Aku bgth mak yg aku dicerraikn talak 3. Mak pelik tengok aku senyum je

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua. Terima kasih admin jika siarkan confession ni. Bahagia. Semua orang nak bahagia. Tak terkecuali sesiapa pun. Aku nak bicara bahagia dalam konteks rumahtangga. Ini kisah aku. 5 tahun lalu, suami aku curaang. Curaangnya dgn isteri orang. Siapa sangka bahagia yang aku rasa selama ni, Allah bagi pinjam 8 tahun ja.

Sebaik sahaja aku tahu dicuraangi, macam biasalah kan rasa orang rampas bahagia kita, mer0yan, menangis sampai bngkak mata.

Tapi suami aku waktu tu macam tak bersalah je perangainya. Tambahan lagi keluarga mertua langsung tak membantu nak menasihati anak atau adik dia orang.

Menyalahkan menantu lagi adalah sebab katanya aku yg tak ikut tinggal dengan suami sebab kami PJJ dah 3 tahun. Walhal selama ni aku layan mereka macam keluarga sendiri. Dia orang pun selama ni baik ja dengan aku.

Pendek kata 8 tahun tu hubungan aku dengan keluarga mertua memang takda masalah. Berbalik pada kisah suami aku cur4ng. Aku apa lagi masa tu bila dapat tahu, punya nak mintak balik bahagia aku dengan Allah,

dua tiga bulan jugak la aku bangun tahajjud, solat hajat, yassin 7 mubin. Amal doa itu, amal doa ini. Dengan harapan aku dapat balik bahagia aku.

Rasa macam bdoh dan terhegeh hegeh ja bila ingat balik. Haha. Tapi tak apa lah, sekurang kurangnya aku usaha nak pulihkan rumahtangga aku. Tapi itulah, Allah tak makbul pun doa aku.

Sehinggalah kami bercerrai tahun lepas dengan talak 3. Hah, ambik kau. Dia bagi tiga terus tanpa aku minta. Haha.

Masa dia lafaz tu, kalau ada yang fikir aku menangis, sebenarnya langsung tidak. Aku tak menangis. Dia lafaz melalui whatsapp. Dan aku jawab ‘OK’.

Aku bagitau mak dan keluarga aku yang aku dah dicerraikan talak 3 pun dengan muka aku yang seolah olah tak ada perasaan. Mak pelik tengok aku senyum je. Mungkin sebab aku dah move on.

So, sekarang hiduplah aku dengan status ibu tunggal kepada anak anak lelaki yang comel. Jadi disinilah point aku sebenar nak cerita pasal bahagia. Benarlah Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Dulu aku bangun tahajjud mintak Allah pulangkan suami aku. Hanya itu tujuannya. Dah ada masalah berat baru nak bertahajjud. Ikhlas atau tidak waktu tu, Allah je yang tahu.

Yang aku fikir masa tu, aku nak doa sangat sangat minta pada Allah. Aku nak sangat Allah ikut kehendak aku. Sebab bila suami aku cur4ng, aku rasa tak bahagia.

Aku nak Allah pulangkan bahagia aku. Tapi Allah tak bagi waktu tu. Allah biar ja aku lalui banyak perkara pada waktu tu. Banyak benda susah payah aku hadap dan aku kena selesaikan sendiri.

Kereta rosak atas highway menangis aku depan abang peronda yang datang bantu. Haha. Rumah aku biarkan bergelap sebab mentol lampu rosak.

Aku tak biasa nak panggil tukang repair lelaki masuk dalam rumah aku. Tapi sekarang dah repair lah. Paip paatah pun aku buka youtube tengok cara macam mana nak pasang semula. Dan semua tu aku buat sendiri.

Dan dalam keadaan tak sedar, dari ujian yang Allah bagi pada aku waktu tu, perlahan lahan aku jadi wanita yang tabah.

Aku ke hulur ke hilir urus itu ini sendirian. Cari nafkah, besarkan anak anak. Dari tak tahu isi minyak kereta aku dah pandai isi minyak. Haha.

Dari tak pandai isi angin tayar kereta sekarang pun aku dah pandai. Bab maintenance kereta pun aku dah pandai jugak.

Kalau pergi bengkel, insyaAllah jangan senang senang dia orang nak tipu aku. Semua ni berkat tunjuk ajar adik adik lelaki kat tempat kerja yang banyak membantu.

Pandangan kawan kawan pada aku kini, aku dilihat wanita tabah dan semangat kental. Kata mereka, jika mereka lalui semua ni, tak tahulah macam mana mereka nak hadap.

