Abg2 kaya kutok adik pakai iswara burok je. Semua trsentak bila adik mampu besarkn rumah ibu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Bila terkenangkan wajahnya, putih mulus dia. Kuulit putih bersih yang diwarisi daripada arwh nenek. Dalam adik beradik kami, dia saja yang istimewa. Saat dia baru lahir, saya bagaikan cemburu lihat betapa comelnya dia. Rambut hitam lebat dia. Usia dia baru beberapa jam, dia sudah pandai senyum.

Senyum manis yang sampai kini membahagiakan hati orang sekeliling. Dia lahir tatkala usia saya 13 tahun. Usia abah dan mak mencecah 40 tahun. Dia lahir tanpa diduga.

Terkenang juga tutur bicara dia yang penuh kelembutan. Manja dia. Sopan santun dia. Ketulusan hati dia. Bila terkenangkan dia, hati ini seakan dipaut d0sa. Terasa banyak sungguh dosa dan salah saya terhadap dia.

Dia yang tabah. Dia yang luarannya manja, tapi di dalam tanpa di sangka keras dan padu. Arwh abah tinggalkan dia saat dia masih di bangku sekolah rendah. Saat dia masih kanak-kanak..Tetapi dia sudah faham peritnya kehilangan.

Dia belajar menerima kehilangan orang tersayang di usia yg muda. Semasa saya di usia begitu, saya masih leka bermain dgn jiran2 sebaya. Saya yang beruntung sempat merengek minta itu ini daripada seorang abah. Saya sempat mengekor abah ke sana sini.

Dia? Di usia yang muda dia merindui arwh abah. Dia menangis sambil pluk kain pelikat abah saban mlm. Dia menginjak sekolah menengah, saya bawa dia jalan ke shopping mall. Sekolah buka bulan depan. Barangkali dia teringin nak merasa baju seragam sekolah baru.

Dia teringin mahu berganti seragamnya yang sudah lusuh kekuningan. Dia perhatikan baju jenama canggih, saya perasan tindakannya. Tapi dgn eg0nya saya cakap, kau ada duit ke nak beli? Dia geleng saja.

Saya tahu dia mengharapkan saya bermurah hati mahu menaja pakaian sekolahnya. Tetapi sy memilih untuk membeli pakaian anak saya yg masih bayi.

Meskipun masih banyak baju baru anak saya yang belum terpakai lagi. Baju anak saya yang sehelai harganya RM50.00. Saya pentingkan diri drpd adik bongsu saya yang seorang itu. Dia mengekor saya berjalan, satu kedai ke satu kedai. Tanpa membeli apa-apa.

Bagi saya dia patut bersyukur saya sudi membawanya berjalan meskipun sekadar mencuci mata. Tapi hari ini, rasa menyesal memagut hati saya. Kenapa saya tidak belikan apa-apa utk dia saat itu, sedangkan saya bukan tiada duit. Semasa saya bersekolah menengah, ar wah abah hantar dan ambil saya.

Adik saya, dia pergi dan balik naik bas sekolah. Jika ada tuisyen, dia akan naik bas lompat. Perkara paling meruntun hati sampai ke saat ini adalah hari dia SPM. Sebab masa dia SPM tu cuti sekolah, maka tiadalah perkhidmatan bas sekolah.

Jadi dia terpaksa bawa motosikal ke sekolah yang jaraknya hampir sejam perjalanan. Tak pasti paper apa hari tu. Abang dan kakak ipar ada di rumah. Pagi tu pula hujan lebat.

Abang kami masih tidur. Kakak ipar pula menonton televisyen. Adik bongsu kami terkebil-kebil di muka pintu, sudah lewat ke sekolah, tapi hujan masih blm mahu berhenti.

Kakak ipar buat tidak tahu, abang masih tidur lena. Sedangkan mereka memiliki kereta. Ibu hantar kepergian adik ke sekolah, memerhatikan dia meredah hujan dengan motosikal EX5 pusaka arw4h abah dengan linangan air mata. Saya terbayangkan apakah perasaan adik saat memandu motosikal itu.

