“Akak, kenapa akak tak pakai style tudung cam Neelofa yg tuban tu” – Netizen

Semua manusia punya kesilapan silam sendiri dan akan menyesali apa yang telah dilakukan. Dan sebagai manusia juga kita akan punyai rasa satu fasa dimana kita mahu penghijrahan diri ke arah yang lebih baik. Apabila perasaan untuk berubah untuk sampai ke hati, itu bermakna Tuhan telah menyuntik rasa hijrah itu kerana Dia menyayangi kita.

Begitu juga kita boleh lihat dalam segelintir artis-artis tempatan kita yang sudahpun berhijrah dan memakai hijab. Ini termasuklah pelakon kenit dan comel dan berjaya membina namanya kembali dalam drama popular berjudul ‘Nur’ dan ‘Nur 2’  Noorkhiriah. Beliau kelihatan sudah berhijrah dan bertudung labuh bagi menutup auratnya. Beliau juga dilihat memakai hijab walaupun ketika sedang berlakon.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, beliau kelihatan lebih meluangkan masa di rumah dan berkongsi pendapatnya apabila netizen mengajukan soalan kepadanya. Baru-baru ini, beliau diajukan soalan mengenai pendapat beliau mengapa beliau tidak memakai tudung stail turban Neelofa.

View this post on Instagram

Santai2 je jangan gado2 yer..terobek #pkp

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Noorkhiriah tetap menjawab soalan yang diberikan oleh netizen tersebut dan mengatakan beliau sebenarnya pernah memakai turban sebelum ini.

“Akak pernah memakai tudung sebegitu.. Kalau tak percaya, boleh cari drama berjudul ‘Yes Boss’, akak pakai tudung macam tu.. Akak rasa macam pelumba basikal dah dik” kata Noorkhiriah dalam laman instagramnya.

Gambar diatas adalah ketika beliau melakonkan sebuah watak dalam drama bersiri ‘Yes Boss’.

Bukan itu sahaja, beliau juga menjawab soalan-soalan lain dengan kelakar dan jujur dari hatinya.

Netizen juga kelihatan sangat terhibur dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh Noorkhiriah. Ada juga yang mengatakan cara beliau bercakap adalah sangat laju seperti lajunya keretapi di Jepun.

Memakai hijab ini adalah satu kewajipan untuk wanita Islam. Tambahan pula, zaman sekarang punyai pelbagai stail dan cara untuk memakai hijab bagi wanita. Namun walaupun terdapat banyak stail dan cara, setiap wanita pasti punyai stail dan cara mereka sendiri untuk kelihatan cantik dan mengikuti keselesaan mereka. Begitu juga Noorkhiriah yang sudah selesa dgn cara beliau bertudung sekarang dan kelihatan lebih fleksibel untuk dirinya yang agak lasak.

sumber : ig khiriah17

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.