Abg ipar blk kg dpt bilik aircond tkut cucu panas. Bila anak aku nk amik kuih cucu kesayangan dihalaunya

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajajaran dari kisah ini. Assaalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Nama aku Ina, berkahwin dengan suamiku Hakim selama 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yang pilih kasih.Suami ada 3 orang adik beradik, dan dia anak kedua.

Dia merupakan seorang yang pendiam dan sangat jarang maarah atau tinggikan suara. Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin dan kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor.

Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak. Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yang demanding.

Suka berbelanja, suka travel dan suka tukar kereta atau perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha untuk pinjam duit dengan suamiku.

Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarikat swasta. Gajinya hanya cukup – cukup untuk keperluan kami sekeluarga. Selebihnya dibuat simpanan untuk hal kecemasan.

Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam apa – apa hal. Saat Abang Afiq merajuk bila tak dapat pinjam duit dengan suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung.

Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil menangis -nangis. Hati anak mana yang tak akan lembut kalau mak dah merayu – rayu.

Lalu dalam tak reIa, dia gunakan duit kec3masan untuk dipinjamkan pada Abang Afiq.

Seperkara lagi, Abang Afiq dan keluarga akan dilayan dengan sangat istimewa tiap kali mereka pulang ke kampung.

Di bilik mereka disediakan aircond supaya isteri dan anak tak panas tapi dalam bilik aku dan suami cuma ada kipas sahaja. Bangun tidur pkul 9 dan segalanya dah tersedia.

Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebeI sebab membazir katanya.

Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih – kuih tu, ditepisnya tangan anak aku dan kata,

“Allah hai… awak nihh, awak tu dah hari – hari duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kacau. Pergi main kat luar sana”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sedih.

Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu.

Aku tahu dia terasa, namun dia tak akan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.

Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sed4ra mara.

Bila ada yang memuji, “Alhamdulillah… boleh la juga pakai baju mahal – mahal ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis pada suamiku.

Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma apa yang dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku.

Suamiku hanya diam sambil menunduk. Teringat aku pada sepasang baju kurung yang suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya.

Kemas tersimpan di almari agaknya. Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yang dibelinya.

Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak – anak mereka kerana dia perlu berkursus dan isterinya mahu ikut bersama.

Mak turutkan saja dengan senang hati. Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu – cucunya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.

Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena demam panas. Paniklah kami untuk membawa anak ke hspitaI.

Lalu suami decide untuk bawa anak sulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terp4ksa bermalam di hospitaI.

Namun ayat Mak dari dalam bilik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuhlah aku nih.

Nak kena jaga anak orang pulak. Habis bila yang aku nak rehat?”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.

Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk ke dalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yang masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalurkan kekuatan padanya.

Dan aku tiba – tiba terdengar suara kecil suami menahan tangis. Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia memendam rasa.

Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak untuk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun.

Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak – anak bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak – anak menangis tengah malam nanti.

Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak dan ayah. Langsung tiada beza.

Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami dan anak yang baik, terlalu baik. Biar apa kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa.

Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu.

Biar apa orang kata, Ina dan anak – anak bahagia bersama Abang. Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua. Baru baru ini saya ada terbaca di sebuat page mengenai seorang isteri yang meluahkan kesedihan kerana MIL pkul anak dia sepanjang anak dia dibawah jagaan MIL dia.

Kisah dia mengingatkan saya pada kisah Mak saya.

Adik saya dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri adik saya surirumah. Tetapi, adik saya gemar hantar anak2 nya kerumah Mak. Semakin hari, semakin kerap.

Saya perasan, Mak juga berubah, Mak jadi makin panas baran, kadang benda bukan salah sesiapa pun, Mak akan cepat melenting.

Satu hari, saya dapat whatapps dari ibu saudara saya, ibu saudara saya minta saya nasihat adik, sebab suka hantar anak ke rumah Mak.

Mak mengadu dekat ibu saudara saya yang Mak penat jaga anak2 adik saya. Ibu saudara tunjukkan video anak2 adik saya panjat sofa Mak, panjat pokok jiran, sampai jiran bising dekat Mak apa semua.