Dengan perit wajahnya dihentam hujan yang bagaikan peluuru tiada belas kasihan. Dengan sejuk menggigil dalam bilik darjah menulis karangan, atau mengira-ngira demi peperiksaan yang penting dalam hidup rakyat Malaysia itu.

Dengan malu sesama rakan setingkatan bila dia sampai ke sekolah basah lencun, walhal kawan yang lain dihantar orang tua masing-masing. Saat sy habis sekolah, saya selesa menganggur, luangkan masa bersama rakan sebaya. Menonton wayang, melepak di mall.

Minta duit abah bila rasa perlu. Tapi adik bongsu itu, saat habis sekolah ligat dia mencari kerja. Satu saja dia tahu, dia mahu bantu ibu. Dia daftar lesen guna duit sendiri.

Dari A-Z, dia uruskan sendiri. Kami tak tahu apa. Tahu-tahu dia dah pandai memandu kereta. Dia yg berdikari. Dia dapat keputusan SPM yang cemerlang..

Dia dapat sambung belajar di IPTA. Saat saya mahu menyambung belajar dulu, abah hantar saya, penuh barang saya dlm bonet kereta. Itu pun result cukup-cukup makan saja.

Saya sibuk bercinta monyet, sampai study entah ke mana. Saya sering berikan alasan, ibu dn abah berikan duit belanja tak cukup, tak seperti kawan-kawan kolej saya yang lain.

Pernah satu hari ibu menelefon saya, ibu bertanya saya, sudah makan? Saya jawab acuh tak acuh, nk makan apa, makan pasir. Duit pun tak ada. Sungguh, saya ego.

Saya luukakan hati ibu. Adik bongsu saya, dia uruskan semua sendiri. Dia naik bas sendiri, dia bayar yuran dgn duit yang dia kumpul semasa berkerja sebelum dpt sambung belajar.

Sikit habuk dia tak minta duit saya waima abang-abang kami yang kerja loaded. Dan mereka pun tak ambil tahu langsung tentang adik bongsu kami itu. Dia tak ambil PTPTN, sbb belajar di kolej kerajaan. Makan free, ada dewan makan disediakan. Ibu bagi RM100.00 sebulan. Campur elaun dia RM200.00 sebulan.

Dia mampu balik jenguk ibu sebulan sekali, naik bas. Kami yang gaji ribu riban ni, bagi alasan takda masa nak balik. Takda masa, takda duit. Adik buat part-time di kolej pada sebelah mlm, jaga kedai runcit di kolej. Dengan duit tu dia survive hidup di rantau orang.

Ketabahan dia buat saya rasa malu saat terimbau kenangan zaman belajar saya. Saya tak habis2 menyalahkan ibu dan abah yang gagal menyediakan kelengkapan saya, terutama duit belanja.

Saya rasa serba kekurangan dan acapkali membandingkan rakan sebaya yang rata-ratanya anak orang berada. Adik? Kehidupan dia lebih berliku daripada kami.

Tapi tak pernah sekali pun dia mengeluh dan menyalahkan sesiapa. Dia jadikan kekurangan itu sebagai cabaran. Dia habis belajar, dia balik kmpung. Rehat tak sampai seminggu, terus dia cari kerja. Rezeki dia, dapat kerja tempat lama dia semula. Jenis tak memilih.

Dia tak impikan kerja mudah, kerja duduk. Dia suka kerja yg mencabar. Abang-abang pula sesekali mencemuh. Belajar buat habis duit, kerja tak kena bidang.

Adik buat pekak badak. Bagi dia itu normal. Bersepah graduan yang senasib. Kira untung dia mahu juga bekerja, bukan duduk di rumah membela badan.

Ibu-ibu saudara pula sering membezakan adik dengan sepupu sebaya yang sudah mendapat kerja di sektor kerajaan. Adik buat pekak badak juga. Bagi dia rezeki masing2. Kerja beberapa bulan, dia beli kereta. Pencapaian yang mengagumkan di usia yang muda.