Mereka rasa, mereka tak mampu sekuat aku. Tapi aku selalu nasihatkan kawan kawan, jangan pandang aku sebegitu. Sebab ujian masing masing tak sama.

Dan yang pasti, Allah uji kita dengan ujian tertentu sesuai dengan kemampuan kita. Allah tak akan bagi lebih.

Dan Allah bagi ujian begini pada aku. Sebab Allah tahu aku mampu nak lalui walaupun pada awalnya aku rasa lemah, menangis tanpa henti.

Dulu, aku selalu tanya pada Allah diakhir solat, kenapa DIA uji aku begini.

Tapi lama kelamaan aku perlahan lahan terima yang Allah uji sebab Allah sayang, dan Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik walaupun pada ketika itu aku tak nampak langsung hikmah disebalik ujian ni.

Jujur aku katakan, sebenarnya sejak aku dah bercerrai, aku rasa aku lebih bahagia dengan anak anak. Kepala aku dah tak serabut. Hidup aku tenang.

Aku dah tak fikir pasal jodoh baru. Yang aku fikir nak besarkan anak anak ja. Aku nak ke mana, nak buat apa, nak makan apa, balik kampung pun kalau cuti seminggu, seminggulah aku kat rumah mak aku.

Dah tak payah nak bahagi cuti 3 hari rumah mertua, 3 hari rumah mak sendiri. Nikmat bagi aku. Sekarang baru aku sedar selepas 5 tahun baru Allah makbulkan doa doa aku. Dulu aku nak bahagia kan?

Yaa, Allah dah bagi bahagia aku dengan cara yang bukan aku mahu tapi dengan cara apa yang aku perlu. 5 tahun tu lama jugak kan aku nak menanti bahagia aku.

Itu sebab Allah pesan, bersabarlah dengan ujian. Orang yang sabar pasti ada kemanisan dipenghujungnya. Jadi, kalian yang sedang diuji dengan apa apa ujian, bersabarlah yaa. Hikmahnya pasti tiba.

Pada semua pembaca yang membaca confession aku ini, jika kalian masih punya pasaangan yang baik aku doakan kalian sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.

Pada yang punya pasaangan bermasalah, usahalah untuk sama sama perbaiki diri. Jika masih gagal untuk perbaiki selepas berusaha, buatlah sesuatu.

Bahagia dan derita ini pilihan, bukan ketentuan. Dan pesanan aku jugak pada wanita yang bergelar ibu tunggal seperti aku. Perlunya kita untuk memastikan akhlak dan peribadi kita sentiasa terjaga.

Buat sesuatu ikutlah batas syariat. Sebab aku tak nafikan cabaran bergelar ibu tunggal. Jika kita tak jaga peribadi kita, tunggu masa ja orang nak menghina dan pandang rendah dengan status yang kita bawa.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet.

Nur Iman, Sgt terinspirasi.. tak semua single mom boleh kuat dan mandiri macam you sis.. ada yg menjadi perosak rumahtangga org lain. Ada yg bergelumang dalam kancah mksiat..

Semoga Allah lindungi sis dan anak2.. stay strong stay positive you deserve the happiness.. bahagia tak semestinya hanya ada pada suami.

Intan Liana, Sy ada org terapat seperti sis..superwomen…after 15 years hamba Allah tu dicraikan kerana org ke3..sekarang bangkit besarkan anak2 seorang dan sy tengok dia lebih bahagia dari dulu.

permulaan nak bangkit Allah je yg tau peritnya dia..menyalahkan diri sendiri anak2 terpaksa dibesarkan tanpa kasih syg seorg bapa..tp bg sy apa guna ada bapa tp jiwanya tiada utk anak2 dan keluarga?

Allah bg yg terbaik kannnn, dan itu yg terbaik..asbab perpisahan tu hamba Allah tu jd ibu dan bapa kpd anak2nya, semua hal anak2, rumah, kereta apa yg dia tak boleh buat?name it, tebuk lubang pasang rak, tukar paip, all done, xde masalah xde penyelesaian bg dia.

saya doakan Allah sentiasa permudahkan urusan tt dan hamba Allah yg sy ceritakan..sentiasa ingat apa yg jd kpd kita itu yg mmg terbaik walo pahit

Naziha, Sebenarnya, kalau kita perhatikan kehidupan, pilihan kita berganding dngn nasib kita, nasib kita berganding dngn takdir kita. It just like there is some f0rce that come from a deeper place (Allah, tapi kalau bkn mslim sekali pun, kita boleh rasa kewujudan nya walaupun kita tk nampak).