Saya pula anggap benda tu macam Mak ok. Sebab tiap kali adik hantar anak2 ke Rumah Mak, Mak tak ada cakap apa pun.

Cuma nampak like Mak tak welcoming cucu2 dia tu. Macam.. ko nak masuk, masuk. Tak nak sudah. Ikut korang lah nak buat apa.

Dan sabtu ahad biasanya saya balik Rumah Mak sekejap, ajak Mak beli barang basah dapur Mak ke apa, apa yang Mak perlu, or Mak nak makan luar ke, haih mmg budak2 tu ada.

Saya pelik jugak kan, macam.. eh ahad pun ada? Mak cuma jawab “entah”.

Pernah nampak Mak ambik rotan, rotan budak2 tu bila budak2 tu buat sepah depan Rumah jiran. Jiran datang rumah mengadu dekat Mak saya. Takut saya tengok mak saya marah budak2 tu.

Jadi, saya contact adik saya. Saya tanya apa sebab sampai hantar anak2 dia ke Rumah Mak? Ahad pun anak2 ko ada. Isteri dah kerja ke apa?

Jawapan adik saya sangatlah membuatkan saya rasa, “ko ni bebal lah dik” boleh dia jawab “bini aku letih, dia yang suruh aku hantar rumah mak”

Saya tanya, berapa bayar Mak untuk jaga anak2 ko tu? Dia jawab “mana ada duit nak bagi”,

Maaflah, saya berangin gila bila adik saya cakap macam tu, saya call bini dia saya maaki ajer terus. Sampai adik ipar saya block saya.

Saya sambung maaki adik saya, dan on the spot saya suruh adik saya ambik anak2 dia bawak balik ke Rumah dia.

Adik saya ikut, mintak kerja half day and ambik anak2 dia. Saya sambung lagi maaki depan2 pula, sebab saya tak boleh terima alasan adik saya yang hantar anak2 dia ke rumah mak just sebab bini dia letih.

Memang sejak ada anak2 dia, saya susah nak bawak mak keluar, kalau bawak Mak keluar, TERPAKSA bawak 3 orang budak tu sekali.

Saya pula yang tengokkan budak2 tu, anak saya suami pegangkan. Saya bukanlah ibu saudara yang jahat. But, sometime, kita nak ketenangan juga dengan Mak kita.

Bini awak senang lenang dekat Rumah. Eh kita pula yang kena jaga anak2 awak. Saya balik rumah mak bukan nak serve kan diri ni untuk jaga tengok anak2 awak.

After kejadian tu, saya tanya Mak, kenapa Mak diam tak bersuara bila Mak letih jaga anak2 adik. Mak kata, Mak kesian dekat adik.

Haha. Sebagai anak no 2, dah tentu saya tak akan senyum tersimpul dan menerima seadanya dengan jawapan Mak tu. Dah tentu saya bebel juga dekat mak saya.

How can Mak bagi jawapan macam tu? Mak kemain ye, dengan anak lelaki. Cuba kalau saya,

Mak pernah cakap dekat kawan2 saya, “anak Ana nanti makcik malas nak jaga, biar Ana berdikari sendiri jaga anak, jaga suami.

Dia cikgu, pandailah dia cari pengasuh ke, makcik tak bagi dia hantar anak2 dia ke Rumah makcik, Rumah Mak mertua dia pun makcik tak bagi. Ana kena belajar urus Rumah tangga, anak2 dengan Suami dia”

Now what happen Mak? Why dekat anak lelaki Mak tak ajar, tak cakap macam tu?

Mak cakap, mak tak sangka anak lelaki boleh buat Mak macam tu.

Tapi Mak berterima kasih dekat saya juga sebab saya nasihatkan (saya marahkan) adik saya tu. Sebab Mak kata Mak letih sangat jaga budak2 tu. Mak juga kata, emosi Mak juga terganggu.

Itu lah silap ibu2bapa ni. dekat anak perempuan, macam2 dia. Tapi bila anak lelaki, “redha” sangat kan apa yang anak lelaki tu buat.

Hubungan saya dengan adik saya ok. Kak long saya di utara juga ada nasihatkan adik lelaki saya. Cuma isteri adik saya ja masih block saya. But I don’t care. Ok jer.

Kadang Kak long ada juga bagi screenshot dekat saya status isteri adik saya tu dulu yang kononnya saya ni toxic la apa. Lantak engkau lah. Kesah pulak aku.

Saya tak boleh jadi macam Kak long yang very lembut, nak tunggu dulu, nak tengok dulu. That why lah saya ni bukan Kak long agaknya. Well, Makngah kan memang terkenal dengan sikap terus terangnya.

Ok itu saja kisah. Confession di page tu benar2 mengingatkan kisah adik saya. Hopefully confessor tu bukan sejenis sespesis isteri yang ambil kesempatan kepada orang tuanya.

Kepada lelaki, bertindak bijaklah dalam menguruskan Rumah tangga anda. Kepada isteri dan suami, janganlah kita ambil kesempatan dengan kebaikan orang tua.

Suami saya juga pernah bagi cadangan hantar anak2 ke Rumah mak saya or Mak dia saja since kami ni dua2 bekerja,

Tapi sebab Mak dah cakap, dan ajar saya untuk saya dan Suami jangan susahkan ibu bapa selepas berkahwin, so kami usaha carikan pengasuh. Cuma terkilan Mak tak ajar anak lelaki dia macam tu.

Ok, jangan kecam saya ye. I’m not the toxic one. Kot ada pula kecam saya kata saya kakak ipar t0xic. Huhu daaaaa…

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian ini sampai habis ye

Assalam semua. Aku seorang mak mentua, berumur awal 50an. Surirumah sepenuh masa. Punya anak menantu tapi masih belum punya cucu.

Aku ni mak mentua jenis modern. Suka melawa. Suka urus diri sendiri, jaga makan pakai suami dan suka ambil peduli hal2 yang berkaitan dalam rumah aku sahaja.

Dunia aku hanya dalam rumah. Menghabiskan masa dengan anak2, suami, mendeco, tukang cuci dan sebagainya lah apa yang suri2 buat… aku juga ikut sama buat. Yang aku tak buat… kacau kehidupan anak menantu aku.

Aku selalu saja baca kisah2 mak mentua yang jenis toksik. Mau aku sekolahkan mak mentua yang macam ni walaupun aku bukanlah seorang cikgu.

Kalau kau mentua yang baik, yang memahami anak menantu kau… buat apa kau nak kalut pasal hal mereka laki bini? Buat apa kau nak campur urusan rumahtangga diaorang?

Kepada yang bakal jadi mentua atau yang sudah menjadi mentua, tolong jangan buat otak anak menantu kau bertambah serabut dengan perangai kau… tambah dengan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ini.

Tidakkah terasa belas kasihan melihat anak menantu kau terkejar2 mencari rezeki? Tidak adakah sekelumit rasa simpati di hati kau dengan situasi anak menantu yang sangat sibuk ini?

Sebagai mentua, tak payahlah duk menyibuk nak jenguk anak2 setiap masa. Duduk diam2 kat rumah sudah. Diaorang letih, diaorang nak rehat. Bagilah ruang untuk mereka lakibini berehat.

Kalu kemaruk nak jenguk jugak… pergi la sehari dua sudah cukup. Kalau nak duduk lama2 kat rumah anak menantu tu, biar reti bawak diri. Jangan jadi mentua t0ksik.

Tak kira la kau suka anak menantu kau ataupun tidak, yang nak hidup bersama adalah anak dan menantu kau, bukan diaorang nak hidup bawah ketiak kau.

Jadi la mentua macam aku ni, aku tak kisah pun anak2 aku nak datang jenguk aku ke tidak… sebab aku tau diaorang masing2 sibuk. Dan aku juga tak suka nak terhegeh2 kat rumah anak menantu aku dgn tiada tujuan.