Abang2 kut0k lagi. Kereta keball la, besi buruk la. Dia beli Proton Iswara. Mungkin tak setanding dengan Toyota Vios abang sulung. Tak semewah Toyota Innova abang kedua. Tapi, kereta kebal tu yang saban minggu bawa ibu berjalan.

Yang lindung mereka daripada hujan panas. Yang bawa ibu melancong, macam abah selalu buat dengan ibu dulu. Tapi anak-anak ibu yg lain sibuk dengan dunia masing-masing, takda masa nak bawa ibu ke sana sini.

Sekarang, adik bongsu yang manja itu ambil alih segala tugas kami. Masa saya baru bersalinkan anak kedua, adik dtg melawat saya. Dia memandu jauh, hampir 8 jam untuk berjumpa saya. Sekali lagi hati ini dipalit sesalan.

Saya yang lokek dengan dia, tak pernah sekalipun saya melawat dia semasa dia belajar di kolej dlm tempoh dua tahun itu. Duit belanja pun tak pernah sekali pun saya hulurkan. Hari itu, dia membawa ibu melawat saya. Dia masakkan saya.

Dia jagakan anak sulung saya. Dia bawa anak saya ke mall. Dia belikan apa anak saya nak. Malah setiap bulan dia akan kirimkan duit utk anak-anak saya. Dia balas semua kezaliman saya pada dia dengan kebaikan.

Dan setiap kebaikan yang dia lakukan bagaikan merentap jiwa saya dengan rasa bersalah yg tidak berpenghujung. Bulan berganti bulan, dia mula berniaga kecil kecilan.

Bermula dgn menjadi dropship berniaga online di laman sosial, dia buka payung berniaga di pasar mlm pula. Di laman sosial dia meniaga emas, di pasar malam dia menjual kosmetik.

Satu hal yang saya perhatikan, di usia yang muda, dia sudah mengumpul banyak emas. Dia beli emas sbb minat, sebab suka perhiasan. Dia jual pun sebab minat. Saya rasa gembira lihat orang mengunjungi tempat dia berniaga di pasar malam.

Sampailah dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berniaga saja sepenuh masa. Dgn Proton Iswara itu lah dia berangkut barang jualan dia ke sana sini. Saya kagum dengan usaha dia. Di mana ada pasar malam di situ pasti ada payung dia.

Meskipun berdepan cabaran hujan, kadang-kadang ada hari kurang baik, payung ditiup ribut. Tapi dia tetap tabah. Melihat jaatuh bangun dia banyak mengajar saya tentang hidup.

Mungkin Allah hantar dia dalam keluarga untuk mengajar kami adik beradik supaya bersyukur dengan apa yang kami ada.

Dia banyak mengajar saya untuk merenung semula segala kesilapan lampau yang pernah saya lakukan sebelum ini. Anak-anak abang terutamanya selalu merungut bila balik rumah ibu. Rumah peninggalan arwh abah. Rumah opah mereka itu kotor. Geli. Dengan tikar getah terkopak sana sini.

Dengan bumbung yang bocor bila hujan lebat. Tapi semua dah berubah. Adik bongsu itu sudah gantikan lantai simen dengan lantai marmar yg cantik sempena hadiah hari lahir ibu. Dia cat rumah, dia pasang sliding door. Dia buat semua diam2 tanpa umumkan di group WhatsApp keluarga.

Hanya bila kami balik kami terkejut lihat rumah ibu sudah cantik. Barulah rasa terkesima. Rasa terpkul dengan tindakan dia. Kami yg gaji ribu-ribu tak pernah rasa teringin mahu cantikkan rumah ibu. Cuma pandai mengajar anak-anak merungut meluukakan hati opah mereka.

Sedangkan adik bongsu kami itu yang kerja siang malam berpanas berhujan, demi menyelesakan kehidupan ibu. Umur dia 24 tahun, dia bertemu jodoh dengan senior semasa menuntut di kolej dulu. Agaknya lama sudah bercinta. Bila ditanya kerja apa, jawabnya bela kambing.

