“Aafiyah ke ibu masa kecik ni”- Tok Ti

Cahaya mata adalah satu anugerah yang bernilai bagi setiap wanita bergelar seorang ibu. Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza juga sangat menyayangi anak perempuannya, Siti Aafiyah yang kini sudah berusia dua tahun. Malah, Aafiyah juga sentiasa menjadi tumpuan peminat-peminat ibunya tidak kira di mana sahaja dia berada termasuklah di laman media sosial. Mana tidaknya, gelagat comel Aafiyah pun dah membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya. Comel sangat.

Selain itu, Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat sudah kelihatan aktif dan cergas. Wajah comel Aafiyah pun semakin mirip seperti ibunya. Baru-baru ini, Siti memuatnaik foto Aafiyah beserta kapsyennya. Menerusi kapsyen yang ditulis Siti dengan nada gurauan, wajahnya saling tak tumpah seperti Aafiyah. Orang kata ‘copy paste’ gitu..

Ramai netizen akui, wajah comel Aafiyah dan senyuman di bibir pun sama seperti ibunya. Rata-rata netizen juga kelihatan terhibur melihat si cilik Aafiyah ini semakin petah bercakap. Semakin hari semakin bijak yaa Aafiyah..

Menerusi ruangan komen pada posting Siti Nurhaliza tersebut, netizen memberi pelbagai reaksi dan memuji wajah comel Aafiyah. Tidak ketinggalan, beberapa netizen turut mendoakan agar semoga Aafiyahmembesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah.

“Aafiyah bila besar nanti memang bijak suka sangat tengok dia, semoga jadi anak yang baik ya”- Netizen

“C0py paste macam mak iti, tapi suami saya cakap macam muka Datuk K.. Mana-mana lah janji comey lote. Sayang Aafiyah, moga aunty dapat baby secomel Aafiyah. Aamin”- Netizen

Ada juga netizen mengusik Siti menerusi ruangan komen dengan bertanyakan sama ada Siti bakal mengeluarkan lagu terbaru untuk anak kedua.

Dalam perkembangan lain, Siti Nurhaliza telah menjalani pembdahan kecil untuk kaedah rawatan perseny4waan in-vitro (IVF) baru-baru ini bagi persediaan hamil anak kedua. Semoga ada rezeki buat Siti untuk menerima cahaya mata kedua selepas ini.

Bestnya Aafiyah bakal dapat adik baru nanti. Harap-harap berjaya lah raw4tan IVF untuk Siti Nurhaliza. Kita doakan yang terbaik untuk penyanyi kesayangan ramai ini yaa..

Sumber: instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Informasi Viral. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*