Kalau sekadar nak melawat anak menantu kau untuk nak mencari kesalahan diaorang… nak korek apa yang ada kat dalam rumah diaorang…

nak perbetulkan apa yang mereka lakibini sudah buat yang terbaik bagi mereka… baik kau buka kitab kat rumah kau sendiri… Bersihkan hati.

Bersihkan diri supaya suami kau balik kerja nanti dapat hidu kau yang waaaangi sangat2 dah. Itu bagi yang masih ada laki la.

Bagi yang dah tak ada laki… banyak lagi benda yang kau boleh buat. Takkan aku nak sebut satu2 kot kalu kau pun dah baya2 5s macam aku ni.

Contoh macam aku… anak aku selalu call ajak aku keluar makan sama2. Kalu sesekali tu aku keluar jugalah bersama mereka.

Tapi bila anak aku selalu ajak aku, aku cakap je pada anak aku… aku nak rehat bersama papa. Aku cakap aku tak nak makan di luar sebab aku dah masak.

Last2 anak aku pun kurang ajak aku lagi. Aku pun selesa sebab tak perlu lagi nak bagi macam2 alasan untuk tidak keluar makan bersamanya.

Aku sangat pelik bila baca kisah mentua yang suka cari pasal dgn menantu. Kenapa sangat tak cerdiknya mentua macam tu. Tak sukakah anak kau hidup bahagia bersama menantu kau???

Anak aku selalu cerita pada aku hal rumahtangga mereka jika ada sesuatu perkara yang anak aku tak puashati.

Sebagai ibu, aku hanya mendengar saja. Tidak sedikitpun aku masuk campur atau nak membenci menantu aku sebab aku tau.

menantu aku itu adalah pasangan hidup yang anak aku pilih. Lepas ni mereka akan baik balik. Sedangkan gigi dengan lidah pun tergigit….

Mana2 mentua yang sama level dengan aku yang tak suka masuk campur hal anak menantu boleh bagi petua masing2 supaya anak2 dan menantu2 kita boleh hidup aman damai tanpa gangguan IBU MENTUA T0KSIK.

Pada pemerhatian aku…. mentua yang banyak songel ni kebanyakannya yang melahirkan anak2 jantan. Maksud aku, menantu perempuan yang banyak berendam si air mata nak hadap kerenah mentua.

Semoga aku kekal menjadi mentua yang terbaik dalam dunia ini. Semoga menantu aku bersyukur dapat mentua macam aku.

Aku suka dengar lagu nyanyian Alleycats… bertajuk khabar buat ibu, (Luahan anak lelaki kepada si ibu….)

“Kehadapan ibuku yang sangat kucintai. Dengarlah khabar ini tentang calon menantumu. Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami

Kami telah berjanji akan saling menghormati. Harap ibu dapat taburkan beras kunyit di depan halaman rumah. Menyambut kepulangan kami berdua oh ibuku

Aku menyintainya seperti ayah menyintaimu. Dan dia cintakan aku seperti kau cintakan ayah”

Menjadi mentua toksik adalah mimpi yang teramat ngeri bagi setiap menantu. Yang penting aku bukan mentua seperti itu.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Noor Sharina, Yg penah lalui je taw mak plih kasih, Aku x penah lalui tp penah tgok org lain.dpn mata aku mak dia plih kasih. Anak yg dia syg buat kesalahan ttup sblh mata..curi duit mak sdri.tgking2 mak..tp mak nya skit x kisah.
Bila anak lain buat slh skit 1 kampong dia canang.

Abby Hadi, pnh tgok kdaan ni dpn mta..tpi bkn klrga lh..sb dia xsuka kt menantu je cucu dia skli bnci..cucu dtg y nnek gi bli jjan..pstu xbgi y cucu dia xsuka tu slmba je ckp lupa dia ada kt situ..sy tgok pun mympah..

Adam Maya, Org kata ddk dekat busuk bau taahi tp ddk jauh wangi sgt3 mcm bau syurga gitu.. renung2 kan dan selamat beramal…. realiti real…