This f0rce dia draw kita kepada certain experiences and away from others. Jodoh, percraian, rezeki etc, bagi sesetengah orang yg jenis tk faham orang lain dia akan 100% salahkan pada orang tu kalau ada percraian etc,

tapi bagi saya benda itu bkn 100% on us, dan ada elemen lain yg patut kita ambil kira. Contoh, orang usaha kita pun usaha mungkin lebih lagi usaha, tapi orang tu berjaya kita tk berjaya.

Sbb itu orang yg kaya, berjaya, rumah tangga bahagia jngn besar diri. Ambil kira faktor untung nasib. There are people who are luckier than others. Kadang2 yg bercrai ni, they could be the most loving person, could be a lot better in character than you.

At the end, kita kena surrender bahawa laluan hidup ni dah ditentukan. Yg menentukan bagaimana tu cara penerimaan kita. Things merely happened, it is up to us whether kita nak ambil dari sudut positive atau neg4tive.

Nadia Huda, Bahagia dan derita ini adalh pilihan. Bukan ketentuan…ada ke org yg pilih derita? Semua org pilih nk bahagia tp ketentuan dan takdir kita dah ditentukn.

Ada org sabar dgn ujian dan akhirnya berjaya dan bahagia. Ada org sabar dgn ujian hingga ajal dtg mnjemput namun bahagia didunia itu tak juga wujud.

Liana Yusuf, Ujian ni datang sbb Allah syg… Allah nak kita hanya bergantung harap pada DIA bukan pada makhluk. Allah nak kita sedar yang kita tak ada apa2 pun kita mampu bahagia sebab semua yang kita ada Di dunia ni semuanya pinjaman dari Nya.

Skit perit semasa ujian melanda, hanya Allah yang memahami lalu kita yakin tidak ada nikmat terindah selain cinta dariNya.

Ekin Ali, Kita xmampu pegang hati, cinta, ihsan dan sayang dia untuk kita selamanya. Aku selalu mohon Allah merubah kembali hati dia agar sayangku kembali, berlembut, paling2 tidak kasihankanku.

Aku jauh dr family, mama dan adik perempuan je aku ada. Paling2 koman aku minta kasihanilah aku yg bersendirian di tempat orang. Allah tak kembalikan pun. Malah hati dia terus membenci.

Tapi, bila aku tengok balik dalam aku x sedar Allah mendidik aku agar berdikari mengurus kerjaya dan anak2 sendiri. Belajar buat semua sendiri. Ini membuatkan dia rasa bertambah benci seolah2 aku x perluukan dia.

Aku perluukan dia, dibalas herdikan. Aku berhenti meminta ihsan darinya. Anything i can do on my own, aku buat je. Xtahu, google. Xtahu, rujuk kawan2 yg tahu.

Hasil proses didikan Allah tu, aku sedar aku xperlu menahan herdikan dan hinaan lagi. Suasana keluarga xbahagia memberi kesan kpd anak2. Maka, aku buat keputusan. Doakan aku sihat dan kuat menjaga amanah Allah sebaiknya ini.

Nana Raihana, Inspiring. I feel u. I respect kat u doa minta tuhan bg u husband u balik dgn cara betul. Sebab skrang ada lagi yg masih guna cara² khurafat demi nak dptkan jugak. Happened kat kenalan sy. Mmg x gentle lah. Tp benda pun tetap berlaku jugak dgn cara kotor.

The lesson is. Kalau Tuhan x bagi tu mmg Tuhan x bagi. Ada benda yg kite x nampak tapi Tuhan tau. Tapi one day kite akan tau jugak kenapa. Cuma nak melalui dalam kesabaran itu bukan satu benda yg mudah.

Kene perluukan seluruh tenaga dan kekuatan dalaman utk handle everyday. I salute all single mom yg boleh survive uruskan anak² sndiri. Bcoz im doing the same.

Hana Umaira, Alhamdulillah…allah sayang kita diberi ujian masa tu baru kita ingat allah mungkin…allah beri nikmat slps ujian…itulah hikmahnya dik…kita minta pda allah dan bersandar pda dia…

semoga adik sentiasa istiqomah…bahagi pasti menjelma segalanya atas izin allah jua semoga berbahagia dunia ahirat bersama amanah allah…anak2mu.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen