“Ajar Eidrees cara nk salam untuk dpt duit raya”- Anzalna

Anak yang masih bayi punyai minda yang cergas dan sangat cepat mempelajari sesuatu perkara. Apabila bayi kita semakin membesar, kita sebagai ibu bapa pasti mahu mendidik anak supaya bijak dalam kebolehan yang asas seperti melambai pada orang, menunding jari pada sesuatu benda, juga menghulur tangan untuk salam dan pelbagai kebolehan asas lagi.

Apa yang penting, semangat ibu bapa yang tidak putus asa itu harus ada kerana dalam mendidik anak ini sangat memerluukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Kesabaran dan kecekalan seorang ibu itu boleh dilihat pada pelakon jelita, Anzalna Nasir yang kelihatan lebih bahagia menjadi seorang surirumah dan ibu sepenuh masa di rumah mendidik anaknya depan matanya sendiri.

Anzalna Nasir sekarang lebih fokus dalam membesarkan anaknya sendiri dan tidak mengharapkan bantuan pembantu rumah untuk menjaga anaknya. Beliau juga kelihatan suka berkongsi perkembangan anaknya itu yang baru berusia 10 bulan. Baru-baru ini, beliau berkongsi perkembangan Eidrees dimana anaknya itu sudah bijak untuk salam tangan orang jika dihulur.

View this post on Instagram

Ajar Eidreigh cara nak salam untuk dapat duit raya! 🤪 #10MonthsOld @stokkebaby tripp trapp baby set @happikiddo_

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Dilihat di dalam video berkenaan, Eidrees sudah pandai menyalami ibunya dan ibunya cuba mengajarnya cara untuk ‘High 5’ namun Eidrees masih dalam proses belajarnya. Kelihatan juga Eidrees nampak gembira dan seronok belajar bersama ibunya.

Netizen sangat memuji Eidrees yang sangat mudah mempelajari perkara asas sesuai dengan usianya. Ada juga yang memuji Eidees comel dan ceria seperti ibunya. Ada juga yang kata Anzalna Nasir punyai ketawa yang comel.

Semua anak akan terlihat kebolehannya sendiri. Itu juga memerluukan kesungguhan ibubapa sendiri untuk mengajar dan mendidik untuk anak itu ketahui perkara asas dalam hidup. Ianya penting kerana tanpa kita sedar perkara-perkara asas seperti salam tangan, senyum dan sebagainya sangat membantu dalam mendidik anak untuk menghormati orang tua.

sumber : ig anzalnanasir88

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.