Abang-abang kami gelak saja. Katanya adik bongsu itu sudah biang terlajak. Mereka ceramahkan adik bongsu, di suruh fikir masak-masak. Nikah kahwin bukan hal yg boleh dipandang enteng. Mungkin mereka fikir adik pilih lelaki itu kerana rupa tampannya.

Dengan kuulit putih kuning, janggut yang kemas dan rapi. Mata sepet persis kacukan cina. Mungkin mereka tidak yakin kemampuan lelaki tersebut untuk membela adik. Tapi jawab adik apa? Kenapa baru nak risau.

Dia hidup selama ni ada abang-abang pedulikah? Susah senang dia ada abang-abang pernah ambil tahukah? Kenapa bila ada lelaki mahu masuk meminang mereka risau? Akhirnya adik menikah juga dengan pilihan hati. Tak ada pelamin indah. Tiada bersanding merenjis bagai.

Cuma majlis akad nikah. Adik sangat cantik di hari pernikahannya. Meskipun tiada make up over, tiada pelamin besar dan megah. Tapi dia jamu tetamu dengan makanan mewah.

Tetamu balik senang hati. Mungkin benar, orang yang baik adalah untuk orang yang baik. Adik ikhlas dengan pilihan hati dia si usahawan muda.

Tidak seperti saya dulu. Berkahwin tidak kena dengan niat. Pilih lelaki kaya sebab nak hidup senang. Hasilnya dapat lelaki yang panas baran. Jarang-jarang tak bertengkar dalam sehari. Berbeza dengan adik. Dia pilih sebab ikhlas.

Dia kata jangan takut miskin bila kahwin dengan orang miskin..Rezeki Allah tu luas. Rezeki mereka selepas berkahwin melimpah ruah, drpd kambing ada 10 ekor, bertambah jadi beratus ekor. Daripada ternak kambing, tambah pula ternak ayam kampung.

Daripada kandang kecil, dah ada ladang. Daripada kerja sendiri, sekarang dah ada pekerja. Adik pula tidak perlu bersusah payah membuka payung, dia dh mampu sewa kedai pula.

Tak perlu tunggu pasar malam baru nak berniaga, sekarang hari-hari dia boleh meniaga. Ulang tahun kelahiran dia baru-baru ini, suami dia hadiahkan dia Nissan Navara.

Itu pun saya lihat melalui video yang pekerja ladang suaminya kongsi di facebook. Rasa terharu lihat adik menangis atas dada suaminya sambil marah2 sbb buat surprise, sebak barangkali kereta idaman sejak sekian lama ada di depan mata. Sungguh, melihatkan semua itu buat saya belajar banyak perkara.

Dia layak bahagia. Dia layak dapat suami yang baik. Untuk semua kebaikan dia dan ketulusan hati dia, dia layak utk semua kegembiraan dia pada hari ini. Di sebalik kesenangan dia hari ini, dia pernah susah, pernah jaatuh berkali-kali. Hari ini, dia miliki segalanya.

Hari ini baru abang-abang terasa bangga, terasa mahu berkongsi gambar wajah adik bongsu mereka di laman sosial. Memang dunia begitukah? Bila kaya, bila berduit baru layak disayangi.

Bila miskin dan hina, dipandang sepi bagaikan hidup ini tiada putaran. Tapi adik bijak. Dia tahu siapa yang ada bersama saat dia susah dahulu.

Siapa yang buang saat dia tak punya apa-apa. Bila dia dah senang begini baru terbuka mata org sekeliling. Baru mak saudara berhenti membanding. Agaknya kalau adik masih pakai Iswara, berkompang mak saudara kami bandingkan dengan sepupunya yg baru beli Myvi 2018.

Dunia, dunia. Saat ini kalau boleh saya mahu putarkan masa..Saya mahu belikan dia baju sekolah. Saya mahu tebus semula slh silap saya..Saya mahu berikan dia lebih perhatian dan kasih sayang selayaknya. Saya lelah hidup dalam sesalan..

Walaupun adik tak pernah sekali pun bangkitkan, ungkit hal itu. Mungkin dia sudah move on. Atau memang dia tak mahu mengenang kepahitan lalu. Harap admin siarkan confession ini supaya kita dapat sama-sama ambil pengajaran.

