada.yang penting keikhlasan sesama kita dari tuan rumah dan juga tetamu.

Dia Neyra, Kalau tetamu tu yg berpangkat2 khas mmg la layanan kita berbeza.tu tetamu khas ..jgn la itu pn nak jd kan isu..kuat sgt merungut.hidangan tetap sama..

kau tetap mkn lauk kenduri jgk bkn kna hidang telur goreng pun…org tua kata, dtg rumah org,butakan mata pekak kn telinga,bisu kn mulut.maksudnya apa yg tjadi kat rumah org jgn d jaja kluar.

Sobri Ismail, Hakikatnya,bila ada anak kecik memang la kena jaga…sebab tu kena berfungsi kedua-dua suami isteri tu…memang byk suami yg serah bulat2 kat isteri,tp isteri jgn jd dungu diam xcakap kat suami.klu suami otak singkat,

ko sua je anak kat dia ckp jaga anak pulak ko nak makan.lapar dah ni tggu dia habis makan td…ini tidak,dgn suami buat diam…lps tu dok la terasa hati dgn tuan rumah…mengharapkan org lain pulak faham ko…apalah

Suhaiza Sue, Tetamu yg dtg umah aku tak kite Kayangan tak kire marhaen pingan Ikea , dgn pingan Langkawi jerk aku kluar, mainan ank aku hil4ng ke p4tah takde aku kecoh..ank cucu2 sedara dtg katil p4tah, meja pecah aku amik buang beli baru.. relex je..

aku hidang makanan penuh meja.. siap org bole tapau bawak balik lagi.. alhamdulilah rezeki aku melimpah ruah…. tidak tetamu, tidak tuan rumah jgn terlalu byk complain sgt la wehh.. relex je.

Org hidang pakai buang lagi best Sbb maybe tuan rumah sediakan buffet Dan senng tak perlu tukang cuci. Byk sgt cekadak org tak suka weh .

Nur Zaimah, Simple..kan islam dh ajar adab sebagai tetamu dan adab sebagai tuan rumah.. Tetamu masuk “butakan” mata balik “bisukan” mulut..tuan rumah plak layan tetamu sebaik mgkin sbb tetamu dtg membawa rezeki..

ya mgkin kadang2 ada yg tak di ingini trjadi, sama2 mintak maaf..bukan kata tetamu kena rasa mcm raja boleh jahanam kn harta benda org suka2..dan tuan rumah, dh awk yg jemput org dtg jadi layan la baik.

Sara Aisyah, Aku xsuka klau dilayan mcm vv1p sgt..contoh aku pnh ikut knduri sepupu mak aku ank dia tu mmg pngkat besar n ikut sebagai rombongan pengantin la..dlm dewan mewah pulak tu..mknan semua dh siap atas meja..mmg layanan vv1p la..xleh aku..

makan kna cover bagai..kejap jer..last2 aku xde nyer nk cover2..aku jnis mkn bnyk..yg lain sume cover acah2 mkn skit..last2 aku yg sebat smpai hbis..mak aku ckp xleh bwa masuk majlis..haha..klau gi knduri org biasa2..aku boleh amik ikut suka..siap ulang alik lg amik mknan.

Nor Sham, Yg penting dpt jgak mkn n syukur org masih sudi nk jemput kite.. bukan pinggan tu yg kite nk mkn.. Yg ke2 bab anak,memg kite kena la jaga tgkah laku anak² kite sewaktu b’tandang ke umah sespe pun..

Xyah ckap umah org, umah adik-bradik pun kite kena jaga jgn sampai anak kite merosakkan brg or sepahkan sbb tu kan adab.. Teguran utk diri sendiri jer.

Milly Hung, Kalau saya ye…
1. Pi umh org kalau bawak budak kecik sedang lasak…jgn pi sorang…bawak somi ke ato sorang asst. Utk kawal anak kita time kita makan…kalau x leh baik x yah gi.

2. Kalau gi umh org lain x kira sape pon…kalau boleh lepas kuar umh tu…bisu kan mulut buta kan mata…jgn mengata org lain, sebab kita pon bukan sempurna sangat.

3. Org nak tungging tebalik biar lantak lah…tetamu bukan sama perangai. Kita Duk mengata org tp terkadang kita x sedar yg kita pun ada kekurangan.

Bende ni sangat sensitif utk sesetengah org. So apa yg awak citer ni sememang ada tp selok elok nya kita ambil ikhtibar je…jgn terasa.

Rus Azura, Mak ayah sy x kira status…tetap hidang guna correll ke apa?lg² klu yg dtg x berduit atau org susah…berlapang dada ayah menerima…setakat ni x de lg keadaan mcm ni…cuma sedara dekat…buat open house masa raya…

masa sampai x pnh lauk byk…nasi dagang mkn ngan kuah nasi minyak…nasi minyak mkn dgn telur..3 kali pegi mcm tu je…nk raikan tetamu tp…skrg ni jemputan tu x pegi dah…baik duk umah mkn nasi ikan goreng dgn budu petai…lepas tu bleh la zzzzz mimpi putera raja.

Yati Ahmad, Setuju apa yang tuan rumah tegur tu. Sebab tu kalau bila masa anak2 kecik saya jarang pergi open house kecuali di dewan atau jemputan masjid. Dah besar pun pesan banyak2 kali what do don’t sebelum keluar kereta.

Rasa x selesa, x boleh fokus dengan perangai anak, kita boleh balik awal. Nak lagi lama borak dengan kawan2 cari lah ‘me time’ dengan diaorg. Life is simple.

Lina Dolah, Jemput kecoh x jemput kecoh pinggan kaca ke plastic rasa makanan yg d hidang tetap samakan ,family kita orang kalau buat jamuan guna pinggan plastic je ,orang gaji semua d surah cuti (anak buah/sepupu sepapat) dah pakai baju cantik takkan nak basuh pinggan ,

x de double standard susah,ke v1p,vv1p ke oku , janji tetamu datang mkn .senang hati n happy kalau ada lebih suka blh tapau juga. Plastic bungkus pun ada.bak mainan anak2 kalau ada awal2 simpan habis cita.

Fira Anuar, Mmm bab mcm ni kita ni sebagai tetamu atau tuan rumah ni sama je..kalau kita p runah org sbgai tetamu..buatlah mcm tetamu..kalau bw anak..anak anak buas..pandai pandailah jaga anak..drumah org..tu sgt ptg..dan kita kalau jadi tuan rumah pun..

kalau dah jemput org..pandai pandailah simpan benda yg tak srpatutnya akan jadi isu pd tetamu..kdg tetamu ni bertandang siap bw anak..jadi elakkan letak brg mainan kat luar yg bole mgundang..anak anak berebut..kalau tu tak bole nak ikut..

jgnlah pegi mana mana majlis..atau kalau nak juga pegi..awal lah balik..bg tetamu lain selesa..masuk rumah org djemput atau tuan rumah..dua dua ada peranan..mana yg baik kita cuba ikut mana yg tak baik kita elak..utk happy happy ..