“Adik Mira lagi cantik rupanya” – Netizen

Dalam kalangan adik-beradik, sudah pasti ada yang mempunyai wajah yang seiras mahupun sifat dalam diri mereka tersendiri. Walaupun begitu, ramai juga di antara mereka yang langsung tidak mempunyai adik-beradik yang seiras. Tetapi tidak buat keluarga milik artis cantik Nur Amirah Filzah atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah ini yang mempunyai keirasan wajah hampir 90% dalam kalangan adik-beradik mereka. Yang pastinya, wajah ayu yang dimiliki tiga beradik ini pastilah dari ibu mereka yang juga manis dan ayu walau sudah meningkat umur.

Pasti ramai yang masih belum maklum bahawa pelakon cantik ini mempunyai adik-beradik perempuan yang tak kurang cantik dengan dirinya. Buat pengetahuan semua, Mira telah dibesarkan di Ipoh, Perak bersama ibu dan bapa serta tiga beradik lain yang semuanya merupakan adik-beradik perempuan. Mira juga merupakan anak kedua dan kakak pertamanya sudah pun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Kini, hanya tinggal Mira dan adik bongsunya yang menunggu giliran bagi mengikuti jejak kakaknya untuk membina masa hadapan bersama pas4ngan hidup masing-masing.

Mira Filzah sebenarnya sudah mula berjinak-jinak dalam bidang permodelan sejak dia berumur 17 tahun lagi. Dengan wajah cantik dan ayu yang dimilikinya, kemudian dia mula beralih ke dalam bidang hiburan pula iaitu lakonan. Cukup dengan pakej yang sedia ada, bakat besar lakonan dalam diri Mira tidak perlu disangkal lagi oleh orang ramai. Apa sahaja drama yang dibawa olehnya pasti mendapat sambutan dan rating tinggi dari orang ramai serta peminat Mira sendiri khususnya.

Kemuncak kejayaan buat Mira mula dikecapi sejak akhir-akhir ini sesuai dengan usaha yang telah dilakukan sejak dia mula menceburi bidang hiburan dan menjadikannya sebagai karier tetap. Tahun lepas pula, dia telah memenangi anugerah yang dinobatkan hasil gandingan serasinya bersama pelakon kacak Remy Ishak.

Gambar yang dimuatnaik oleh Mira di laman Instagramnya telah mendapat perhatian apabila para netizen melihat bahawa rupa-rupanya adik-beradik Mira mempunyai wajah yang seakan sama dengan dirinya. Adik kepada Mira juga dikatakan seolah-olah seperti kembar dan perkara itu tidak disangkal oleh Mira dan mengatakan bahawa adiknya itu adalah kembarnya tetapi versi yang sedikit tembam. Kakak kepada Mira pula mempunyai wajah yang lebih kuurus dan runcing tetapi masih tidak ubah seperti yang dua lainnya.

Para netizen dan peminat memuji Mira yang sentiasa bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Walaupun semua tahu, pasti Mira mempunyai kekangan masa yang sangat sibuk dengan jadual padat yang dimiliki olehnya. Mereka juga memuji yang tiga beradik ini mempunyai wajah yang ayu dan cantik seperti Mira juga. Dua-dua pun boleh jadi model macam Mira juga ni.

Pasti lepas ni ramai mereka yang meminati Mira cuba untuk mendekati adiknya pula. Apa tidaknya, muka pun dah lebih kurang sama je kan. Apa pun, semoga keluarga milik artis cantik Mira Filzah ini sentiasa bahagia dan dapat meluangkan lebih masa bersama-sama. Pasti peminat suka nak tengok perkembangan Mira bersama keluarga tersayang.

Sumber: Instagram Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*