Semoga kejayaan si bongsu dapat inspirasikan orang di luar sana.. Untuk adik, Fatin Inani. Kakak minta maaf utk segala salah silap kakak..Kakak doakan adik dilimpahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat..Hargai adik anda.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Yati Ahmad, Selalunya mcm ni lah…. segelintir je bongsu bertuah dari kecik… kalau boleh tak mengaku adik pon… tak mintak pon dilahirkan sebagai bongsu… bila susah tau pulak mencari… bila senang selisih pon buat2 tak kenal.

Rahmat Hamid, Tu yang dinamakan bila dah terantuk baru nk teradah…baik bermaaf -maafan di bulan ramadan ni.adik beradik berpisah tiada.ubahla perangai tu ke arah yang lebih baik. kene ingat setiap penghinaan yang kita lakukan pd orang lain ,kita yang terima balik akhirnya.

Ramzah Mansor, Menyesal x berguna…utk apa ko ungkit kezaliman korang buat pd dia…bila senang br nk buka mata…bullshit…jgn pandang org hina kelak ko yg rugi….bina kejayaan atas penghinaan adalh 1 keajaiban dunia.

Ikin Rizal, aku teringat adik sepupu aku gini ar kisahnye cuma dia disisihkan adik beradik serta ibu sendiri… entah ar aku masih mencari dia di jb. harap sgt dia mencari aku.. rindu aku kat ko adik.

Ruselina Sulong, Korang yg tua bangka nak kutuk adik korang, adik perempuan kot. Korang berdosa sbb tidak ambil perduli ttg adik perempuan korang. Korang wali dia kot.

Korang pengganti ayah korang kot. Korang biar dia sendirian. Sekarang dia sedang menikmaati kebahagian yg Allah kurniakan.

Tiey Hayati, Bce psl adk dia.. teringat arwh adk saya.. dia belajar sikit duit pn xmtk duit mak abah.. bila tye ade duit x nk mkn pe smue, sntse ckp ade xprnh mrungut.. lps hbs belajar dy pn kje.. xlama pn kje adlarh dlm 5bln.. duit gji smue dy bg pd mak.. n puasa ke 15 2018..

Bberapa hari sblm harijadi dia, dia ek1den mngal.. bila kwn² dy dpt tw smue dtg dr jauh semata² nk tgk arwh utk kali terakhir.. byk cerita psl kebaikkan yg dy buat mse hdp.. smoge dy ditempatkn dkalangan org² yg beriman.. Al fatihah utk arwh Mohd hafiz.

Azimah Abdullah, byk jadi camni kalangan kuage tp kite xmau buke aib adik beradik sendiri…bile hidup kite dah senang rezeki cukup sentiasa..anak anak berjaye sume…mereka memandang mcm nk pecah bijimate.

Hasad dengki membuak buak…apekan daya..rezeki itu di tangan Allah..korang lihat je lah kebahagiaan adik dari jauh..bukan sy smbong dan lupe diri tp sifat khianat abang sy hanye Allah yg tau.

Sy maafkan..tp sy takut utk mendampingi mereka kerana mereka masih belum insaf…masih lalai dgn nafsu duniawi…moga Allah beri abg abgku hidayah…aminn

Tania Desa, Macamana blh smpai hati tgok drah dging sndri tengok je baju sekolahh tu.. Klau aku, mmg aku akn belikn kat adik aku.. Syukur alhamdulillah, dgn rezeki skrng dpt juga km adik brdik tolng adik brdik yg ssh. Ingt kt xkedekut dgn famly kt.

Allah bls kt dgn bntuk mcm2 rezeki.. Dgn suami pun aku krp pesan, jgn berkira dgn adik brdikk… Owg luar kt blh tolng, knp fmly kt sndri kt xtolngg.. Sbb tula aku skrng xnk pike owg luar, b4 aku tlong owg luar aku kn tlng mna2 fmly aku terutama adik brdik aku yg susah.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen